I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Didakwa Rogol Anak Bawah Umur Di Petra Jaya, Mahkamah Arah Warga Asing Untuk Bela Diri

Oleh Nazihah AN
1 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Didakwa Rogol Anak Bawah Umur Di Petra Jaya, Mahkamah Arah Warga Asing Untuk Bela Diri

Warga asing melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 14 tahun

Didakwa Rogol Anak Bawah Umur Di Petra Jaya, Mahkamah Arah Warga Asing Untuk Bela Diri. Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan seorang penganggur Algeria membela diri atas 3 tuduhan dan tuduhan serangan seksual terhadap anak kandungnya.

Difahamkan bahawa warga asing tersebut menerima 3 tuduhan melakukan perbuatan sumbang dan satu pertuduhan serangan seksual terhadap anak perempuannya yang kini berusia 14 tahun.

Didakwa Rogol Anak Bawah Umur Di Petra Jaya, Mahkamah Arah Warga Asing Untuk Bela Diri
Gambar sekadar hiasan.

Menerusi laporan The Borneo Post, Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki berusia 50 tahun itu, di akhir kes pendakwaan.

Beliau juga mengarahkan lelaki itu membela diri pada 28 dan 31 Oktober ini.

Mengikut tiga pertuduhan di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan sebat, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya pada 2012, 2014 dan Mei 2019.

Didakwa Rogol Anak Bawah Umur Di Petra Jaya, Mahkamah Arah Warga Asing Untuk Bela Diri
Sumber gambar: The Borneo Post

Ketiga-tiga pertuduhan itu didakwa dilakukan di sebuah kampung di Petra Jaya di sini.

Difahamkan juga lelaki itu, bekas jurulatih gym, telah berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di Petra Jaya.

Suspek juga diperintahkan untuk membela diri bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kerana didakwa melakukan serangan seksual fizikal terhadap anak perempuannya pada Mac 2020.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Didakwa Rogol Anak Bawah Umur Di Petra Jaya, Mahkamah Arah Warga Asing Untuk Bela Diri

Pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie

Pertuduhan keempat, dia didakwa melakukan ugutan bunuh terhadap mangsa sama di kediaman mereka sekitar bulan Mac 2019. Manakala, pertuduhan keenam dia didakwa merogol mangsa di tempat kejadian yang sama pada bulan May 2020.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Suspek turut didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap anak perempuannya dengan mengugut untuk membunuhnya pada Mei 2019, satu kesalahan yang disenaraikan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan sumbang mahram keempat adalah atas dakwaan perbuatan yang dilakukan pada Mei 2020.

Salah satu projek di bawah perancangan Lebuhraya Pan Borneo iaitu jalan dua hala dan persimpangan bertingkat Sri Aman yang telah dibuka pada hari Hari Kemerdekaan. Baca lebih lanjut di pautan di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Untuk Memulakan Hari Anda Di Kuching
Next Article 6 Pendaki OKU Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Sempena Hari Kebangsaan

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?