• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

Oleh
Husna Hazmi
17 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ketahui fakta menarik mengenai Pulau Borneo ini!

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu. Borneo merupakan sebuah Pulau yang dikelilingi oleh Laut China Selatan di utara dan barat laut, Laut Sulu di timur laut, Laut Sulawesi dan Selat Makasar di sebelah timur, dan Laut Jawa dan Selat Karimata di selatan. Pulau Borneo terdiri daripada tiga negara iaitu Malaysia (Hanya Sabah dan Sarawak di dalam Borneo), Indonesia, dan juga Brunei.

Isi Isi Penting
  • 1. Pulau ketiga terbesar di dunia
  • 2. Pulau Borneo dua kali ganda lebih tua sari hutan Amazon
  • 3. Pulau Borneo mempunyai gua terbesar di dunia
  • 4. Kita mempunyai gunung yang tertinggi di Southeast Asia
  • 5. Rumah kepada bunga terbesar di dunia
  • 6. Ninja Slugs
  • 7. Monyet Belanda (Proboscis Monkey)
  • 8. Borneo mempunyai babi paling hodoh di dunia
  • 9. Indonesia dan Malaysia merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia
9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu
9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

1. Pulau ketiga terbesar di dunia

Tahukah anda Pulau Borneo adalah 3 kali ganda lebih besar daripada United Kingdom!

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

2. Pulau Borneo dua kali ganda lebih tua sari hutan Amazon

Dianggarkan berusia 130 juta tahun, hutan hujan tropika di Pulau Borneo adalah dua kali ganda lebih tua daripada hutan hujan tropika di Amazon, South America yang merupakan hutan hujan tropika yang terbesar di dunia.

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

3. Pulau Borneo mempunyai gua terbesar di dunia

Tahukah anda gua terbesar di dunia adalah di Sarawak? Yes Gua di Gunung Mulu National Park merupakan gua terbesar di mana ianya boleh memuatkan 40 Boeing dan 757 kapal terbang di dalamnya!

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

4. Kita mempunyai gunung yang tertinggi di Southeast Asia

Dengan ketinggian 13438 kaki (4096 metre) paras laut, Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Southeast Asia.

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

5. Rumah kepada bunga terbesar di dunia

Habitat terbesar Bunga Rafflesia adalah di hutan hujan tropika Pulau Borneo dan ianya merupakan bunga parasite yang mengeluarkan bau yang tidak diingini.

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

6. Ninja Slugs

Ya! Anda tidak salah dengar. Ninja slug merupakan salah satu daripada 100 spesies baru yang telah dijumpai di Sabah pada tahun 2007. Spesies ini hanya boleh ditemui di kawasan Pulau Borneo dengan ketinggian, 1200 hingga 1900 meter. Ninja Slugs ini tinggal di daun pokok.

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

7. Monyet Belanda (Proboscis Monkey)

Di Malaysia kita memanggil haiwan ini sebagai Monyet Belanda manakala di Indonesia pula ianya diglar Kera Bekantan dan spesies ini juga hanya boleh ditemui di Pulau Borneo sahaja.

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

8. Borneo mempunyai babi paling hodoh di dunia

Betul kata orang, beauty is in the eye of the beholder, babi berjanggut Borneo ini telah menempah namanya sebagai babi yang paling hodoh di dunia. Walaupun dikatakan babi yang paling hodoh di dunia, namun ianya merupakan haiwan yang terlindung dan hanya boleh ditemui di Pulau Borneo sahaja.

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

9. Indonesia dan Malaysia merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia

Indonesia merupakan negara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia manakala Malaysia di tangga kedua negara yang mengeluarkan kelapa minyak sawit terbesar di dunia.

Baca lagi fakta menarik di sini:

Ada Burung Enggang, Rafflesia, Pokok Belian, Terokai Hutan Royal Belum Perak Yang Berusia 130 Juta Tahun
https://www.iloveborneo.my/ini-kisah-misteri-dan-sejarah-tragis-di-sebalik-keindahan-tasik-biru-di-bau/
SUMBER :experience travel group
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada Bekalan Elektrik Sehingga 17 Jam, Penduduk Di Lawas Kecewa Isu Ini Belum Ada Tindakan Tiada Bekalan Elektrik Sehingga 17 Jam, Penduduk Di Lawas Kecewa Isu Ini Belum Ada Tindakan
Next Article Sarawak Sabah Lebih Membangun Dari Rusia, TikToker Ini Dedah Keadaan Sebenar Di Sana

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?