• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

6 Tempat Matahari Terbenam, Sambil ‘Healing’ Di Sabah

Oleh
ILB - AI
25 April 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Kesemua pantai ini boleh dikatakan pantai ‘healing’ kepada jiwa yang lara

6 Tempat Matahari Terbenam, Sambil ‘Healing’ Di Sabah. Salah satu pengalaman yang paling ‘healing’ bagi sesiapa yang mencari ketenangan dan keamanan adalah menyaksikan keindahan matahari terbenam untuk menyembuhkan luka di hati yang sunyi. Mereka boleh melepaskan diri daripada ‘stress’ di bandar dan penat bekerja dengan melihat pemandangan seperti ini secara semula jadi.

Isi Isi Penting
  • 1. Simpang Mengayau, Kudat (Tip of Borneo)
  • 2. Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu
  • 3. Bukit Botak, Sepanggar
  • 4. Cabana Retreat, Kota Belud
  • 5. Pulau Pom-Pom, Semporna
  • 6. Laban rata, Gunung Kinabalu

Jika mempunyai niat untuk melancong ke Sabah, ini adalah beberapa tempat di mana anda boleh menikmati pemandangan yang indah, menarik dan unik untuk ketenangan minda dan jiwa yang lara.

1. Simpang Mengayau, Kudat (Tip of Borneo)

6 Tempat Matahari Terbenam, Sambil ‘Healing’ Di Sabah
Sumber: trip.com

Tip of Borneo, terletak di hujung utara Borneo iaitu terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan, tanjung yang dramatik dan matahari terbenam yang lebih menarik dan indah. Disebabkan pantainya yang cantik, air biru yang jernih, dan jarak dari bandar, lokasi ini popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, di sini juga dapat dapat menyaksikan fenomena ini dengan deruan angin pantai dan bunyi ombak yang menghempas pantai.

2. Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu

6 Tempat Matahari Terbenam, Sambil ‘Healing’ Di Sabah
Sumber: Facebook

Pemandangan matahari terbenam yang terbaik di Kota Kinabalu boleh dilihat di Pantai Tanjung Aru, iaitu hanya 12 minit dari Pusat Bandar KK. Selain ‘healing’ merenung matahari terbenam, pantai ini juga menyajikan banyak gerai makanan dan barangan yang disediakan di sekitar pantai.

3. Bukit Botak, Sepanggar

6 Tempat Matahari Terbenam, Sambil ‘Healing’ Di Sabah
Sumber: MySabah.com

Bukit Botak, juga dikenali sebagai Bukit Gundul atau Bukit Bonduk di Sepanggar, merupakan salah satu tempat terbaik untuk orang yang suka ‘hiking’ bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi yang menghadap ke Teluk Sepanggar ini. Ia terletak kira-kira 21 kilometer dari Kota Kinabalu.

4. Cabana Retreat, Kota Belud

Sumber: Agoda

Satu lagi tempat yang menawarkan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan, Cabana Retreat, terletak di Pantai Rampayan di daerah Kota Belud. Ia dikenali sebagai Pop Up Beach Resort pertama di Malaysia dan merupakan tempat yang ideal untuk berehat dan ‘tenang’. Selain itu, dapat menikmati alam semula jadi tanpa perlu risau tentang kemudahan yang disediakan oleh hotel. Bahkan,  banyak aktiviti yang disediakan, termasuk menunggang ATV, menunggang kuda, dan beberapa sukan air.

5. Pulau Pom-Pom, Semporna

Sumber: Jomjalan

Pulau Pom-pom Semporna terletak di Pantai Timur Sabah, bertentangan dengan Pulau Bohey Dulang. Dari Pulau Pom-Pom, matahari terbenam di atas Pulau Bohey Dulang boleh dilihat dengan sempurna. Malah, pengunjung yang melawat boleh memandang keseluruhan pantai pasir putih dan matahari terbenam Laut Celebes dengan keindahan yang boleh menangkap gambar dengan ‘mata’.

6. Laban rata, Gunung Kinabalu

Sumber: Tripadvisor

Menikmati matahari terbenam dari Laban Rata adalah pengalaman yang sangat tenang dan salah satu tempat terbaik untuk ‘healing’. Sambil menikmati secawan kopi daengan cuaca yang sejuk, fenomena semula jadi ini jangan dilepaskan!

Wah, setiap destinasi mempunyai ciri-ciri istimewanya tersendiri. Tunggu apa lagi, jom tempah tiket penerbangan untuk pergi ke Sabah.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Ingin Cari Ketenangan, Ini Cara ‘Self-Healing’ Yang Mudah Dipraktik Di Rumah
Sabah Jadi Pilihan Tempat ‘Healing’ Untuk Warga Korea, Netizen Bincang Mungkin Ini Sebabnya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menyajikan Aneka Menu Menarik, Anda Wajib Cuba Spaghetti Nasi Lemak Di EST Coffee TT3 Menyajikan Aneka Menu Menarik, Anda Wajib Cuba Spaghetti Nasi Lemak Di EST Coffee TT3
Next Article Tips Keluar Kek Lepas Masak, Tanpa ‘Comot’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?