Tahukah anda bahawa Sarawak mempunyai pemandangan sunset yang tercantik di Malaysia?
9 Lokasi Sunset Paling Cantik Dan Menawan Di Sarawak. Sarawak, negeri yang terletak di Borneo, Malaysia, menawarkan pengalaman matahari terbenam yang memukau di pelbagai lokasi menarik.
Dengan pantai-pantai yang cantik, taman-taman nasional yang luar biasa, dan pulau-pulau yang tenang, Sarawak menjadi destinasi unggul bagi mereka yang ingin menikmati keindahan matahari terbenam. Dalam artikel ini, kita akan menjelajahi beberapa lokasi terbaik di Sarawak untuk menyaksikan pemandangan matahari yang menakjubkan dan memukau.
1. Marina Bay, Miri

Jika anda ingin tahu, pemandangan sunset dapat dilihat dari sekitar kawasan Marina Bay termasuklah di jalan raya. Sunset nya pun bukan alang-alang. Kalau nak rasa vibe sunset L.A yang selalu jadi wallpaper anda tu, sunset Miri adalah pemandangan yang paling hampir dengan sunset di negara tersebut.
2. Coco Cabana, Miri

Coco Cabana ini juga merupakan salah satu port kegemaran orang-orang di sekitar bandaraya ini untuk menikmati pemandangan sunset. Tebingan batu di sini sering menjadi tempat para pengunjung untuk duduk bersantai sambil berbual dan melihat pelantar minyak disuluh matahari tenggelam.
3. Pantai Tusan, Miri

Ini merupakan port sunset paling epik di Miri. Walau pun lokasinya sedikit terpinggir dari bandaraya Miri, namun perjalanan ke sini amat berbaloi. Selain dapat melihat tebing batu dan monumen batu yang membentuk lohong, sunset di sini boleh dikatakan sebagai yang tercantik di Miri. Kalau tak percaya, anda mesti pergi ke sini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda.
4. Airport Kuching

Bagi anda yang baru tiba mahupun hendak berlepas dari Kuching tepat pada waktu sunset, anda boleh tenangkan diri anda dengan menikmati pemandangan ini di koridor luar. Fly over lapangan terbang ini juga sering dijadikan sebagai port sesetengah warga Kuching untuk menyaksikan pemandangan emas ini.
5. Waterfront Kuching

Pemandangan di Waterfront Kuching ini rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Apa yang anda perlu lakukan setibanya di sini ialah duduk di tangga atau kerusi di tebingan sungai ini dan saksikan sendiri keindahan alam ciptaan Tuhan. Kalau ada bajet lebih, naiklah river cruise. Barulah eksklusif.
6. Rooftop Hotel UCSI, Kuching

UCSI Hotel ini terletak berhampiran dengan Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Pending. Akses ke rooftop ini biasanya khas untuk penghuni hotel tersebut sahaja. Namun begitu, jika anda berkesempatan melihat pemandangan sunset dari atas rooftop ini, pasti terasa seperti di kayangan. Apatah lagi tempat ini begitu popular dalam kalangan pasangan pengantin untuk melangsungkan majlis resepsi mereka.
7. Damai Central @ Pantai Damai, Santubong

Damai Central ini merupakan landmark pelancongan di Sarawak kerana ia berhampiran dengan Kampung Budaya Sarawak. Bukan itu sahaja, ramai pengunjung yang datang ke sini semata-mata untuk menyaksikan pemandangan sunset. Perjalanan ke sini mengambil masa selama 45 minit dari pusat bandaraya. Kalau dah jejak kaki ke pasir pantai ini, pastikan wp-content/uploads camera anda mencukupi kerana gambar cun di setiap sudut adalah suatu kemestian. Gitu.
8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Alumni universiti ini pasti merindui suasana sunset di sini. Memang tidak dinafikan, UNIMAS merupakan lokasi untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang paling cun di Kota Samarahan. Universiti ini memiliki tasik yang besar dan menampakkan lagi efek sunset pada pantulan air tasik yang tenang.
9. Pulau Talang-Talang

Walau pun Pulau Talang-Talang ini terhad kepada pengunjung bersama guide sahaja, namun anda boleh lihat sendiri betapa breathtaking-nya sunset di sini. Anda boleh mengisi waktu lapang anda dengan mengunjungi port sunset cun ini di waktu senja. Sambil-sambil itu, bolehlah anda menenangkan fikiran, kan?
Dari pantai Damai yang tenang hingga Pulau Talang-Talang, Sarawak memang terkenal dengan matahari terbenam yang memikat hati pengunjung. Keindahan alam semulajadi dan keanekaragaman ekosistem menambah daya tarik setiap pemandangan matahari terbenam.
Dengan mengunjungi tempat-tempat seperti Tanjung Batu dan Pulau Talang-Talang, para pelancong dapat menemukan ketenangan dan kecantikan yang sukar dilupakan di negeri yang kaya akan budaya dan keindahan alam ini. Jadi, jangan lewatkan kesempatan untuk mengeksplorasi Sarawak dan menikmati pemandangan matahari terbenam.