• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gagal Patuh Tahap Kebersihan, 6 Premis Makanan Di Mukah Diarah Tutup

Oleh
Nazihah AN
2 Disember 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Gagal Patuh Tahap Kebersihan, 6 Premis Makanan Di Mukah Diarah Tutup

Bayangkan nak makan dengan tenang, tapi rupa-rupanya tempat tu jadi “port” tikus dan lipas.

Gagal Patuh Tahap Kebersihan, 6 Premis Makanan Di Mukah Diarah Tutup. Sebanyak enam premis makanan di Bahagian Mukah telah diarahkan tutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selepas didapati gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Pegawai Kesihatan Mukah, Dr Muhammad Najib Hasan @ Ahmad, memaklumkan bahawa premis-premis ini adalah sebahagian daripada 144 premis makanan yang diperiksa di daerah Mukah, Balingian, Igan, Matu, dan Daro semasa operasi ‘Ops Premis Bersih Malam’.

Gagal Patuh Tahap Kebersihan, 6 Premis Makanan Di Mukah Diarah Tutup
Gambar ihsan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Mukah via The Borneo Post

Mendapatkan suntikan tifoid untuk pekerja antara peraturan harus dipatuhi

“Enam premis didapati tidak memenuhi piawaian kebersihan dengan bukti terdapat najis tikus dan lipas. Premis-premis ini diarahkan tutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Selain itu, sebanyak 101 notis hadir ke mahkamah telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan jumlah denda keseluruhan sebanyak RM19,050,” katanya dalam satu kenyataan.

Dipetik dari media tempatan, operasi ini diketuai oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Mukah, dengan kerjasama pegawai penguat kuasa dari daerah Mukah, Daro, dan Tanjung Manis. Sebanyak 15 pegawai penguat kuasa terlibat dalam operasi yang menyasarkan premis makanan yang beroperasi pada waktu malam termasuk kedai makan, bakeri, medan selera, dan restoran.

Menurut Dr Muhammad Najib, operasi ini memberi penekanan kepada pematuhan Seksyen 10 dan 11 Akta Makanan 1983. Pihak penguat kuasa turut memastikan pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, merangkumi pemeriksaan kebersihan premis, makanan, dan amalan kebersihan pengendali makanan.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa pengendali makanan mengabaikan kebersihan diri, gagal mendapatkan suntikan tifoid untuk pekerja, serta tidak menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan seperti yang diwajibkan di bawah Peraturan 30 dan 31 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Antara kesalahan lain termasuk kegagalan memaparkan sijil pendaftaran Fosim (Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia), serta terdapat premis yang tidak mendaftar perniagaan mereka dengan Fosim mengikut Peraturan 3,” jelasnya.

Beliau turut menyeru pemilik dan pengendali premis makanan supaya mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi, terutama di kawasan penyediaan dan penyimpanan makanan, bagi mengelakkan keracunan makanan serta penyakit bawaan makanan.

Pemeriksaan turut mengenal pasti beberapa pelanggaran seperti:

  • Peraturan 32 (berkaitan pakaian pengendali makanan),
  • Peraturan 33 (berkaitan kebersihan pengendali makanan),
  • Peraturan 11 (tanggungjawab umum pemilik atau penghuni premis makanan), dan
  • Peraturan 16 (kegagalan melaksanakan kawalan serangga perosak).

Dr Muhammad Najib menekankan bahawa pengendali makanan perlu memakai penutup kepala, apron, kasut bertutup, serta mengelakkan memakai aksesori seperti jam tangan, gelang, dan cincin semasa mengendalikan makanan.

Beliau juga mengingatkan bahawa kegagalan mematuhi peraturan ini boleh dikenakan denda seperti yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Orang ramai yang mempunyai sebarang isu atau aduan berkaitan keselamatan makanan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan terdekat atau membuat aduan melalui pautan http://moh.spab.gov.my.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Tular Pasar Minggu Kubah Ria Bakal Pasang Sistem Parkir Digital Undang Perhatian Netizen
3 Jalan Di Bahagian Samarahan Ditutup Sementara Mulai Disember Ini Untuk Kerja Naik Taraf
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Kerana Pinjam Basikal, Lelaki Dipukul Dengan Kayu Dan Parang Di Tawau
Next Article Lebih 2000 Jawatan Guru Masih Kosong Di Sarawak, Ini Tindakan KPM

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?