• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Sabah Tembak Mati 5 Lelaki Dipercayai Terlibat Dengan Kumpulan Abu Sayyaf

Oleh
Husna Hazmi
18 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Insiden berbalas tembakan di kawasan setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort Sabah.

Polis Sabah Tembak Mati 5 Lelaki Dipercayai Terlibat Dengan Kumpulan Abu Sayyaf. Dilaporkan bahawa, polis Sabah telah menembak mati lima lelaki dipercayai terbabit dalam kumpulan kecil militan Abu Sayyaf (ASG) dalam insiden berbalas tembakan di kawasan setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort semalam.

Isi Isi Penting
  • Insiden berbalas tembakan di kawasan setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort Sabah.
  • Semua lelaki yang terlibat telah ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah
  • 4 suspek yang ditembak mati disahkan sebagai ahli kumpulan ASG
  • Suspek lain yang bersenjatakan pistol dan parang turut keluar dan melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan
Polis Sabah Tembak Mati 5 Lelaki Dipercayai Terlibat Dengan Kumpulan Abu Sayyaf. Kredit Sabah: @PDRMSabah

Semua lelaki yang terlibat telah ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi itu, semua lelaki yang terlibat telah ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah menerusi Operasi Ops Khas.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, salah seorang suspek adalah merupakan ‘sub-leader’ kumpulan Abu Sayyaf dikenali sebagai Mabar Binda.

Beliau juga berkata bahawa suspek juga merupakan antara individu yang tersenarai dalam nama orang yang dikehendaki oleh kerajaan Filipina.

“Tiga lagi suspek dikenali sebagai Abhirsham Samsula@Samseed, Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno manakala seorang lagi suspek belum dikenal pasti nama.

“Semua suspek ini berusia antara 20-an hingga 40-an,” katanya pada sidang akhbar di IPK Sabah sebentar tadi.

Polis Sabah Tembak Mati 5 Lelaki Dipercayai Terlibat Dengan Kumpulan Abu Sayyaf
Kredit Sabah: Kosmo

4 suspek yang ditembak mati disahkan sebagai ahli kumpulan ASG

Menurut Hazani, berdasarkan maklum balas pihak berkuasa di Filipina, 4 suspek yang ditembak mati disahkan sebagai ahli kumpulan ASG.

“Dua yang ditembak mati ini juga disahkan pernah terbabit dalam insiden pengeboman lori tentera pasukan keselamatan Filipina,” ujar beliau.

Tambah Hazani lagi, sewaktu pihaknya melakukan pemeriksaan di kawasan terbabit, seorang lelaki dikatakan membuka pintu secara tiba-tiba sebelum melepaskan tembakan ke arah polis.

Polis Sabah Tembak Mati 5 Lelaki Dipercayai Terlibat Dengan Kumpulan Abu Sayyaf
Kredit Sabah: @PDRMSabah

Suspek lain yang bersenjatakan pistol dan parang turut keluar dan melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan

Sementara itu, beberapa lagi suspek lain yang bersenjatakan pistol dan parang turut keluar dan melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan, jelas beliau.

“Pasukan polis terpaksa membalas tembakan dalam usaha mempertahankan diri dan menghentikan ancaman.

“Serangan berjaya dihentikan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima lelaki telah ditembak mati.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada suspek memegang pistol manakala tiga lagi bersenjatakan parang,” ujar beliau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 7 Pengawal Keselamatan Positif, Pusat Beli Belah The Spring Kuching Ditutup Sehari
Next Article Kostum Nasional Malaysia Untuk Miss Universe 2020 : Sarat Yang Menyusahkan? Kostum Nasional Malaysia Untuk Miss Universe 2020 : Sarat Yang Menyusahkan?

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?