• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat

Oleh
Nazihah AN
16 Januari 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri TerlibatDalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat

Terjawab mengapa Pengarah, pegawai JANS hidup mewah.

Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat. Bekas Timbalan Pengarah Teo Chee Kong buka mulut dedah dalang di sebalik projek Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang telah lama terbengkalai di mahkamah pada minggu lepas.

Dalam perbicaraan mahkamah tersebut, Teo Chee Kong menyatakan bahawa Bekas Pengarah Awang Mohd Tahir adalah dalang disebalik “centralised collection system” untuk simpan duit dari kontraktor yang mereka berikan projek.

Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah  Dedah Menteri Terlibat
Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat. Sumber: The Star

Teo turut dedah sistem kutipan komisen rasuah di JANS sejak tahun 1989 lagi.

Selain itu, Teo yang merupakan saksi ke-29 menyatakan bahawa pihak yang turut terlibat dalam rasuah Jabatan Air Negeri Sabah bermula dari Kementerian, Pengarah, Jurutera Air Bahagian (JAB) sehinggalah ke Jurutera Air Daerah.

Saksi juga mengesahkan bahawa Ag Mohd Tahir Mohd Talib adalah dalang di belakang sistem kutipan berpusat komisen ‘sumbangan’ dikutip daripada kontraktor jabatan air atau pembida yang berjaya.

Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 58 isterinya, Fauziah Piut, 55 yang dibicarakan bersama Lim Lam Beng, terhadap 66 hingga 37 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61.57 juta, serta pemilikan barangan mewah yang menyalahi undang-undang.

Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah  Dedah Menteri Terlibat
Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat

Berikut adalah pecahan dalam pembahagian hasil rasuah dalam kalangan pihak yang terlibat:

  • Pengarah (5%)
  • Juruukur (3%)
  • Ketua Jurutera Air, seorang akauntan (1%)

Teo berkata antara tanggungjawabnya sebagai timbalan pengarah ialah mempengerusikan jawatankuasa tender bahagian Kota Kinabalu dan mencari kontraktor yang bersedia memberi komisen atau sumbangan kepada Jurutera Air Bahagian (JAB) dan Jurutera Air Daerah sebaik sahaja mereka memperoleh projek.

Kos projek adalah berdasarkan Kadar Jadual, iaitu garis panduan harga atau harga standard yang dikeluarkan untuk kontraktor dan jabatan semasa berurusan antara satu sama lain.

Oleh kerana ramai pihak yang mengambil wang yang diperuntukkan untuk projek tersebut, kos projek dinaikkan sehingga 150%. Paip pun masih dalam kualiti yang teruk. Kebanyakan kawasan di Kota Kinabalu, bekalan air masih tidak konsisten.

Hakikatnya Kadar Jadual sebenarnya adalah kadar boleh berubah di mana harga boleh dimanipulasi dengan kos tambahan antara 100 hingga 150 peratus bagi membolehkan kontraktor mendapatkan semula komisen yang telah dibayar (sumbangan) kepada pegawai”

Teo turut diberitahu oleh Lim Lam Beng (timbalan pengarah 2004) bahawa kutipan sebanyak 10.75 peratus itu dicadangkan oleh Mohd Tahir itu sendiri.

Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat

Berikut adalah senarai pihak yang turut menerima rasuah antara Teo dan Lim Lam Beng

Mohd Tahir telah mengambil sebanyak 10.75 peratus dan dibahagi kepada semua kontraktor sebagai ‘komisen’. Berikut adalah pihak-pihak yang menerima komisen tersebut:

  • Pengarah Jabatan Air – 2.4 peratus
  • Timbalan Pengarah Jabatan Air – 1.5 peratus
  • Ibu Pejabat Juruukur Bahan – 1.5 peratus
  • Ketua Jurutera Air Operasi dan Penyelenggaraan – 1.5 peratus
  • Ketua Kewangan JANS – 0.7 peratus
  • Bahagian Akaun JANS – 0.4 peratus
  • Jurutera Daerah mengumpulkan wang (di bawah bidang kuasa Teo) – 0.25 peratus
  • Kementerian Kewangan Negeri – 1 peratus
  • Kementerian Pembangunan Infrastruktur Negeri – 1.5 peratus
Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah  Dedah Menteri Terlibat
Bekas Menteri Datuk Raymond Tan (kanan)

Teo berkata LLB memberitahu Mohd Tahir bahawa Menteri pada masa itu ialah Datuk Raymond Tan (Kini pemimpin Warisan)” yang mesti diberi perhatian untuk memudahkan semua urusan melibatkan Jabatan Air, yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Infrastruktur.”

Dalam pertemuan itu, kesemua sembilan jurutera bahagian dan jurutera daerah bersetuju dengan jadual yang akan dilaksanakan.

Beliau berkata yang hadir pada mesyuarat itu ialah beliau sendiri, (Kota Kinabalu), Chong Kek Fui (Sandakan), Mohd Azri Abdullah (Keningau), Petrus Augustine (Tawau), Chin Yun Shoing (Lahad Datu), Suhaimi Asbullah (Beaufort), mendiang Choo Kim Chu (Kudat), Tham Yin Foon (Kota Belud) dan Anthony Jullah (Ranau).

Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah  Dedah Menteri Terlibat
Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di bawah:

Penderma Budiman Di Sabah, Mendiang Cospermas Gugkang Derma Kornea Kepada Insan Memerlukan
Abang Iskandar, Anak Sarawak Pertama Sandang Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen
Next Article Berita Baik, Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 Mula Dibayar Hari Ini Berita Baik, Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 Mula Dibayar Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?