• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebih 800 Jururawat Sarawak Sedia Kembali Berkhidmat Di Negeri Asal

Oleh
Nazihah AN
7 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Lebih 800 Jururawat Sarawak Sedia Kembali Berkhidmat Di Negeri Asal

Sarawak Bincang Hak Urus Kesihatan di Bawah MA63

Lebih 800 Jururawat Sarawak Sedia Kembali Berkhidmat Di Negeri Asal. Lebih 800 orang jururawat dari Sarawak yang kini bertugas di luar negeri menyuarakan hasrat untuk kembali berkhidmat di negeri asal mereka. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, kerajaan negeri amat memahami hasrat tersebut dan sedang giat berusaha untuk membawa pulang jururawat berkenaan.

Menurut beliau, terdapat kekosongan jawatan di Sarawak pada masa ini yang boleh diisi oleh jururawat tersebut. Penempatan kakitangan kesihatan ini merupakan antara isu penting yang sedang dibincangkan bersama kerajaan Persekutuan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Gambar sekadar illustrasi

Kos Tinggi Bertugas di Luar Negeri Dorong Jururawat Sarawak Mahu Pulang

“Sebab itulah kerajaan Sarawak ingin mengambil alih pengurusan sistem penjagaan kesihatan sendiri agar keputusan penempatan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan. Ini merupakan sebahagian daripada rundingan yang sedang dilakukan di bawah MA63,” katanya selepas pelancaran Program Imunisasi Influenza Kebangsaan untuk Warga Emas di Sarawak.

Tambah beliau lagi, kebanyakan jururawat lebih suka berkhidmat di negeri asal mereka kerana faktor kos hidup yang lebih rendah dan beban perbelanjaan untuk pulang ke kampung halaman yang jauh lebih rendah berbanding bertugas di luar negeri.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni turut mengakui bahawa isu penempatan di luar negeri asal menjadi antara sebab utama ramai jururawat memilih untuk meninggalkan perkhidmatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau mendedahkan sebanyak 1,754 jururawat telah meninggalkan perkhidmatan KKM dalam tempoh lima tahun lalu, dengan hampir 28 peratus daripada mereka berbuat demikian disebabkan masalah peribadi yang berkait rapat dengan isu penempatan.

Justeru, usaha kerajaan negeri Sarawak ini diharap dapat membantu mengekalkan tenaga kerja mahir dalam bidang penjagaan kesihatan, sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di negeri tersebut.

Baca juga cerita berkaitan di bawah:

Karim Tolak Rancangan Roboh Kuarters Jururawat Bersejarah Di Kuching
Wanita Iban Ini Ceritakan Perbandingan Pengalaman Kerja Sebagai Jururawat Di Malaysia Dan Arab Saudi
SUMBER :Free Malaysia Today
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menikmati Nuba’ Laya: Hidangan Tradisional Etnik Kelabit dan Lun Bawang di Lawas
Next Article Pengurus Projek Didakwa Tipu JKR Sabah Libat Buat Tuntutan Palsu RM46.8 Juta Pengurus Projek Didakwa Tipu JKR Sabah Libat Buat Tuntutan Palsu RM46.8 Juta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?