Seorang gadis sedih kerana sukar mencari kerja yang sepadan dengan kelulusannya
Ada Degree Dalam Perubatan, Gadis Kecewa Sekarang Jadi Operator Kilang Di Kampung. Seorang gadis yang mempunyai segulung ijazah sarjana muda dalam jurusan perubatan, kini bekerja di luar bidang yang tidak setaraf.
Menurut sumber, menerusi luahannya di media sosial, gadis itu merasakan hidupnya gelap selepas bekerja keras menjadi pelajar perubatan, tapi tidak menunjukkan hasil sepatutnya.
“Saya sekarang umur 26 tahun. Saya tengah kerja dekat kilang dan seperti yang korang semua tahu, kerja kilang ni gaji sikit sangat.
“Dalam keadaan saya ni, saya rasa macam saya seperti dah gagal dalam kehidupan. Belajar sampai degree tapi akhirnya kerja di kilang,” luah wanita itu.
Disebabkan pekerjaannya kini, dia sering murung
“Saya ada degree dalam perubatan tapi sekarang ni kerja jadi operator di kilang, boleh faham tak?
“Saya ingatkan habis degree dalam bidang perubatan boleh kerja hebat dengan gaji besar tapi ke kilang juga akhirnya.
Dalam pada itu, gadis itu menyatakan bahawa mak ayahnya juga tertanya-tanya, mengapa kerja kilang padahal memiliki degree.
Salah satu sebabnya kena ‘control’ dengan mak ayah, tak bagi pergi KL
Namun, salah satu sebab dia terhimpit adalah kerana kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan termasuklah mak ayahnya tidak membenarkannya bekerja di Kuala Lumpur.
“Saya nak sangat cari kerja yang ada kena-mengena dengan bidang. Antara salah satu sebab saya bekerja dekat kilang ni pun sebab nak dekat dengan rumah.
“Mak ayah tak bagi bekerja di Kuala Lumpur, katanya nanti susah nak jaga diaorang dan kalau apa-apa jadi senang ada dekat.
“Itu sebab saya terpaksa bekerja di kampung. Itu sebab saya rasa diri saya gagal,” ujar wanita itu lagi.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan nasihat untuknya.