• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Varian Paling Bahaya Di Dunia, Kes Varian Delta Dikesan Buat Pertama Kali Di Sabah Semalam

Oleh
Ismail NA
2 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

2 kes varian Delta dilaporkan di Sabah semalam.

Varian Paling Bahaya Di Dunia, Kes Varian Delta Dikesan Buat Pertama Kali Di Sabah Semalam. Varian yang menjadi kebimbangan dunia kini dilaporkan sudah menular di Borneo. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah semalam.

Isi Isi Penting
  • 2 kes varian Delta dilaporkan di Sabah semalam.
  • Kes melibatkan VOC dan VOI di Malaysia adalah sebanyak 217 kes
  • Kes varian Delta paling banyak dikesan di Labuan, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur
  • Tahun kedua COVID-19 : Dunia masih dalam keadaan yang tidak dapat dijangka
  • Artikel berkaitan :

Sebanyak 2 kes COVID-19 varian Delta dikesan di Sabah, yang berkaitan dengan kluster melibatkan kapal tentera laut.

Selain varian Delta, Sabah turut melaporkan kes baharu dari variant of concern (VOC) Alpha atau varian UK yang didapati menerusi Kluster Kg Gusi, Kinarut, Papar. Kawasan tersebut kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

3 lagi kes baharu yang melibatkan varian Delta turut dikesan di Labuan melibatkan KD Mahawangsa yang berasal dari pangkalan tentera laut di Lumut, Perak. Kluster tersebut dikenali sebagai Kluster Blue Ocean.

Varian Paling Bahaya Di Dunia, Kes Varian Delta Dikesan Buat Pertama Kali Di Sabah Semalam
Varian Paling Bahaya Di Dunia, Kes Varian Delta Dikesan Buat Pertama Kali Di Sabah Semalam. Kapal TLDM KD Mahawangsa

Kes melibatkan VOC dan VOI di Malaysia adalah sebanyak 217 kes

Dalam tempoh 23 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021, sebanyak 28 kes varian baharu dikesan di Malaysia. Sebanyak 25 kes adalah dari varian of concern (VOC) manakala selebihnya adalah daripada varian of interest (VOI). Pecahan kes adalah seperti berikut;

  • 18 kes varian Delta (B.1.617.2);
  • Lima (5) kes varian Beta (B.1.351);
  • Tiga (3) kes varian Kappa (B.1.617.1); dan
  • Dua (2) kes varian Alpha (B.1.1.7).

Ini menjadikan jumlah kes dengan VOC (198 kes) dan VOI (19 kes) di Malaysia bertambah kepada 217 kes.

Kes varian Delta paling banyak dikesan di Labuan, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur

Setakat ini, 2 kes Delta (tempatan) dikesan di Sabah manakala 9 kes Delta dikesan di Labuan (4 kes import, 5 kes tempatan). Di Malaysia, varian ini paling banyak dikesan di Labuan, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Varian Delta COVID-19 dijangka akan menjadi varian dominan dalam penularan pandemik COVID-19 untuk beberapa bulan yang akan datang. Demikian menurut Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa perkembangan minggu epid COVID-19 pada 29 Jun yang lalu.

Varian Paling Bahaya Di Dunia, Kes Varian Delta Dikesan Buat Pertama Kali Di Sabah Semalam
Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO

Varian Delta ini kini telah dikesan 96 buah negara di seluruh dunia. Varian ini juga merupakan varian yang paling cepat menular setakat ini dan lebih mudah menyerang populasi yang belum menerima vaksin. Ia dijangka akan mengatasi varian lain dan akan menjadi varian dominan dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Ini bermakna langkah keselamatan perlu terus dilaksanakan untuk masa yang lebih lama.

Tahun kedua COVID-19 : Dunia masih dalam keadaan yang tidak dapat dijangka

WHO juga mengambil maklum tentang beberapa negara yang telah mula melonggarkan kesihatan awam dan SOP kawalan sosial. Sejak dari pelonggaran itu, terdapat peningkatan penularan di seluruh dunia.

Menjengah masuk ke tahun kedua pandemik COVID-19, situasi global masih lagi berada dalam keadaan yang tidak dapat dijangka. Malah, masih ada negara yang melaporkan peningkatan kes dan hospitalisasi dengan begitu mendadak.

Artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perkhidmatan Kumpul Sampah Di Kuching Akan Kembali Seperti Biasa 5 Julai Ini Perkhidmatan Kumpul Sampah Di Kuching Akan Kembali Seperti Biasa 5 Julai Ini
Next Article 8 Pasaraya Di Samarahan Sedia Hulur Bantuan Pek Barangan Makanan Setiap Hari Sehingga 12 Julai Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?