I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Catat Masa Larian 10.50 Saat Dalam Acara 100 Meter, Pelajar Ini Digelar ‘Usain Bolt Sabah’
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Catat Masa Larian 10.50 Saat Dalam Acara 100 Meter, Pelajar Ini Digelar ‘Usain Bolt Sabah’

Oleh Husna Hazmi 6 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Memang laju macam Usain Bolt lah😱

Catat Masa Larian 10.50 Saat Dalam Acara 100 Meter, Pelajar Ini Digelar ‘Usain Bolt Sabah’. Anak kelahiran Sabah ini digelar ‘Usain Bolt Sabah’ setelah mencatat rekod mengagumkan iaitu 10.50 saat dalam acara larian 100 meter.

Rizalman Washif, merupakan seorang pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan, Ranau, dia telah berjaya memukau orang ramai yang menyaksikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Daerah (MSSD) Ranau baru-baru ini.

Catat Masa Larian 10.50 Saat Dalam Acara 100 Meter, Pelajar Ini Digelar 'Usain Bolt Sabah'
Catat Masa Larian 10.50 Saat Dalam Acara 100 Meter, Pelajar Ini Digelar ‘Usain Bolt Sabah’. Sumber foto: Saya Orang Sabah

Rakaman lariannya itu juga tular

Larian pantasnya yang meninggalkan jauh semua peserta lain di dalam acara tersebut menarik perhatian ramai. Rakaman lariannya itu juga tular dan rata-rata netizen juga terpesona dengan bakatnya.

Netizen juga menyifatkan Rizalman ini sebagai permata baharu negara bagi atlet sukan dalam acara larian 100 meter dan berharap bakatnya itu dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Pelajar SMK Lohan, Ranau yang berusia 17 tahun, Jad Rizalman Washif mencatat 10.5 saat dalam acara 100m MSSD Ranau sehingga digelar Usain Bolt SabahKredit Video: Buletin Arena Sabah

Posted by Malaysiapost on Monday, July 4, 2022

Setakat ini, rekod larian terpantas masih dipegang Khairul Hafiz

Setakat ini, rekod larian terpantas bagi acara larian 100 meter negara masih lagi dipegang Khairul Hafiz pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan catatan masa 10.18 saat.

Diharap agar bakat luar biasa Rizalman ini terus digilap semoga anak muda ini boleh memecah rekod kebangsaan mahupun rekod dunia pada satu hari nanti! Semoga maju jaya diucapkan kepada Rizalman Washif🤩

Lagi di sini kisah sukan mengagumkan di Borneo buat anda:

SUMBER : Malaysia Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ini Enggan Dilayan Pegawai JPJ Di Kota Kinabalu Atas Alasan Dokumen Terlalu Banyak Lelaki Ini Enggan Dilayan Pegawai JPJ Di Kota Kinabalu Atas Alasan Dokumen Terlalu Banyak
Next Article Lelaki Di Kuantan Ini Hairan Pawagam Kosong, Rupanya Tersalah Beli Tiket Di Vivacity Megamall Kuching Lelaki Di Kuantan Ini Hairan Pawagam Kosong, Rupanya Tersalah Beli Tiket Di Vivacity Megamall Kuching

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?