• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

94500 Dos Vaksin Pfizer Dihantar Dari Kuching Ke Sabah Untuk Atasi Kekurangan Vaksin

Oleh
ILB - AI
29 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Ini Adalah 6 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Anda Sudah Terima Vaksin COVID-19

Vaksin tersebut dijangka tiba tidak lama lagi

94500 Dos Vaksin Pfizer Dihantar Dari Kuching Ke Sabah Untuk Atasi Kekurangan Vaksin. Sebanyak 94,500 dos vaksin Pfizer-BioNtech dijangka tiba di Sabah tidak lama lagi bagi membantu mengurangkan kekurangan vaksin yang menyebabkan penerima dos kedua di Sabah dijadualkan kembali sebelum ini.

Menurut jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata bahawa vaksin tersebut dijangka tiba di Sabah dari Kuching, dalam beberapa hari lagi.

“Bekalan vaksin tersebut sepatutnya tiba semalam (Jumaat) tetapi pesawat Tentera Udara mengalami masalah teknikal dan pengangkutan alternatif kini sedang diuruskan” katanya semalam.

Pada hari Jumaat lepas, kebanyakan individu yang tiba di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah International Convention Centre (SICC) untuk menerima dos kedua mereka telah dijadualkan kembali.

Notis juga dikeluarkan untuk memaklumkan penerimaan dos vaksin kedua untuk Pfizer yang dijadualkan dari 28 Ogos sehingga 2 September akan dijadualkan kembali kepada 3 September sehingga 10 September.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah International Convention Centre (SICC) merupakan salah satu pusat pemberian vaksin terbersar di Sabah dan beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

Datuk Seri Masidi Manjun juga berkata, ianya terpulang kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk menentukan vaksinasi dos kedua yang terjejas sebelum ini.

Menurut beliau juga, Sabah telah menerima sebanyak 515,150 dos vaksin, Pfizer (351,150 doses), Sinovac (70,000 doses) dan CanSino (94,000 doses) – sejak beberapa minggu yang lepas.

Pihak berkuasa juga telah menggunakan vaksin Cansino di beberapa buah lokasi terutamatanya pulau pulau yang jauh.

Sebelum ini, Selangor juga telah membantu Pulau Pinang dengan meminjamkan sebanyak 200,000 dos vaksin sinovac bagi membantu kekurangan vaksin di negeri tersebut.

Sabah kini mencatatkan secara puratanya 2000 kes harian sejak 1 minggu yang lepas dan kes harian juga pernah melebihi 3000 kes harian.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Badang’ Sarawak, Bonnie Bunyau Rangkul Emas Pertama Untuk Malaysia
Next Article Diiktiraf Malaysian Book Of Records, Lelaki Tertua Di Negara Ini Adalah Seorang Petani Berasal Dari Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?