• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Respon Santai Dan Lucu, Ramai Terhibur Dengan Cara MKN Sabah Kendali Soalan Lazim

Oleh
Ismail NA
11 Jun 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Boleh Bah Kalau Kau!

Respon Santai Dan Lucu, Ramai Terhibur Dengan Cara MKN Sabah Kendali Soalan Lazim. Kebiasaannya, jika anda membaca penerangan tentang soalan lazim di laman jabatan atau agensi kerajaan, pasti bahasa yang digunakan adalah bahasa formal, standard dan baku. Tetapi lain pula kes nya dengan Majlis Keselamatan Negeri Sabah.

Dalam satu kirimannya di laman sosial Facebook, Majlis Keselamatan Sabah telah membuat kompilasi soalan lazim orang ramai berkenaan prosedur dan situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Situasi Encik Rembo Jadi Contoh

Menariknya, soalan tersebut dijawab dengan menggunakan analogi watak seorang lelaki yang bernama Rembo. Malah, penerangannya juga dikarang dengan cara yang paling sempoi dan lucu. Boleh dikatakan ia dekat di hati rakyat terutamanya rakyat Sabah.

Dengan menggunakan analogi kisah Encik Rembo, pelbagai pertanyaan dijawab dengan nada yang selamba dan mencuit hati. Contohnya seperti berikut ;

Respon Santai Dan Lucu, Ramai Terhibur Dengan Cara MKN Sabah Kendali Soalan Lazim

“Tidak kira dari mana anda terbang, Rembo. Asalkan anda berpijak di Tanah Bawah Bayu, prosedurnya tetap sama,”

MKN Sabah, 2020

Baca juga respon lain yang sentiasa ada ‘punch line’ di hujung ayat. Terhibur bah siaa!

Respon Santai Dan Lucu, Ramai Terhibur Dengan Cara MKN Sabah Kendali Soalan Lazim
Respon Santai Dan Lucu, Ramai Terhibur Dengan Cara MKN Sabah Kendali Soalan Lazim

“Asal anda ada tambang Rembo, kalau tiada tambang berehat lah dulu atau kerja angkat tong gas kat sana,”

“Kalau serah diri sebab menghisap gam, perlu. Kalau mahu merentas negeri tidak perlu. Lain kali, rajin-rajinkanlah diri tengok Press Statement Menteri Kanan, jangan tengok Naruto dan PUBG sahaja,”

Respon Santai Dan Lucu, Ramai Terhibur Dengan Cara MKN Sabah Kendali Soalan Lazim

“Kalau penerbangan berada tepat di atas rumah anda, tekanlah loceng kapal. Kalau penerbangan itu berhenti, rezeki andalah, Rembo,”

“Rembo ialah contoh menantu yang baik, cepat-cepatlah pinang dia, berkomitmen tinggi, sedangkan diri sendiri lagi terjaga apatah lagi bakal isterinya. Tapi sayang, habis duitnya,”

Respon ini automatik kedengaran lucu jika dibaca dengan nada percakapan Sabah.

Respon ‘Sporting’ Melarat Di Ruangan Komen

Bukan itu sahaja, respon selamba ini turut melarat di ruang komen apabila netizen mengambil kesempatan untuk bertanyakan pelbagai soalan lain. Pengendali MKN Sabah juga bersikap ‘sporting’ melayan pertanyaan orang ramai tanpa rasa jemu. Makin rancak dan kreatif pula ‘punch line’ yang diberikan.

Bak katanya, “Ndak apa tuan, kita layan jak. Biarlah kainku bertimbun ndak berbasuh,”

Respon Santai Dan Lucu, Ramai Terhibur Dengan Cara MKN Sabah Kendali Soalan Lazim
Respon Santai Dan Lucu, Ramai Terhibur Dengan Cara MKN Sabah Kendali Soalan Lazim

Rata-rata netizen bersetuju dan berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh pengendali laman sosial rasmi MKN Sabah tersebut. Malah, ramai yang terhibur, apatah lagi ia merupakan laman rasmi jabatan kerajaan yang selalunya bernada formal.

Mungkin orang ramai di zaman ini lebih gemarkan respon yang lebih ringkas dan bersahaja seperti ini. Bukan sahaja ia senang difahami, malah dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai jika penjelasan menggunakan terma-terma yang kurang difahami.

Apa-apa pun, tahniah MKN Sabah!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 8 Kali Seminggu Berakhir, Jadual Penerbangan Semenanjung Sarawak Kembali Seperti Biasa
Next Article Sarawak Catat Kadar Sembuh Setinggi 95.50%, Hanya Lapan Orang Kini Dirawat Sarawak Catat Kadar Sembuh Setinggi 95.50%, Hanya Lapan Orang Kini Dirawat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?