• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Bekalan Elektrik Sehingga 17 Jam, Penduduk Di Lawas Kecewa Isu Ini Belum Ada Tindakan

Oleh
Nazihah AN
17 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Tiada Bekalan Elektrik Sehingga 17 Jam, Penduduk Di Lawas Kecewa Isu Ini Belum Ada Tindakan

Pihak bertanggungjawab seolah tidak peduli derita rakyat

Tiada Bekalan Elektrik Sehingga 17 Jam, Penduduk Di Lawas Kecewa Isu Ini Belum Ada Tindakan. Putus bekalan elektrik selama satu jam sahaja sudah buat kita panik, apa lagi kalau tiada bekalan elektrik selama 17 jam? Tambahan pula, ini bukan kali pertama berlakunya putus bekalan elektrik.

Begitulah apa yang dilalui oleh penduduk Lawas terpaksa menghadap bekalan elektrik terputus sehingga ianya sudah menjadi ‘rutin’ harian. Apa yang lebih menyedihkan, laporan sudah dibuat berkali-kali tetapi masih tiada tindakan sewajarnya dari pihak yang bertanggungjawab. Seolah mereka tidak peduli derita rakyat.

Tiada Bekalan Elektrik Sehingga 17 Jam, Penduduk Di Lawas Kecewa Isu Ini Belum Ada Tindakan
Tiada Bekalan Elektrik Sehingga 17 Jam, Penduduk Di Lawas Kecewa Isu Ini Belum Ada Tindakan. Gambar sekadar hiasan

Isu ini mampu menjejaskan kehidupan pengguna

Perkara ini sering tular di laman sosial terutamanya luahan hati dari penduduk Lawas itu sendiri apabila mereka terpaksa menempuh kehidupan tanpa kemudahan awam iaitu bekalan elektrik SETIAP HARI. Ya, setiap hari.

Menerusi perkongsian di Facebook milik Josephine Jeli apabila situasi asyik terputus bekalan elektrik ini sering berlaku di Lawas. Disertakan tarikh dan hari turut dicatat di mana penduduk kawasan tersebut sering mengalami gangguan bekalan elektrik dalam jangka masa yang panjang.

Tiada Bekalan Elektrik Sehingga 17 Jam, Penduduk Di Lawas Kecewa Isu Ini Belum Ada Tindakan
Tangkapan layar keluhan penduduk pada hari yang berbeza.

Pekerja-pekerja kontraktor turut terkena tempias

Tidak hanya itu, pengguna Facebook Wan Eusoff Mohdzar turut meluahkan rasa kecewa dengan keadaan tersebut. Bukan setakat bekalan elektrik sahaja, talian komunikasi turut terjejas di kawasan berkenaan.

Pekerja kontraktor juga turut terkena tempiasnya kerana ketiadaan elektrik menjadi salah satu punca kerja-kerja pembangunan di Lawas terpaksa ditangguh. Berlakulah kerugian kerana terpaksa bayar denda kelambatan di samping menangung kerugian membayar gaji tanpa kerja.

Penduduk menuntut janji

Ada juga yang mempersoalkan berkenaan dengan usaha untuk mengatasi masalah bekalan elektrik ini. Katanya, sokongan generator bakal disediakan untuk memastikan penduduk mendapat bekalan elektrik semasa gangguan elektrik berlaku. Namun, isu ini masih belum menunjukkan apa-apa pembaikan.

Sebaiknya, pihak bertanggungjawab hendaklah mengutamakan untuk menaiktarafkan kemudahan asas bagi penduduk-penduduk di kawasan pekan dan juga pedalaman sebelum berniat untuk membina projek megah.

Penat menunggu janji pihak atasan, penduduk bertindak untuk menampal jalan sendiri. Baca lebih lanjut di bawah:

Tak Tahan Jalan Berlopak Teruk Di Sandakan, Penduduk Tampal Sendiri Tanpa Bantuan Kerajaan

Sistem Perparitan Kecil Punca Kerap Banjir, Penduduk Muara Tuang Park Luah Rasa Kecewa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Memabukkan Apabila Dimakan Mentah, Kenali Buah Kepayang Yang Hanya Ditemui Di Asia Tenggara
Next Article 9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?