• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Hebat Ke Tak? Uji Pengetahuan Bahasa Malaysia Anda Dengan Menyertai Pertandingan Teka Silang Kata Ini

Oleh
Ismail NA
3 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Khas untuk orang Sarawak dan warganegara yang menetap di Sarawak.

Hebat Ke Tak? Uji Pengetahuan Bahasa Malaysia Anda Dengan Menyertai Pertandingan Teka Silang Kata Ini. Sejauh manakah kehebatan anda menguasai perkataan Bahasa Malaysia? Adakah ianya di tahap yang memuaskan atau anda yakin bahawa anda memiliki pengetahuan kosa kata Bahasa Malaysia yang luas?

Ada satu cara untuk anda menguji kehebatan Bahasa Malaysia anda iaitu dengan menjawab teka silang kata ini!

Teka silang kata ini merupakan sebuah pertandingan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak untuk menguji penguasaan kosa kata Bahasa Malaysia dalam kalangan peserta yang menyertainya. Tema untuk teka silang kata ini adalah kosa kata.

Hebat Ke Tak? Uji Pengetahuan Bahasa Malaysia Anda Dengan Menyertai Pertandingan Teka Silang Kata Ini
Hebat Ke Tak? Uji Pengetahuan Bahasa Malaysia Anda Dengan Menyertai Pertandingan Teka Silang Kata Ini

Boleh lah buat santai-santai di rumah semasa PKP ni kan? Hari anda dijamin akan menjadi lebih produktif!

Syarat-syarat pertandingan

Peraduan ini terbuka kepada semua individu yang berasal dari Sarawak ataupun individu yang menetap di Sarawak. Syarat penuh penyertaan adalah seperti berikut;

  • Terbuka kepada individu yang berasal dari Sarawak atau individu yang menetap di Sarawak.
  • Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja. Jawapan yang tepat dan terawal diterima oleh urus setia akan dipilih sebagai pemenang.
  • Borang penyertaan dan jawapan yang lengkap hendaklah dihantar melalui e-mel [email protected]
  • Keputusan dan pemilihan pemenang oleh penganjur adalah muktamad.

Dah nama pun pertandingan, mestilah ada hadiah kan? Berikut adalah hadiah yang bakal menanti peserta terpantas dengan jawapan tepat;

  • JOHAN : RM 200.00
  • NAIB JOHAN : RM 150.00
  • TEMPAT KETIGA : RM 100
  • SAGU HATI : RM 50.00

Borang penyertaan rasmi dan pembayang teka silang kata boleh dimuat turun melalui pautan ini atau imbas kod QR seperti yang tertera pada poster iklan :

BORANG PENYERTAAN DAN PEMBAYANG TEKA SILANG KATA DBP SARAWAK

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Julai 2021. Selamat mencuba!

#DekadBahasaKebangsaan #DekadMembacaKebangsaan #MalaysiaMembaca #BahasaJiwaBangsa

Ini pula kisah pelawak legenda yang fasih berbahasa Melayu Sarawak dan Iban;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 8 Pasaraya Di Samarahan Sedia Hulur Bantuan Pek Barangan Makanan Setiap Hari Sehingga 12 Julai Ini
Next Article Ini Adalah Senarai ‘Food Bank’ Di Sekitar Sabah Bagi Mereka Yang Memerlukan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?