• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

8 Kali Seminggu Berakhir, Jadual Penerbangan Semenanjung Sarawak Kembali Seperti Biasa

Oleh
Ismail NA
10 Jun 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Berita Baik Lagi Hari Ini!

8 Kali Seminggu Berakhir, Jadual Penerbangan Semenanjung Sarawak Kembali Seperti Biasa. Jika sebelum ini penerbangan dua hala antara Semenanjung dan Sarawak dihadkan kepada 8 kali seminggu sahaja, kini operasi penerbangan akan kembali semula kepada jadual penerbangan asal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara tersebut diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana NegerI Sarawak dan akan berkuatkuasa bermula hari ini iaitu 10 Jun 2020.

Bukan itu sahaja, kapasiti tempat duduk penumpang juga dibenarkan untuk diisi penuh. Semasa PKP, hanya 66.6% peratus kapasiti yang dibenarkan kerana mengambil kira faktor penjarakan sosial di dalam pesawat.

8 Kali Seminggu Berakhir, Jadual Penerbangan Semenanjung Sarawak Kembali Seperti Biasa
8 Kali Seminggu Berakhir, Jadual Penerbangan Semenanjung Sarawak Kembali Seperti Biasa

Keputusan Berdasarkan Keadaan Wabak Yang Semakin Menurun Di Sarawak

Pertimbangan tersebut dibuat bersama persetujuan Kementerian Pengangkutan Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara. Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin menjelaskan bahawa keputusan tersebut dimuktamadkan selepas mengambil kira beberapa faktor penting.

Antaranya ialah situasi wabak yang semakin pulih di Sarawak, keperluan untuk merangsang kembali pelancongan domestik serta memudahkan urusan pengangkutan rakyat dan logistik.

8 Kali Seminggu Berakhir, Jadual Penerbangan Semenanjung Sarawak Kembali Seperti Biasa

Termasuk Penerbangan Dalam Negeri Sarawak

Ujarnya lagi, kebenaran ini diberikan kepada penerbangan keluar masuk Sarawak serta penerbangan dalam negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan perlu membuat permohonan rasmi kepada JPBNS untuk meningkatkan kekerapan jadual penerbangan ke Sarawak dan dalam negeri Sarawak.

Berdasarkan data yang diperoleh daripada syarikat penerbangan, harga tambang keluar masuk Sarawak semasa PKP/PKPB adalah sangat tinggi. Bahkan, harga yang ditawarkan agak tidak masuk akal sehingga mencecah RM 2K ke atas untuk perjalanan sehala sahaja.

Dengan membenarkan kapasiti penumpang penuh serta kekerapan penerbangan yang tinggi, syarikat penerbangan diharap dapat menurunkan harga tambang kepada harga yang lebih berpatutan dan mampu milik.

Walau pun perjalanan rentas negeri kini dibenarkan, semua lapangan terbang serta operasi syarikat penerbangan diminta untuk mematuhi SOP dengan ketat apabila berhadapan dengan penumpang di terminal mahu pun di dalam pesawat.

Ini termasuklah menyediakan saringan suhu badan menggunakan thermal scanner atau termometer tanpa sentuh sebelum memasuki terminal, mewajibkan penggunaan pelitup muka untuk kakitangan serta penumpang serta menggunakan pensanitasi tangan.

8 Kali Seminggu Berakhir, Jadual Penerbangan Semenanjung Sarawak Kembali Seperti Biasa

Alhamdulillah. Akhirnya anda boleh kembali ke pangkuan keluarga. Dalam perkembangan lain, AirAsia dikhabarkan menawarkan pas tanpa had untuk penerbangan domestik bermula esok. Semak artikel ini untuk maklumat lanjut :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sekolah Akan Kembali Buka Mulai 24 Jun, Melibatkan Murid Kelas Peperiksaan Awam Sekolah Akan Kembali Buka Mulai 24 Jun, Melibatkan Murid Kelas Peperiksaan Awam
Next Article Respon Santai Dan Lucu, Ramai Terhibur Dengan Cara MKN Sabah Kendali Soalan Lazim

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?