• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary, Kamus Etnik Peribumi Ini Sangat Awesome

Oleh
Ismail NA
18 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary, Kamus Etnik Peribumi Ini Sangat Awesome. BorneoDictionary.com adalah sebuah kamus atas talian yang diusahakan oleh James Graham dan juga anak Sarawak, Almalyn Ayok. Kamus ini merupakan satu kamus interaktif dimana terdapat fungsi suara dan juga fungsi untuk anda berkongsi maksud perkataan tertentu ke laman sosial seperti Facebook dan juga Twitter.

Isi Isi Penting
  • 1. Memudahkan proses pembelajaran bahasa/dialek kaum lain di Borneo
  • 2. Terdapat di dalam talian dan mudah diakses melalui telefon bimbit tanpa memuat turun aplikasi
  • 3. Mempunyai fungsi suara untuk perkataan perkataan tertentu.
  • 4. Masa loading yang pantas, kurang dari 2 saat.
  • 5. Anda juga boleh sumbangkan pengetahuan anda untuk menambah baik Borneo Dictionary

James Graham merupakan pengasas laman sejarah terbesar dan paling tepat di dunia, onthisday.com yang meluangkan kebanyakan masa beliau di Sarawak semenjak 7 tahun lepas.

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary, Kamus Etnik Peribumi Ini Sangat Awesome
James Graham, pengasas bersama Borneo Dictionary.com dan onthisday.com

Pengasas bersama Borneo Dictionary dan Editor untuk Onthisday.com, Almalyn Ayok pula merupakan proud Sarawakian yang berasal dari Padawan.

Borneodictionary.com ini diusahakan oleh mereka berdua sejak tahun 2017 yang lalu sebagai projek bukan berasaskan keuntungan (non-profit project).

Jadi, apa yang best sangat pasal Borneo Dictionary ni?

1. Memudahkan proses pembelajaran bahasa/dialek kaum lain di Borneo

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai dialek dan bahasa di Sarawak kerana taburan kaum yang pelbagai, oleh itu mempunyai kebolehan untuk bertutur dialek yang lain adalah satu kelebihan.

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary, Kamus Etnik Peribumi Ini Sangat Awesome
5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary, Kamus Etnik Peribumi Ini Sangat Awesome

Setakat ini terdapat 12 dialek/bahasa yang dimuatnaik ke Borneo Dictionary iaitu :

  1. Bidayuh Bau
  2. Bidayuh Biatah
  3. Bidayuh Serian
  4. Melayu Sarawak
  5. Iban
  6. Kayan
  7. Kenyah
  8. Kelabit
  9. Lun Bawang
  10. Rara
  11. Salako
  12. Rungus

Jika anda perlukan alih bahasa untuk 12 dialek/bahasa ini, anda boleh lakukan perkara tersebut dengan menggunakan Borneo Dictionary.

2. Terdapat di dalam talian dan mudah diakses melalui telefon bimbit tanpa memuat turun aplikasi

Untuk mula menggunakan kamus ini, anda hanya perlu ke borneodictionary.com (klik untuk cuba) . Hanya dengan menggunakan pelayar sedia ada, anda sudah boleh mengakses Borneo Dictionary tanpa perlu memuat turun aplikasi yang akhirnya menggunakan ruang simpanan dan juga data internet yang banyak untuk memuat turun.

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary, Kamus Etnik Peribumi Ini Sangat Awesome

Anda boleh gunakan Borneo Dictionary ini dengan menggunakan komputer desktop, komputer riba mahupun apa apa jenis telefon pintar, as long as ada internet.

3. Mempunyai fungsi suara untuk perkataan perkataan tertentu.

Dengan fungsi dan pangkalan data yang semakin bertambah dari masa ke semasa, Borneo Dictionary juga mempunyai fungsi suara di mana pengguna boleh mendapatkan terjemahan terus dari perkataan ke suara dengan intonasi sebenar penutur asal bagaimana perkataan tersebut disebut.

5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary, Kamus Etnik Peribumi Ini Sangat Awesome

Borneo Dictionary juga mempunyai fungsi cadangan yang interaktif. Seperti gambar di atas, jika anda menaip ‘kacak’, maka cadangan perkataan perkataan yang lain berkaitan dengan ‘kacak’ akan keluar untuk memudahkan anda.

4. Masa loading yang pantas, kurang dari 2 saat.

Kemampuan untuk keluar atau ‘load’ dengan pantas merupakan satu faktor yang penting untuk memudahkan pengguna menggunakan sesuatu platform. Borneo Dictionary hanya memerlukan kurang daripada 2 saat untuk load. Mudah dan pantas untuk anda gunakan sekiranya anda perlukan muat alih dialek/bahasa untuk masa yang singkat.

5. Anda juga boleh sumbangkan pengetahuan anda untuk menambah baik Borneo Dictionary

Ini adalah feature yang paling best untuk Borneo Dictionary. Sebagai penutur asal bahasa etnik anda, anda juga boleh menyumbang suara atau istilah yang anda ketahui kepada Borneo Dictionary ini agar ianya boleh digunakan secara lebih meluas seperti Google Translate.

Sekiranya anda ingin membantu projek ini, anda boleh hubungi Borneo Dictionary di alamat email : [email protected]

Anda juga boleh menghubungi mereka di laman facebook : Borneo Dictionary

Untuk menggunakan Kamus Digital ini, anda boleh terus ke laman sesawang mereka : Borneodictionary.com

Kenali juga asal usul masyarakat Iban Remun yang mana bahasa Ibannya dituturkan dalam slanga yang berlainan daripada slanga Iban biasa:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘King’ Myvi Mengamuk Di Hon Kerana Tak Beri Signal Dan Potong Guna Laluan Kiri Di Inanam
Next Article Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?