• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Akan Hulur Bantuan RM10 Juta Untuk Mangsa Banjir

Oleh
Husna Hazmi
2 Februari 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Nilai bantuan akan ditambah jika tidak mencukupi

Kerajaan Sarawak Akan Hulur Bantuan RM10 Juta Untuk Mangsa Banjir. Dilaporkan, dalam usaha membantu mereka yang terjejas, Kerajaan Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM10 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata jika jumlah ini tidak mencukupi, kerajaan akan menambah mengikut keperluan negeri.

“RM10 juta telah kita keluar, kalau tidak cukup kita akan tambah mengikut kehendak seluruh Sarawak termasuk Limbang yang turut terjejas,” katanya selepas melawat mangsa banjir di PPS Dewan Suarah Bintulu.

Kerajaan Sarawak Akan Hulur Bantuan RM10 Juta Untuk Mangsa Banjir
Kerajaan Sarawak Akan Hulur Bantuan RM10 Juta Untuk Mangsa Banjir. Sumber gambar: Berita Harian

Kuching, Serian, dan Gedong turut terjejas teruk

Selain Bintulu, beberapa kawasan lain seperti di Kuching, Serian, dan Gedong turut terjejas teruk akibat hujan lebat dan kenaikan paras air. Kerajaan kini sedang menilai bentuk bantuan yang boleh disalurkan agar semua mangsa mendapat pertolongan sewajarnya.

Bukan hanya kerajaan, sektor korporat juga tampil menghulurkan sumbangan:

  • Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Bintulu menyumbang RM600,000
  • Syarikat korporat di Miri pula menderma RM300,000 kepada JPBNS

Jumlah ini akan digunakan untuk pemulihan kawasan yang terjejas dan memastikan keperluan asas mangsa banjir terus dipenuhi.

Kerajaan Sarawak Akan Hulur Bantuan RM10 Juta Untuk Mangsa Banjir
Sumber gambar: Utusan Malaysia

Bantuan makanan dan infrastruktur jadi keutamaan

Menurut Abang Johari, antara perkara utama yang akan diberi perhatian adalah pemulihan jalan raya dan infrastruktur awam yang rosak akibat banjir.

“Bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga disediakan tetapi yang penting infrastruktur awam seperti jalan raya perlu dipulih semula supaya kampung-kampung dapat dilalui,” katanya.

Selain itu, bekalan air dan elektrik di beberapa kawasan yang terjejas juga sedang dipantau bagi mengurangkan risiko keselamatan kepada penduduk. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, telah diberi tanggungjawab untuk memastikan pemulihan utiliti awam berjalan lancar.

Dalam keadaan banjir, risiko penyakit bawaan air meningkat. Oleh itu, Jabatan Kesihatan Negeri akan diperkasakan untuk memastikan kesihatan mangsa banjir terjaga.

Bukan itu sahaja, satu lagi cabaran besar yang dihadapi adalah tanah runtuh. Baru-baru ini, kejadian tanah runtuh di Miri membahayakan penduduk dan menambah lagi kesukaran yang dihadapi dalam usaha menyelamat dan pemulihan.

Kerajaan Sarawak Akan Hulur Bantuan RM10 Juta Untuk Mangsa Banjir
Gambar sekadar hiasan

Menurut Abang Johari lagi, perubahan iklim global mungkin menjadi punca utama banjir kali ini. Data menunjukkan taburan hujan di Sarawak mencecah 900 milimeter dalam sehari, satu jumlah luar biasa yang bukan sahaja menjejaskan negeri ini tetapi juga beberapa negara lain seperti India, Pakistan, Vietnam, dan Amerika Syarikat.

Seperti yang berlaku di Kampung Tupong, Kuching, air yang naik menyebabkan buaya mula berkeliaran di kawasan rumah penduduk! Bukan sekadar berdepan dengan air, penduduk juga perlu berjaga-jaga dengan ancaman haiwan liar.

Semoga keadaan kembali pulih dan mangsa banjir dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dalam masa terdekat! Bagi yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan kepada badan-badan kebajikan yang terlibat.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Pemandu Kereta 4WD Tenggelam Akibat Banjir Di Sibu Disahkan Selamat
Guru-Guru Di Sarawak Ini Sanggup Redah Banjir, Pastikan Pelajar Dapat Duduki Peperiksaan
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 7 Senarai Inisiatif Kebajikan Untuk Rakyat Sarawak Ini 7 Senarai Inisiatif Kebajikan Untuk Rakyat Sarawak
Next Article Pendapatan Sarawak Raih RM14.2 Bilion 2024, Jadi Antara Negeri Berprestasi Terbaik Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?