• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

7 Anggota Bomba Dipanggil Pindah Lelaki Obesiti Seberat 220 Kilogram Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
4 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Anggota bomba dipanggil 2 kali pada hari yang sama untuk membantu lelaki tersebut.

7 Anggota Bomba Dipanggil Pindah Lelaki Obesiti Seberat 220 Kilogram Di Kuching. Dilaporkan bahawa, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil dua kali untuk membantu seorang lelaki yang mengalami masalah obesiti dengan berat badan 220 kilogram (kg) di kediamannya di Jalan Bukit Bintang di Kuching, semalam.

Isi Isi Penting
  • Anggota bomba dipanggil 2 kali pada hari yang sama untuk membantu lelaki tersebut.
  • Anggota bomba dipanggil untuk membantunya bangun
  • Bantuan menghantarnya ke hospital
  • Ini bukanlah kali pertama pihak bomba bantu lelaki berkenaan
7 Anggota Bomba Dipanggil Pindah Lelaki Obesiti Seberat 220 Kilogram Di Kuching
7 Anggota Bomba Dipanggil Pindah Lelaki Obesiti Seberat 220 Kilogram Di Kuching. Kredit gambar: sanasinisinun

Anggota bomba dipanggil untuk membantunya bangun

Pada mulanya anggota bomba dipanggil untuk membantunya bangun selepas lama berbaring. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, pihaknya menerima panggilan bagi mendapatkan khidmat khas tersebut pada jam 4 petang semalam.

Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba membantu mengalihkan kedudukan mangsa yang sedang baring di atas lantai untuk bersandar kerana dia rasa tidak selesa berbaring.

“Selepas membantu mangsa bersandar di dinding dan mendapatinya tidak mengalami masalah kesihatan, anggota bomba balik ke balai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

7 Anggota Bomba Dipanggil Pindah Lelaki Obesiti Seberat 220 Kilogram Di Kuching
Kredit gambar: sanasinisinun

Bantuan menghantarnya ke hospital

Bagaimanapun, menurutnya, tidak lama selepas itu sekali lagi pihaknya menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan menghantar lelaki yang sama ke hospital.

“Anggota bomba segera ke kediaman mangsa semula dan kali ini kami terpaksa menggunakan tilam untuk mengangkat lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Jimmy berusia 42 tahun itu ke atas lori.

“Mangsa berjaya dinaikkan ke atas lori dan kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya sambil memaklumkan operasi tersebut tamat pada jam 4.50 petang.

7 Anggota Bomba Dipanggil Pindah Lelaki Obesiti Seberat 220 Kilogram Di Kuching
Kredit gambar: sanasinisinun

Ini bukanlah kali pertama pihak bomba bantu lelaki berkenaan

Menurutnya, ini bukanlah kali pertama pihaknya dihubungi bagi membantu lelaki berkenaan bangun untuk bersandar di dinding.

“Sebelum ini, sudah beberapa kali anggota kami bergegas ke kediamannya hanya bagi membantu mengangkatnya untuk bersandar.

“Namun kali ini, kami turut diminta membantu menghantarnya ke hospital kerana dia mengadu kurang sihat,” katanya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh
Next Article Proklamasi Darurat Ditamatkan Lebih Awal, DUN Sarawak Sah Dibubarkan Secara Rasmi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?