I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti

Oleh Nazihah AN
29 Januari 2024
Kongsi
6 Min Bacaan
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti

Rindukan vitamin-sea? Anda boleh dapatkannya di Miri

Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti. Selain Kuching, Miri juga merupakan tempat destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Apa yang menariknya di Miri? Salah satunya ialah tempat yang ideal untuik anda menerokai keindahan alam semula jadi seperti flora dan fauna.

Miri juga merupakan salah satu tempat yang popular dengan terumbu karang yang asli. Yang bestnya, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling di sana! Pemandangannya juga tidak kalah dengan pemandangan yang anda boleh lihat di Sabah.

Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti
Sumber gambar: Paradesa Borneo Reservations
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti. Sumber gambar: Paradesa Borneo Reservations

Boleh lihat hidupan laut betul-betul depan mata korang sendiri!

Kalau anda minat dengan sukan atau aktiviti air, jangan lepaskan peluang untuk cuba suba diving atau snorkeling di di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti (Miri-Sibuti Coral Reefs National Park) di mana anda boleh lihat terumbu karang dan pelbagai hidupan laut dengan lebih dekat.

Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti terletak di sempadan maritim antara Bintulu dan Miri yang meliputi kawasan kira-kira seluas 186,930 hektar. Ianya merupakan taman negara marin yang terbesar di negeri ini.

Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti
Sumber gambar: FB Miri Divers
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti. Sumber gambar: FB Miri Divers
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti
Sumber gambar: FB Miri Divers

Ini adalah antara senarai terumbu karang di Miri

Taman yang juga merupakan destinasi pelancongan popular ini terletak kira-kira 30 minit menggunakan bot dari Miri. Ada pelbagai jenis terumbu karang anda boleh terokai di sana, berikut ialah senarai terumbu karang yang telah kami ringkaskan dari laman web Sarawak Tourism :

Eve Garden (15 minit dari jeti)
Terumbu karang ini hanya sedalam 7 hingga 2 meter dan dihiasi dengan keindahan terumbu karang lembut semula jadi seperti leather corals, elephant’s ear sponges dan sea whips. Anda juga dapat melihat anemon gergasi dan ikan badut mengelilingi terumbu karang tersebut.
Anemone Garden (30 minit dari jeti)
Kalu dari segi flora dan fauna pula, ini adalah terumbu yang unik dengan kedalamannya antara 0 hingga 10 meter. Terumbu karang dan lembut turut subur dalam kepelbagaian bentuk yang unik. Selain anemon dan ikan badut, anda juga boleh lihat hidupan laut yang lain seperti feather star, kerang gergasi, nudibranchs dan yellowtails.
Belais Reef (30 minit dari jeti)
Di sini pula, ianya seakan-akan zoo untuk hidupan laut. Kerana haiwan yang anda temukan di Belais Reef lebih banyak berbanding dengan Anemone Garden dan Eve Garden. Antaranya ialah ikan Pelagis, Gorgonian gergasi dan Kipas Laut. Di sepanjang jalan anda snorkel, anda juga dapat melihat angelfish, butterfly fish, sea perch, dan lizardfish. Menarik kan? Puncak terumbu ini kira-kira 15 meter dan kawasan ini sememangnya syurga buat para jurugambar!
Siwa Reef (35 minit dari jeti)
Dan terumbu yang paling menarik adalah sepanjang cerun terumbu yang lebih rendah, di mana anda boleh melihat jerung pelana berbintik (leopard shark) dan ikan pari marmar (marble rays) berenang di sekitar kawasan ini di siang hari.
Santak Point (45 minit dari jeti)
Air laut kebiruan dihiasi dengan glass fish dan kipas laut merupakan satu tanda ikonik di kawasan Santak Point dengan keluasan penglihatannya kira-kira 30 meter atau lebih. Kipas laut Gorgonian bersaiz 2-3 meter boleh ditemui diseluruh bahagian atas terumbu pada 21 meter.
Barracuda Point (45 minit dari jeti)
Di Barracuda Point terdapat terumbu Salam di mana anda boleh lihat sekumpulan 300 ekor ikan Barracuda besar berpusing dalam bulatan. Jika anda menyelam sedalam 25 meter, anda dapat melihat flatworms, kuda laut, udang simbiotik dan sebilangan nudibranch yang jarang dilihat umum.
Tukau Drop-Off (50 minit dari jeti)
Manakala di Tukau Drop-Off, menyelam di kawasan ini juga agak mencabar kerana terumbu ini bermula pada sedalam 20 meter dan terus ke bawah curam sehingga 40 meter; kerana selalunya terdapat dinding menegak.
Sri Gadong (1 jam 10 minit dari jeti)
Ini adalah salah satu tapak menyelam kegemaran di kalangan penyelam tempatan. Tempat rehat yang tegak di dasar lumpur 18 meter, terdapat bangkai kapal kargo kecil di dasar laut sepanjang 30 meter ini terkenal dengan hidupan laut seperti sekumpulan besar ikan kerapu. Jacks, yellow grunt, batfish dan barracuda turut ditemui mengelilingi kapal tersebut.
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti. Sumber gambar: Paradesa Borneo Reservations
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti. Sumber gambar: FB Miri Divers
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti
Sumber gambar: FB Miri Divers
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti
Sumber gambar: FB Miri Divers
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti
Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti. Sumber gambar: FB Miri Divers
Lokasi
Waktu beroperasi
Booking

📌Miri – Sibuti Coral Reefs National Parks

7.00 am – 4.00 pm (Setiap hari)

Tempah di sini👉🏻https://gokayu.com/malaysia/sarawak/miri/activity/diving-in-miri-sibuti-coral-reefs-national-park

***Turut dimaklumkan bahawa Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti akan ditutup sehingga diberitahu kelak kerana Musim Monsun bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Nak tahu kat mana lagi tempat-tempat best di Sarawak? Baca artikel di bawah:

Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun
Taman Kopi Bakal Jadi Tarikan Baru Buat Pengunjung Ke Padawan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelancong Korea Selatan Tersangkut Di Atas Pokok Ketika Paragliding Di Sabah
Next Article Ketahui Kek Butter Mita, Ole-Ole Wajib Sekiranya Anda Ke Sarawak Ketahui Kek Butter Mita, Ole-Ole Wajib Sekiranya Anda Ke Sarawak

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?