• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sudah 3 Hari Dipujuk, Lelaki Di Sandakan Masih Enggan Turun Dari Bumbung

Oleh
Nazihah AN
15 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sudah 3 Hari Dipujuk, Lelaki Di Sandakan Masih Enggan Turun Dari Bumbung

Lelaki berusia 39 tahun itu didakwa mengalami masalah kesihatan mental.

Sudah 3 Hari Dipujuk, Lelaki Di Sandakan Masih Enggan Turun Dari Bumbung. Seorang lelaki telah mengabaikan rayuan daripada keluarganya serta pihak polis dan bomba untuk turun dari bumbung sebuah blok bangunan rumah pangsa empat tingkat di daerah Sandakan sejak beberapa hari lalu.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Hamsa Isnurdini, lelaki berusia 39 tahun itu didakwa mengalami masalah kesihatan mental.

Sudah 3 Hari Dipujuk, Lelaki Di Sandakan Masih Enggan Turun Dari Bumbung
Sudah 3 Hari Dipujuk, Lelaki Di Sandakan Masih Enggan Turun Dari Bumbung

Lelaki tersebut berada di bumbung rumah sejak hari Isnin lalu

“Beliau berada di atas bumbung sejak tiga hari lalu dan masih enggan turun,” katanya dalam kenyataan semalam.

Hamsa berkata, mereka diminta membantu menurunkan lelaki itu di Flat Sejati Apartment kira-kira jam 11 malam pada 12 Feb.

“Keluarga lelaki itu juga cuba meyakinkan beliau untuk turun,” katanya lagi.

Difahamkan, pihak penyelamat serta keluarga lelaki itu tidak dapat mendekati beliau kerana beliau akan menjadi ganas dan cuba melukakan dirinya dengan sebatang kayu jika mereka hampiri.

Sesiapa yang menghadapi masalah boleh menghubungi: Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau WhatsApp 019-261 5999); Pusat Jagaan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (WhatsApp 0111-959 8214); dan Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929 atau www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia untuk senarai penuh nombor dan waktu operasi).

Baca juga artikel semasa di Sabah, di bawah:

SESB Alami Kerugian RM200 Juta Setahun Akibat Kecurian Elektrik
Pelancong Korea Ditemui Maut Di Sebuah Resort Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Santai Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Santai Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching
Next Article Mirip Wajah Manusia, Batu Panggah Di Borneo Highland Simpan Kisah Cinta Terlarang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?