• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona

Oleh
Ismail NA
1 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Memang lawa sangat.

Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona. Pulau Borneo adalah sebuah pulau yang penuh dengan fenomena ajaib dan menakjubkan. Daripada fenomena benak yang hanya ada satu-satunya di Sarawak, graviti terbalik di jalan lebuh raya Banjaran Crocker dan kini, fenomena air terasing di Brunei pula!

Menerusi sebuah hantaran pengguna, Mohamad Asmadi Hmy Sta, di sebuah kumpulan fotografi di Facebook, beliau memuat naik foto pemandangan fenomena pertembungan air laut dan air sungai yang sangat cantik dan menakjubkan.

Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona
Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona. Sumber: FB Mohamad Asmadi Hmy Sta

Fenomena air laut dan air sungai yang terasing di Brunei

Diambil menggunakan dron dari pandangan atas, fenomena ajaib tersebut berlaku di Kampung Danau Tutong, dekat kawasan Kuala Tutong, Brunei Darussalam. Hantaran tersebut diiringi dengan kapsyen Mohamad Asmadi menyebut kebesaran Allah sambil memuji keindahan fenomena tersebut yang pastinya jarang sekali dilihat.

Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona
Sumber: FB Mohamad Asmadi Hmy Sta

Turut kelihatan dalam foto-foto indah tersebut adalah bahagian hujung Kuala Tutong. Memang cantik gambar diambil saudara Asmadi ni!

Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona
Sumber: FB Mohamad Asmadi Hmy Sta
Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona
Sumber: FB Mohamad Asmadi Hmy Sta
Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona
Sumber: FB Mohamad Asmadi Hmy Sta
Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona
Sumber: FB Mohamad Asmadi Hmy Sta
Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona
Sumber: FB Mohamad Asmadi Hmy Sta

Penjelasan saintifik di sebalik fenomena aneh ini

Untuk pengetahuan anda, fenomena ini adalah disebabkan oleh ketumpatan air, suhu dan saliniti yang berbeza antara air laut dan air sungai. Apabila air sungai bertemu dengan air laut, air tawar yang lebih ringan naik ke atas menyeliputi atas air masin yang lebih tumpat.

Pertembungan di antara dua jenis air ini menghasilkan daya fizikal yang dipanggil ‘surface tension‘. Ketegangan permukaan inilah yang menghalang dua jenis air ini daripada bercampur antara satu sama lain, seolah-olah terdapat dinding nipis yang memisahkannya.

Contoh fenomena yang sama di Sungai Fraser, British Columbia. Sumber foto: ORBIMAGE

Netizen terpesona lihat dua air ini terasing

Hantaran Mohamad Asmadi ini telah tular dengan lebih 500 perkongsian semula dan telah menarik komen-komen netizen yang rata-ratanya kagum dengan tanda-tanda kebesaran alam itu.

Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona
Sumber: FB Mohamad Asmadi Hmy Sta
Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona
Sumber: FB Mohamad Asmadi Hmy Sta
Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona
Sumber: FB Mohamad Asmadi Hmy Sta
Fenomena Ajaib Air Sungai Dan Laut Yang Terasing Di Tutong Buat Netizen Terpesona
Sumber: FB Mohamad Asmadi Hmy Sta

Apa lagi fenomena aneh dan menakjubkan yang pernah anda saksikan seumur hidup anda? Jangan lupa kongsikan dengan kami di laman komen.

Baca lebih lanjut tentang fenomena air pasang benak yang hanya berlaku di Sarawak:

Pesta Rare Yang Anda Wajib Pergi, Ketahui Fenomena Air Pasang Pesta Benak Di Sri Aman
2 Tahun Tidak Beraksi, Acara Sukan Regatta Air Sarawak Bakal Dianjurkan Tahun Ini
SUMBER :FB Mohamad Asmadi Hmy Sta
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 6 Pendaki OKU Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Sempena Hari Kebangsaan
Next Article RON95 Dan Diesel Mungkin Lebih Mahal, Malaysia Dijangka Ikut Harga Pasaran Mulai 2023

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?