• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terasa Macam Di Rumah Sendiri, Ibu Hetty Koes Endang Puji Keindahan Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
2 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Terasa Macam Di Rumah Sendiri, Ibu Hetty Koes Endang Puji Keindahan Di Sarawak

Perasaan Ibu Hetty bila sampai di Sarawak tempoh hari

Terasa Macam Di Rumah Sendiri, Ibu Hetty Koes Endang Puji Keindahan Di Sarawak. Keindahan dan kedamaian Sarawak telah memikat hati penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, ketika beliau menjejakkan kaki di bumi kenyalang baru-baru ini. Dalam sesi temubual eksklusif bersama penyampai radio Cats FM, Ibu Hetty berkongsi perasaan beliau mengenai kunjungan terbarunya ke Sarawak.

“Jadi Sarawak, Malaysia ini untuk saya adalah rumah ke-2. Kelmarin waktu saya turun dari airport, terus terang saya bilang, Subhanallah kok bersih banget ya Sarawak ni. Aduh enak banget. Terasa macam di rumah sendiri,” katanya dengan nada penuh keikhlasan.

Terasa Macam Di Rumah Sendiri, Ibu Hetty Koes Endang Puji Keindahan Di Sarawak
Sumber: Cats FM

Beliau turut memuji penduduk Sarawak ramah

Ibu Hetty juga menyifatkan Sarawak sebagai tempat yang semakin damai dan mesra berbanding beberapa tahun lalu. Beliau turut memuji keramahan penduduk Sarawak yang menurutnya membuatkan pengalaman beliau lebih istimewa.

Ketika ditanya tentang pengalaman menyanyi dalam keadaan hujan, Ibu Hetty menyambutnya dengan pandangan positif. “MasyaAllah, walaupun hujan, saya anggap ini hujan berkah. Jangan kita fikir hujan itu sesuatu yang jelek. Hujan ini tanda keberkatan, dan Alhamdulillah.

Malah, sambil bergurau, Ibu Hetty menambah, “Sarawak ni banyak wang!”

Rakaman perbualan antara Ibu Hetty dan penyampai radio tersebut telah menjadi tular di media sosial, menarik perhatian warga Sarawak yang berbangga dengan pujian artis ternama itu. Ramai yang berkongsi kegembiraan melihat Ibu Hetty menghayati suasana dan keunikan negeri mereka.

Penerimaan mesra dari penduduk Sarawak dan suasana yang mendamaikan jelas membuatkan Ibu Hetty berjanji untuk kembali lagi. “Jemput ibu lagi dong,” katanya sebagai penutup dengan nada ceria.

Komen positif dan pengiktirafan dari selebriti antarabangsa seperti Ibu Hetty Koes Endang bukan sahaja meningkatkan imej Sarawak di mata dunia, tetapi juga menjadi bukti bahawa negeri ini benar-benar menawarkan pengalaman yang unik kepada setiap pengunjung.

Ramai juga yang memuji anak Sarawak, baca penuh di bawah:

[VIDEO] Kagum Dengan Adab Anak Sarawak, Wanita Ini Beri Pujian Tak Henti-Henti
Berdiri Semasa Lagu Dimainkan, Rakyat Sarawak Dipuji Hormat Lagu Ibu Pertiwiku Di Plaza Merdeka

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Panduan Penuh Untuk Pelajar IPT Tebus Subsidi RM600 i-GPS 2025 Ini Panduan Penuh Untuk Pelajar IPT Tebus Subsidi RM600 i-GPS 2025
Next Article Acara Larian Sarawak 2025, Ini Tarikh Penting Untuk Semua Penggemar Larian Acara Larian Sarawak 2025, Ini Tarikh Penting Untuk Semua Penggemar Larian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?