I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Santai Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching

Oleh Husna Hazmi
15 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Santai Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching

Mesti ramai yang rindu aktiviti beriadah kan?

Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Santai Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching. Mesti ramai yang rindu untuk beriadah di luar macam dulu-dulu kan? Tunggu apa lagi mari kita ketahui tempat-tempat terhangat untuk beriadah di Kuching!

Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Santai Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching
Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Santai Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching

1. Pustaka Negeri Sarawak

Taman rekreasi di Pustaka Negeri Sarawak adalah memang tidak asing bagi penduduk Kuching. Lokasi taman ini adalah strategik, landskap yang indah, berdekatan dengan perpustakaan yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang berkualiti dan tempat parking.

Ingin Kekalkan Gaya Hidup Sihat, Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching

Setiap hari, terutama sekali hujung minggu, ramai yang datang bersenam dan beriadah di sini. Bukan itu sahaja, taman rekreasi Pustaka ini juga terkenal dengan tasik buatan manusia yang menjadi habitat hidupan akuatik. Penduduk Kuching terutama sekali kanak-kanak suka membawa makanan untuk diberikan kepada ikan-ikan tersebut.

Ingin Kekalkan Gaya Hidup Sihat, Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching

2. Le’Park Civic Centre: Kuching Sarawak Outdoor

Tempat bersenam ini amat popular terutama sekali dalam kalangan golongan muda. Berdekatan dengan Panggung Udara, Le’Park Civic Centre ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan seperti gelanggang badminton, gelanggang futsal, tennis court, tempat skating, litar RC car racing dan sebagainya. Di sini juga tempat yang popular untuk berjogging.

Ingin Kekalkan Gaya Hidup Sihat, Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching

3. Waterfront Kuching

Di Waterfront Kuching, kebanyakan penduduk Kuching berjogging, bersenam dan berbasikal di sana. Waktu yang paling sesuai untuk beriadah di Waterfront adalah awal pagi, kerana memudahkan untuk mendapat tempat parking dan suasana belum begitu sibuk. Tambahan pula, pemandangan Sungai Sarawak juga menjadi panorama yang indah sambil beriadah di sini.

Ingin Kekalkan Gaya Hidup Sihat, Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching

4. Taman Reservoir (Sedang dinaik taraf)

Taman Reservoir yang juga terletak berdekatan dengan Panggung Udara ini adalah hotspot riadah bagi penduduk Kuching, terutama sekali pada waktu petang. Rimbunan pepohon yang melindungi jogging trail di situ membuatkan suasananya agak redup sewaktu berjogging.

Ingin Kekalkan Gaya Hidup Sihat, Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching

Jogging trail di sana juga agak mencabar kerana bentuknya yang sedikit curam dan berbukit. Tasik nya juga sangat indah merupakan habitat akuatik yang banyak. Namun begitu, Taman Reservoir kini ditutup untuk dinaik taraf menjadi Taman Perpaduan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara DBKU. Kerja naik taraf Taman Reservoir ini adalah termasuk untuk membesarkannya, membaik pulih bangunan sekitar, menambah restoran dan lain-lain lagi untuk menambah keselesaan pengunjung untuk beriadah.

Ingin Kekalkan Gaya Hidup Sihat, Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching

5. Taman Sahabat (Malaysia-China Friendship Park) 

Taman yang menjadi lambang hubungan baik antara Malaysia dan China ini adalah salah satu hotspot untuk berjogging dan beriadah. Di sana juga terdapat tasik kecil yang menjadi tarikan utama pengunjung terutama sekali kanak-kanak. Taman ini juga dilengkapi fasiliti yang dalam keadaan baik, termasuk sebuah tempat makan, iaitu Chinese style Teahouse D’Tea Pavillion. 

Ingin Kekalkan Gaya Hidup Sihat, Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching

6. Kuching South City Council Garden (MBKS)

Taman MBKS ini mempunyai landskap yang indah, dan taman permainan yang luas, fasiliti yang lengkap, dan tempat jalan refleksologi. Seperti kebanyakan tempat riadah, taman ini juga dielngkapi tasik buatan yang cantik. Terdapat juga aktiviti senamrobik di sini dan golongon muda yang bersenam secara berkumpulan menggunakan outdoor gym yang tersedia.

Lagi di sini:

Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Hutan Santai Menuju Ke Pantai
Bersuka Ria Di Fun Factor Kuching, Taman Permainan Indoor Untuk Orang Dewasa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wenanita Angang, Sumandak Sabah Akan Bertanding Miss World 2024 Di India
Next Article Sudah 3 Hari Dipujuk, Lelaki Di Sandakan Masih Enggan Turun Dari Bumbung Sudah 3 Hari Dipujuk, Lelaki Di Sandakan Masih Enggan Turun Dari Bumbung

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?