• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

6 Pendaki OKU Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Sempena Hari Kebangsaan

Oleh
Husna Hazmi
1 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

6 pendaki OKU berjaya dalam Ekspedisi Kinabalu OKU Challenge 2022 menawan Gunung Kinabalu.

6 Pendaki OKU Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Sempena Hari Kebangsaan. Dilaporkan seramai 22 peserta termasuk enam pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) bagi Ekspedisi Kinabalu OKU Challenge 2022 berjaya menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu pada awal pagi semalam sempena Hari Kebangsaan 2022.

Peserta ekspedisi yang dianjurkan oleh Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia (UIAM) ini tiba di gunung Kinabalu pada jam 5.45 pagi hingga 6.30 pagi secara bergilir dan diakhiri dengan pendakian di Timpohan Gate antara jam 4.30 petang hingga 7 malam tadi.

6 Pendaki OKU Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Sempena Hari Kebangsaan
6 Pendaki OKU Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Sempena Hari Kebangsaan. Kredit gambar: Astro Awani

Prof Madya Dr Zulkifli Hasan mengetuai ekspedisi

Menurut Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM, Prof Madya Dr Zulkifli Hasan, yang mengetuai ekspedisi itu, pendakian Gunung Kinabalu yang bermula pada pagi Selasa itu amat mencabar bagi orang biasa justeru keupayaan enam pendaki OKU menyempurnakan pendakian adalah sesuatu yang amat luar biasa.

Beliau juga berkongsi cabaran yang dilalui oleh pendaki seperti ada peserta yang terjatuh dan mengalami luka-luka kecil tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskan pendakian dan mencapai misi untuk sampai ke puncak.

Gunung Kinabalu terletak di Banjaran Crocker, kira-kira 86 kilometer (km) dari Kota Kinabalu dan pendakian ke puncak gunung adalah sejauh 8.7km.

6 Pendaki OKU Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Sempena Hari Kebangsaan

Peluang menawan puncak Gunung Kinabalu merupakan kenikmatan diberikan Allah

Salah seorang pendaki OKU penglihatan, Ahmad Danial Mohd Sani, berkata peluang untuk menawan puncak Gunung Kinabalu merupakan kenikmatan yang diberikan Allah. Ahmad Danial yang juga merupakan pelajar Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Quran dan Sunnah) UIAM meluahkan rasa kesyukurannya menikmati keagungan ciptaan Tuhan yang dia tidak pernah idamkan selama ini.

Beliau dalam nada sebak mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan ekspedisi yang membantunya menjayakan misi pendakian tersebut.

Baca lagi di sini:

Sambutan Hari Kebangsaan Unik, Warga Sebuyau Berarak Dengan Bot Dihiasi Bendera
Mandi Kolam Sambil Lihat Gunung Kinabalu, Nikmati Percutian Di D’masanog Gardenstay & Camping
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Rogol Anak Bawah Umur Di Petra Jaya, Mahkamah Arah Warga Asing Untuk Bela Diri Didakwa Rogol Anak Bawah Umur Di Petra Jaya, Mahkamah Arah Warga Asing Untuk Bela Diri
Next Article Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?