I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Boleh bawa Kesan Sampingan, Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Menggunakan Braces Palsu
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Boleh bawa Kesan Sampingan, Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Menggunakan Braces Palsu

Oleh Kedung BK 7 Ogos 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Boleh Membawa Kesan Sampingan, Inilah Sebab Anda Tak Boleh Menggunakan Fake Braces

Jangan fikir sekadar fesyen sahaja – fake braces boleh mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya

Boleh bawa Kesan Sampingan, Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Menggunakan Braces Palsu. Tren pendakap gigi palsu atau fake braces telah lama ada di kalangan remaja dan pemuda. Untuk pengetahuan anda, pendakap gigi hanya boleh dipasang oleh doktor gigi yang bertauliah di klinik pergigian dan harganya berbeza-beza, bergantung pada keadaan gigi anda. Namun, kesemuanya pasti bernilai sekurang-kurangnya dalam beribuan ringgit dan tak pernah dalam ratusan ringgit. Nak buat tapi terlalu mahal? Jangan risau – pemasangan pendakap gigi secara profesional boleh dibayar secara beransur-ansur.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang enggan membayar sejumlah itu untuk mendapatkan pendakap gigi (sebab kebiasaannya mereka hanya mahu menggunakannya untuk fesyen sahaja) jadi mereka akan merujuk kepada online seller pendakap gigi dan akan dipasang di rumah mereka sendiri. Sekiranya anda adalah salah seorang yang berminat untuk menggunakan fake braces ini, lebih baik jangan! Berikut adalah sebab kenapa fake braces adalah berbahaya dan boleh membawa kesan sampingan negatif kepada anda.

y’all already know that this is wrong. Hanya dentist sahaja yang boleh buat. Atas dental chair. Dengan glove mask dan PPE. In a dental clinic. Yang certified https://t.co/hBIIcsY29x

— Dr Dira 🦷 (@dyradyre) January 6, 2021
Boleh bawa Kesan Sampingan, Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Menggunakan Braces Palsu
Boleh bawa Kesan Sampingan, Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Menggunakan Braces Palsu

But first, apa sebenarnya fungsi pendakap gigi?

Pendakap gigi (braces) adalah alat yang digunakan dalam ortodontik yang menyelaraskan dan meluruskan gigi dan membantu meletakkannya berkenaan dengan gigitan seseorang, sementara juga bertujuan untuk meningkatkan kesihatan gigi. Pendakap juga memperbaiki jurang.

Sebelum dan selepas penggunaan pendakap gigi. Kredit: Pinterest

Logam yang digunakan mengandungi plumbum

Menurut MyHealth mengenai fake braces, komponen pendakap palsu tidak diketahui. Malah, terdapat laporan yang menyatakan bahawa pendakap palsu ini mengandungi plumbum yang berbahaya bagi kesihatan.

Berkaitan dengan itu, pemakai terdedah kepada bahan kimia berbahaya ini dan berpotensi mengakibatkan kematian.

Kes terbaharu melibatkan kematian seorang gadis berusia 14 tahun dari Chon Buri yang meninggal November lalu setelah dia memakai pendakap gigi berwarna merah jambu palsu selama dua bulan. Autopsi tidak menyatakan bahawa memakai pendakap palsu menyebabkan kematiannya, tetapi laporan itu menunjukkan bahawa rongga pergigiannya dan gusi dijangkiti teruk.”

The Bangkok Post, 11 Januari 2018

Menurut Hardy Pediatric Dentistry & Orthodontics, kelebihan plumbum dalam badan, terutamanya dalam remaja, boleh membawa bahaya pada organ tubuh yang tidak dapat diperbaiki setelah rosak dan akhirnya membawa maut.

Plumbum. Kredit: Popular Mechanics

Boleh menyebabkan pemakai tersedak

Fake braces berbahaya kerana ia tidak dipasang oleh doktor gigi dan boleh menyebabkan kecederaan badan jika tidak dipasang dengan betul.

Antara risiko adalah pemakai akan tersedak akibat pendakap terbabit patah semasa dalam mulut. Benda yang patah itu akan masuk ke kerongkong dengan mudah dan boleh menyebabkan pemakai tersedak dan jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, boleh menyebabkan kematian.

Gambar hiasan.

Malah, terdapat dua kejadian kematian yang dilaporkan di Thailand kerana tidak sengaja menelan pendakap palsu, dilaporkan oleh MyHealth.

Boleh menyebabkan luka dalam mulut yang dapat dijangkiti

Seperti yang dinyatakan di atas, pendakap gigi mesti dipasang oleh doktor gigi di klinik gigi. Namun, pendakap palsu biasanya dimasukkan oleh individu yang tidak bertauliah dalam persekitaran yang tidak disterilkan, tak seperti yang dilakukan di klinik ortodontik yang bersih dan disterilkan.

Pemasangan yang tidak betul boleh menyebabkan luka dalam mulut dan boleh dijangkiti. Di samping itu, gam yang digunakan untuk memasang pendakap pada gigi boleh menyebabkan perubahan warna dalam mulut serta kerosakan gigi!

Selain menyebabkan perubahan warna, kesan gam terbabit boleh menyebabkan gigi anda terhakis. Karies gigi dan gusi berdarah boleh terjadi kerana tiada peneragan untuk penjagaan gigi selepas pemasangan.

Kredit: 1st Dental Clinic

Gigi berisiko tertanggal

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, pemasangan fake braces boleh menyebabkan pergerakan gigi secara tidak langsung.

Walaupun pergerakan itu mungkin tak banyak, ada juga kes dilaporkan hampir menyebabkan gigi goyang dan hampir tertanggal dari gusi.

Gigi pesakit ini terkeluar akibat mengguna fake braces terlalu lama. Kredit: 1st Dental Clinic

Jangan pasang fake braces!

Sekarang setelah anda mengetahui betapa berbahayanya pendakap palsu ini, diharapkan anda tidak menggunakannya lagi!

Sekiranya anda sudah memakai pendakap palsu, segeralah mengunjungi klinik pakar ortodontik untuk menanggalkan fake braces tersebut. Pemeriksaan penuh akan dilakukan untuk memastikan tiada sebarang kerosakan pada gigi telah berlaku dan rawatan yang sepatutnya akan diberikan.

Ingat, ada sebab pendakap gigi digunakan. Sekiranya anda nak sangat menggunakan braces, pastikan anda membuatnya di klinik pergigian oleh doktor gigi yang bertauliah. Biar bayar mahal, asalkan kesihatan anda terjaga!

Kredit: Times of India

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tanjung Simpang Mengayau Kudat, Tarikan Menarik Di Hujung Tanduk Sabah
Next Article 6 Cafe Western Menarik Anda Perlu Kunjungi Di Samarahan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?