• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Diiktiraf Malaysian Book Of Records, Lelaki Tertua Di Negara Ini Adalah Seorang Petani Berasal Dari Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
30 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Ketahui rahsia lelaki ini dalam mengekalkan jangka hayat melebihi 100 tahun.

Diiktiraf Malaysian Book Of Records, Lelaki Tertua Di Negara Ini Adalah Seorang Petani Berasal Dari Sarawak. Isu kesihatan merupakan tunjang utama dalam mengekalkan gaya hidup seseorang individu. Baru-baru ini, seorang lelaki dari Sarawak telah diiktiraf sebagai lelaki tertua di Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Ketahui rahsia lelaki ini dalam mengekalkan jangka hayat melebihi 100 tahun.
  • Berusia 111 tahun diiktiraf Malaysia Book of Records
  • Rahsia datuknya dalam mengekalkan umur yang panjang adalah
  • Rutin harian datuknya adalah
Malaysia's Oldest Living Man

We speak to an extraordinary Malaysian during the Merdeka month.

Posted by Malaysia Book of Records on Friday, August 27, 2021

Berusia 111 tahun diiktiraf Malaysia Book of Records

Seorang petani dari Tenggalat, Saratok, Seliman Bandang yang berusia 111 tahun diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai lelaki tertua di negara ini. Seliman Bandang amat bertuah kerana telah melihat pelbagai perubahan dari segi pembangunan, masyarakat dan negara selama lebih dari 100 tahun.

Dilahirkan pada 21 Mac 1910, Seliman gembira ketika pengumuman itu dilakukan secara langsung di laman facebook MBR semalam.

Seliman berkongsi rahsia dan pengalaman kehidupannya kepada penonton menerusi cucunya, Micheal Bandang Tinggai, berusia 24, yang dikendalikan Pengarah Pemasaran Malaysian Book of Records, Jwan Heah.

Diiktiraf Malaysian Book Of Records, Lelaki Tertua Di Negara Ini Adalah Seorang Petani Berasal Dari Sarawak
Diiktiraf Malaysian Book Of Records, Lelaki Tertua Di Negara Ini Adalah Seorang Petani Berasal Dari Sarawak. Seliman bersama cucunya Micheal.

Rahsia datuknya dalam mengekalkan umur yang panjang adalah

Menurut Micheal, rahsia datuknya dalam mengekalkan umur yang panjang adalah dengan sentiasa berfikiran positif, jalani kehidupan harian tanpa tekanan, sentiasa menjaga pemakanan yang seimbang serta beliau tidak mempunyai apa-apa penyakit dalaman yang serius. Seliman juga sudah lengkap dua dos vaksin. Kalau Seliman yang berusia 111 sudah lengkap dua dos vaksin, anda yang muda-muda dan layak ni cepat daftarkan diri untuk menerima vaksin!

“Sejak dulu lagi, datuk suka makan ikan pansuh iaitu ikan yang dibakar dalam buluh dan banyak makan sayur kampung yang direbus seperti buah labu.

“Kebiasaannya datuk tidur pada jam 9 malam dan bangun jam 7.30 pagi setiap hari, dia mengambil sarapan dengan minum teh dengan ada kalanya susu bersama roti. Mungkin itu rahsia umur datuk panjang,” katanya kepada Berita Harian.

Diiktiraf Malaysian Book Of Records, Lelaki Tertua Di Negara Ini Adalah Seorang Petani Berasal Dari Sarawak

Rutin harian datuknya adalah

Michael juga turut berkata bahawa rutin harian datuknya adalah dengan bersembang bersama cucu dan cicitnya, manakala di waktu petang pula beliau gemar melawat saudara-mara yang tinggal berdekatan.

“Isteri datuk meninggal dunia pada 1983 dan mereka ada dua anak angkat, sembilan cucu dan 13 cicit,” katanya.

Dia berkata, datuknya gembira melihat pembangunan pesat di Sarawak dan negara ini sepanjang usia melebihi 100 tahun. Di samping itu, Jwan Heah berkata, tidak banyak individu di dunia dapat melalui fasa kehidupan seperti dilalui Seliman.

“Kita mendoakan Seliman terus menikmati kehidupan seperti individu lain bersama keluarganya,” tambah Jwan Heah.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 6 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Anda Sudah Terima Vaksin COVID-19 94500 Dos Vaksin Pfizer Dihantar Dari Kuching Ke Sabah Untuk Atasi Kekurangan Vaksin
Next Article Jong Yee Khie, Anak Sarawak Kedua Hadiahkan Pingat Paralimpik Tokyo Untuk Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?