• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sambutan Hari Sarawak 2023 Bakal Diraikan Lebih Awal Daripada 22 Julai – Karim

Oleh
Ismail NA
1 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Dijamin lebih meriah dan bermakna.

Sambutan Hari Sarawak 2023 Bakal Diraikan Lebih Awal Daripada 22 Julai – Karim. Bagi tahun 2023, sambutan Hari Sarawak dijangka berlangsung lebih awal daripada tarikh sebenar iaitu 22 Julai 2023. Hal ini diumumkan oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Karim menjelaskan bahawa adalah penting untuk memberi peluang kepada semua masyarakat di Sarawak untuk menghayati dan menikmati perayaan Hari Sarawak dengan lebih meriah.

Sambutan Hari Sarawak 2023 Bakal Diraikan Lebih Awal Daripada 22 Julai - Karim
Sambutan Hari Sarawak 2023 Bakal Diraikan Lebih Awal Daripada 22 Julai – Karim

Malah, rakyat Sarawak digesa untuk melihat sambutan Hari Sarawak ini secara lebih meluas, melangkaui tarikh sebenar agar ia dapat menjadi asas terbaik untuk menyemai semangat patriotisme. Sekaligus, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Sarawak.

Berucap pada Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, beliau memberi jaminan bahawa sambutan serta perayaan yang dirancang tahun ini dijangka akan lebih meriah dan bermakna, hasil kerjasama antara kementeriannya dan kerajaan negeri. Dalam pada masa yang sama, Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sekitar Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 semalam. Kredit: Chimon Upon via Utusan Borneo

Hadir sama pada majlis ini ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan ahli kehormat lain.

Berhubung sambutan ambang tahun baharu, Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata, sambutan ambang tahun baharu ini diadakan khas untuk rakyat Sarawak.

Majlis sambutan ini diadakan sebagai penghargaan serta tanda terima kasih kepada rakyat Sarawak yang menyokong usaha pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan Sarawak selama ini.

Pada tahun 2022, sambutan Hari Sarawak diadakan di Sibu. Baca cerita penuh di pautan ini:

2 Tahun Disambut Secara Hibrid, Sambutan Hari Sarawak Bakal Diadakan Di Sibu 22 Julai Ini
Nampak Macam Di UK, Pusat Sukan Komuniti Di Sibu Jaya Ini Buat Netizen Teruja
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi ‘Money Lender’
Next Article Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding Abang Jo: Hak Sarawak Yang Termaktub Dalam MA63 Tidak Boleh Dirunding

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?