• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

7 Pengawal Keselamatan Positif, Pusat Beli Belah The Spring Kuching Ditutup Sehari

Oleh
Ismail NA
18 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi pusat beli belah tersebut.

7 Pengawal Keselamatan Positif, Pusat Beli Belah The Spring Kuching Ditutup Sehari. Pandemik COVID-19 di Sarawak semakin hari tampak tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Terbaharu, sebuah pusat beli belah di Kuching memaklumkan kepada orang awam bahawa premis tersebut akan ditutup selama sehari iaitu pada 19 Mei 2021 (Rabu).

Menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pusat beli belah tersebut, pihaknya akan menutup premis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Hal ini berikutan 7 anggota pengawal keselamatannya telah disahkan positif COVID-1 hari ini.

Seluruh staf operasi akan melakukan ujian calitan COVID-19

Oleh yang demikian, langkah berjaga-jaga dan kebersihan yang tinggi telah diambil oleh pihak pusat beli belah ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan. Seluruh staf operasi juga akan menjalani ujian calitan COVID-19 manakala sebuah pasukan pengawal keselamatan yang baharu akan mengambil alih tugas pasukan pengawal keselamatan yang terjejas.

Tambahnya lanjut, pihaknya juga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dengan melakukan disinfeksi setiap hari dan akan meneruskan amalan tersebut dengan kerap.

7 Pengawal Keselamatan Positif, Pusat Beli Belah The Spring Kuching Ditutup Sehari

Hari ini, Sarawak juga telah mencatatkan angka kes positif yang agak membimbangkan iaitu sebanyak 512 kes. Orang ramai dinasihatkan untuk terus kekal berada di rumah dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Keluar ke rumah hanya apabila perlu sahaja.

Anda jaga diri sama seperti anda menjaga kita semua.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Muat Naik Gambar Langgar SOP Sambut Hari Raya, 11 Individu Bantu Siasatan Polis Di Kota Samarahan
Next Article Polis Sabah Tembak Mati 5 Lelaki Dipercayai Terlibat Dengan Kumpulan Abu Sayyaf

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?