• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Badang’ Sarawak, Bonnie Bunyau Rangkul Emas Pertama Untuk Malaysia

Oleh
Ismail NA
28 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Tahniah Bonnie!

‘Badang’ Sarawak, Bonnie Bunyau Rangkul Emas Pertama Untuk Malaysia. Atlet angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin baru sahaja memenangi pingat emas pertama negara dalam acara powerlifting bawah 72 kg. Beliau meninggalkan pesaing terdekatnya, peserta angkat berat dari Mesir, Attia Mahmoud, dan atlet Great Britain, Yule Micky dengan catatan 228 kg.

Lebih membanggakan, Bonnie yang merupakan pemegang rekod dunia untuk kategori tersebut turut melakar sejarah dengan memecahkan rekod paralimpik apabila berjaya membuat angkatan seberat 228 kg, memadam rekod lama yang dicatat oleh atlet dari Iraq, Mohsin Rasool iaitu 227 kg di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Bonnie terus mengorak langkah untuk menyamai rekod dunia yang dipegangnya iaitu 230 kg apabila berhasrat untuk membuat angkatan seberat 231 kg namun gagal pada percubaan ke 4.

'Badang' Sarawak, Bonnie Bunyau Rangkul Emas Pertama Untuk Malaysia
Sumber : FB Majlis Sukan Negara
'Badang' Sarawak, Bonnie Bunyau Rangkul Emas Pertama Untuk Malaysia
Sumber : FB Majlis Sukan Negara

Merangkul pingat emas dengan catatan selesa

Dengan keupayaannya dan tekad membara yang ditunjukkan oleh anak muda dari Taee, Serian ini, beliau akhirnya berjaya menempatkan diri di posisi juara dengan catatan yang begitu selesa, jauh meninggalkan pesaing lain di belakang beliau berbanding tempat kedua, 191 kg dan tempat ketiga, 182 kg.

Bonnie merupakan atlet angkat berat para yang begitu digeruni di peringkat antarabangsa kerana sering memecahkan rekod dunia serta rekod kejohanan. Beliau yang kini berada di puncak prestasi baru sahaja memecahkan rekod dunia di Dubai pada Jun lalu mengatasi rekod lama dunia, 229 kg milik atlet Iran, Rustami.

'Badang' Sarawak, Bonnie Bunyau Rangkul Emas Pertama Untuk Malaysia
‘Badang’ Sarawak, Bonnie Bunyau Rangkul Emas Pertama Untuk Malaysia. Sumber : FB Reezal Merican

Bonnie mula mengejutkan atlet angkat berat paralimpik dunia pada tahun 2019 apabila beliau berjaya memperolehi 2 kejuaraan angkat berat (gelaran junior dan utama) mengalahkan juara paralimpik dunia, Paul Kehinde dan Liu Lei. Bukan itu sahaja, pencapaian luar biasa Bonnie telah pun bermula sejak tahun 2017 apabila beliau berjaya memecahkan rekod dunia remaja pada usia 17 tahun.

Tahniah sekali lagi buat Bonnie Bunyau Gustin!

Lagi informasi menarik tentang Bonnie Bunyau :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Maharaja’ Soloz Pecah Rekod, Orang Malaysia Pertama Dipilih Jadi Suara Latar Emote Mobile Legend
Next Article Ini Adalah 6 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Anda Sudah Terima Vaksin COVID-19 94500 Dos Vaksin Pfizer Dihantar Dari Kuching Ke Sabah Untuk Atasi Kekurangan Vaksin

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?