• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Abang Jo Rancang Tubuh Tabung Dana Pencen Buat Penjawat Awam Negeri

Oleh
Aina Musa
13 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Jo Rancang Tubuh Tabung Dana Pencen Buat Penjawat Awam Negeri

Sarawak kaji tubuh sendiri tabung pencen penjawat awam negeri

Abang Jo Rancang Tubuh Tabung Dana Pencen Buat Penjawat Awam Negeri. Kerajaan Sarawak sedang mengkaji penubuhan dana pencen untuk anggota perkhidmatan awam negeri, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari.

Abang Jo Rancang Tubuh Tabung Dana Pencen Buat Penjawat Awam Negeri
Abang Jo Rancang Tubuh Tabung Dana Pencen Buat Penjawat Awam Negeri. Kredit: Bernama

Premier Sarawak itu berkata, ketika ini perkara berkenaan masih di peringkat perbincangan namun asasnya kerajaan negeri mempunyai idea baharu untuk menambah baik keperluan kakitangannya.

Pelbagai perkara perlu diambil kira terlebih dahulu

Menurut Abang Johari, sebelum dana berkenaan direalisasikan, pelbagai perkara perlu diambil kira termasuk kemampuan kerajaan negeri.

“Ia akan mengambil masa dan masih lagi di peringkat perbincangan.

Abang Jo Rancang Tubuh Tabung Dana Pencen Buat Penjawat Awam Negeri

“Kita akan melihat bagaimana ia dapat dilaksanakan mengikut keadaan semasa,”ujar Abang Johari.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Yang Amat Berhormat Premier Sarawak 2023 di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Sebelum ini, Sarawak pernah tubuh Dana Kekayaan Berdaulat

Abang Johari menambah, Sarawak sebelum ini berjaya menubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat negeri yang mana perkembangan itu dijangka akan menyuntik tambahan pendapatan kepada negeri.

“Sekiranya kewangan kukuh, kita boleh lakukan apa sahaja namun perlulah secara berhemah,”katanya.

Dalam pada itu Abang Johari berkata, perkhidmatan awam negeri telah memberi sokongan terhadap Kerajaan Sarawak menerusi kejayaan menyampaikan dasar-dasar kepada rakyat.

“Saya menerima kerjasama yang baik daripada seluruh perkhidmatan awam negeri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih,”katanya.

Baca artikel terkini di sini:

KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya
Hampir Diserang, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Ke Arah Sarang Buaya Yang Ditemui Di Taman Malihah
SUMBER :Bernama
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya
Next Article Cawangan Pertama Di Sarawak, Godiva Sudah Buka Di The Spring Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?