• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

8 Pasaraya Di Samarahan Sedia Hulur Bantuan Pek Barangan Makanan Setiap Hari Sehingga 12 Julai Ini

Oleh
Ismail NA
3 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Sebarkan kepada mereka yang memerlukan.

8 Pasaraya Di Samarahan Sedia Hulur Bantuan Pek Barangan Makanan Setiap Hari Sehingga 12 Julai Ini. Umum mengetahui bahawa kepayahan dan kesusahan yang dirasai oleh rakyat kini semakin meruncing. Apatah lagi tempoh masa PKP dilanjutkan akibat peningkatan kes yang tidak berkesudahan. Ramai yang telah hilang pekerjaan dan mengais rezeki di mana sahaja bagi menampung kehidupan keluarga di rumah.

Isi Isi Penting
  • Sebarkan kepada mereka yang memerlukan.
  • 8 buah pasaraya di Kota Samarahan sedia kongsi rezeki bersama
  • Lagi senarai bank makanan yang turut menyediakan sumbangan di Sarawak :
  • Sementara itu, gerakan dari rakyat untuk membantu golongan yang kesusahan dilancarkan dengan mengibarkan bendera putih. Ini perkara yang perlu anda tahu tentang #kempenbenderaputih :

Justeru itu, Jawatankuasa Sosial, Pembangunan Komuniti dan Pelancongan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan kerjasama rangkaian pasaraya di Samarahan mengadakan program Kongsi Rezeki-Pantri Komuniti yang bakal mengedarkan bantuan berupa pek barangan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Memahami kepayahan yang dirasai oleh rakyat buat masa ini, program ini bakal memberi manfaat kepada individu yang memerlukan dan kesempitan dari segi sumber makanan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

8 buah pasaraya di Kota Samarahan sedia kongsi rezeki bersama

Oleh yang demikian, 8 buah pasaraya di sekitar Kota Samarahan telah berganding tenaga untuk menjayakan inisiatif ini. Edaran bantuan berupa pek barangan makanan percuma ini akan berlangsung dari 4 Julai 2021 (Ahad) sehingga 12 Julai 2021 (Isnin) iaitu selama 9 hari.

Orang ramai yang memerlukan bantuan sumber makanan boleh lah berkunjung ke pasaraya ini bermula jam 3 petang sehingga edaran habis. Kuota minimum pek barangan makanan percuma ini adalah sebanyak 30 pek sehari.

Antara rangkaian pasaraya yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini adalah pasaraya Unaco, Farley, H&L Aiman Mall, Sen Sen, Emart, LePaPa, @imanMall, dan Elli Supermarket.

Kesemua pasaraya ini akan mengagihkan pek barangan makanan percuma ini pada tarikh dan jam yang dinyatakan kecuali pasaraya berikut;

  • H&L Aiman Mall : 4 hingga 12 Julai 2021, 11 pagi DAN 4 petang
  • Elli Supermarket : 4 hingga 6 Julai 2021, jam 3 petang

Oleh yang demikian, jika anda mempunyai kenalan atau mengenali sesiapa yang memerlukan bantuan ini, segeralah sampaikan berita ini kepada mereka bagi meringankan beban yang ditanggung. Semoga usaha ini mampu membawa saudara kita yang lain untuk sama-sama bertahan melalui masa yang sukar ini.

8 Pasaraya Di Samarahan Sedia Hulur Bantuan Pek Barangan Makanan Setiap Hari Sehingga 12 Julai Ini
8 Pasaraya Di Samarahan Sedia Hulur Bantuan Pek Barangan Makanan Setiap Hari Sehingga 12 Julai Ini
Sumber : FB MPKS

Lagi senarai bank makanan yang turut menyediakan sumbangan di Sarawak :

Sementara itu, gerakan dari rakyat untuk membantu golongan yang kesusahan dilancarkan dengan mengibarkan bendera putih. Ini perkara yang perlu anda tahu tentang #kempenbenderaputih :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Varian Paling Bahaya Di Dunia, Kes Varian Delta Dikesan Buat Pertama Kali Di Sabah Semalam
Next Article Hebat Ke Tak? Uji Pengetahuan Bahasa Malaysia Anda Dengan Menyertai Pertandingan Teka Silang Kata Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?