I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak

Last updated: 18/07/22 7:03 AM
Nur Afifah
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

Sebelum dikenali sebagai kaum Iban dan Bidayuh, dua bangsa ini dulunya digelar dengan nama yang berlainan.

Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak. Masyarakat Dayak merupakan masyarakat yang membentuk sebahagian besar penduduk di Bumi Kenyalang. Walau pun pada asalnya mereka adalah masyarakat nomad yang berhijrah mencari petempatan baru dari banjaran Kalimantan ke Sarawak, masyarakat Dayak sebenarnya terbahagi kepada beberapa kumpulan lagi.

Contohnya seperti Dayak Laut dan Dayak Darat. Dalam bahasa Inggeris, istilah ini digelar Sea Dayak dan Land Dayak.

Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak
Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak

Masyarakat pribumi bukan Melayu di Sarawak digelar Dayak

Dalam artikel bertajuk Down to Earth Ethereal Reflections menerusi jurnal Sarawak Gazette, penggunaan istilah Dayak sahaja tidak memadai memandangkan masyarakat asal bukan Melayu di Sarawak juga dipanggil sebagai Dayak pada zaman dahulu. Contohnya seperti kaum Kayan.

Oleh yang demikian, Interpretation Ordinance pada suatu ketika dahulu telah memperkenalkan istilah Land Dayaks dan Sea Dayaks bagi membezakan kedua-dua kumpulan masyarakat Dayak ini.

Pindaan terakhir Interpretation Ordinance 2005 di Sarawak menyenaraikan 20 suku kaum di Sarawak iaitu Iban (Sea Dayak), Bidayuh (Land Dayak), Bukitan, Bisayah, Dusun, Kadayan, Kelabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut atau Lun Bawang, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.

Masyarakat Iban dahulunya digelar sebagai Sea Dayaks

Masyarakat Sea Dayak merujuk kepada kaum Iban pada zaman ini. Petempatan mereka kebanyakannya berada di tebing sungai dan tinggal di rumah panjang.

Rumah panjang ini boleh dikira sebagai sebuah petempatan komuniti kerana didiami bersama oleh beberapa buah keluarga. Mempunyai beranda yang panjang dipanggil ‘ruai’, di sini lah tempat mereka bersantai dan melakukan aktiviti keramaian bersama.

Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak
Rumah panjang Iban, Rumah Patrick Libau di Niah, Miri.
Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak
Ruai rumah panjang Iban.

Setiap daerah di Sarawak mempunyai loghat bahasa Iban yang berlainan. Namun, kebanyakannya masih dapat difahami sesama mereka sendiri kerana hanya intonasi dan nada percakapan yang berbeza.

Ada juga bahasa Iban yang lain daripada Iban standard iaitu Iban Remun namun jumlah penuturnya sangat sedikit dan hanya bertumpu di kawasan sekitar Serian dan Kampung Lebor dan Remun, Serian.

Baca selanjutnya di sini :

Digeruni di Kepulauan Borneo kerana amalan ekspedisi Ngayau

Kaum ini digeruni oleh penduduk di Kepulauan Borneo pada suatu ketika dahulu termasuklah pihak tentera Eropah kerana mengamalkan ekspedisi Ngayau iaitu perluasan kuasa untuk petempatan baru dan tanah yang subur dengan memenggal kepala musuhnya.

Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak
Sumber foto : Dayak Talino

Bukan itu sahaja, Sea Dayak ini juga digelar ‘Raja di Laut’ kerana pernah berjaya menawan bangsa Eropah ketika berlayar dan dijadikan tawanan sekitar abad ke 18 dan 19.

Walau bagaimanapun, pada zaman dahulu, sebahagian masyakat Sea Dayaks jarang menggelarkan diri mereka sebagai Iban kerana merasa tersinggung. Ini berlaku kepada masyarakat Sea Dayaks di bahagian Saribas.

Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat Land Dayaks

Berbeza pula dengan masyarakat Land Dayak, mereka jarang menggelarkan diri mereka sebagai Dayak tetapi sebaliknya menggunakan istilah lain seperti Senggi, Quop atau Bidayuh. Hari ini, kumpulan ini dikenali dengan satu nama sahaja iaitu sebagai kaum Bidayuh melalui Interpretation Ordinance 2002.

Kaum Land Dayak atau Bidayuh ini juga tinggal di rumah panjang namun rekaannya sedikit berbeza daripada rumah panjang Sea Dayak. Rumah panjang Land Dayak mempunyai Baruk iaitu ruangan berbentuk bulat yang digunakan untuk aktiviti perkumpulan seperti upacara keagamaan.

Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak
Ruang Baruk Bidayuh.
Sumber foto : Kaunselor Nor Haiza Che Mat

Mempunyai beberapa lagi pecahan kaum mengikut petempatan

Kaum Land Dayak ini terdiri daripada kaum Bidayuh yang mempunyai beberapa lagi pecahan kaum iaitu Bidayuh Salako/Lara, Bidayuh Jagoi Singai, Bidayuh Biatah dan Bidayuh Bukar Sadong. Pecahan adalah mengikut petempatan mereka. Contohnya seperti kaum Bidayuh Salako/Lara yang banyak di kawasan Lundu, Bidayuh Jagoi Singai di kawasan Bau, Bidayuh Biatah di kawasan Padawan manakala Bidayuh Bukar Sadong di kawasan Serian.

Loghat ini pula sangat berlainan antara satu sama lain, maka tidak hairanlah jika ada yang berbangsa Bidayuh namun tidak bertutur menggunakan bahasa Bidayuh sesama mereka akibat perbezaan loghat yang sangat ketara.

Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak
Sumber foto : Stephen Bugno

Berasal dari keturunan nenek moyang Dayak di Kabupaten Bengkayang, Kalimantan Barat, Indonesia

Asalnya, kaum Bidayuh ini merupakan sekumpulan masyarakat Dayak yang berpindah randah dan berasal keturunan nenek moyang mereka yang bernama Siang Nuk Nyinukgn. Petempatan asal mereka adalah di sebuah daerah bernama Gunung Sijakng Singulikng di Kabupaten Bengkayang, Kalimantan Barat, Indonesia.

Perpindahan mereka ke kawasan sekitar Sarawak sememangnya memilih kawasan pedalaman dan tanah tinggi bagi memastikan keselamatan dan sukar untuk dijejak musuh. Oleh sebab itulah, mereka digelar Land Dayak kerana hidup di kawasan tanah tinggi dan kawasan berbukit.

Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak
Sumber foto : IKWADELL AERIAL via FB Bung Jagoi Stay

Disebabkan masyarakat Sea Dayak pada zaman dahulu giat menjalankan aktiviti Ngayau, pertembungan mereka dengan kaum Land Dayak menyebabkan kedua-dua kaum ini mempunyai corak petempatan yang berlainan.

Namun demikian, Sea Dayak dan Land Dayak yang masing-masing kini digelar Iban dan Bidayuh tidak lagi mengamalkan amalan tersebut tetapi sebaliknya menjadi masyarakat yang ramah dan harmoni di Bumi Sarawak.

Nak tahu lebih lanjut tentang kaum Iban dan Bidayuh? Lagi artikel menarik tentang mereka di sini :

Nur Afifah 18 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Sebab Mengapa Borneo Dictionary, Kamus Etnik Peribumi Ini Sangat Awesome
Next Article Ini 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Untuk Memulakan Hari Anda Di Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia

8 Ogos 2022
Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?