I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Malaysia Berminat Belajar Dari Thailand Mendalami Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Malaysia Berminat Belajar Dari Thailand Mendalami Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan

Oleh Husna Hazmi 24 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Malaysia berminat menegetahui tentang kanabis dalam aspek perubatan.

Malaysia Berminat Belajar Dari Thailand Mendalami Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan. Kanabis atau nama saintifiknya Cannabis, adalah tumbuhan daripada keluarga Cannabaceae. Antara spesies pokok daripada genus Cannabis ini adalah cannabis sativa, cannabis indica dan cannabis ruderalis.

Kanabid menghasilkan kompaun dipanggil cannabinoid dan difahamkan, terdapat lebih 100 jenis cannabinoid di dalamnya – paling lazim ditemukan ialah CBD dan THC (Delta 9 tetrahydrocannabinol).

Namun begitu, kadar kandungan CBD dan THC dalam setiap variety tumbuhan itu adalah berbeza. Marijuana misalnya, antara tumbuhan kanabis dengan kandungan THC yang sangat tinggi, berbeza dengan hemp yang langsung tidak mempunyai THC tetapi tinggi kandungan CBD.

Malaysia Berminat Belajar Dari Thailand Mendalami Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan
Malaysia Berminat Belajar Dari Thailand Mendalami Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan

Malaysia berminat mengetahui dengan lebih mendalam

Dipetik dari akhbar tempatan, dilaporkan bahawa Malaysia berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kanabis terutama dalam aspek aplikasi berasaskan penyelidikan dan produk farmaseutikal untuk kegunaan perubatan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau juga berharap Malaysia dan Thailand akan terus saling bertukar pengetahuan teknikal dan penyelidikan klinikal untuk memastikan keselamatan serta keberkesanan produk kanabis dalam perubatan.

Pegawai kami (Malaysia dan Thailand) masih meneruskan pertukaran maklumat teknikal supaya kami lebih memahami bukti klinikal penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan serta kerangka kerja pengawalseliaan baharu,” kata beliau pada sidang media bersama rakan sejawatannya Anutin Charnvirakul, di sini, Selasa.

Khairy sedang mengadakan lawatan kerja empat hari atas undangan Anutin, yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Thailand.

Terdahulu, Khairy melawat Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) dan diberi taklimat mengenai dasar perubatan kanabis di Thailand, termasuk amalan, kaedah penanaman dan penyelidikan serta penggunaan kanabis dan ketum untuk tujuan kesihatan.

Malaysia Berminat Belajar Dari Thailand Mendalami Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan

Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama

Pada 9 Jun, Thailand telah menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk perubatan.

Khairy juga berkata beliau dan Anutin turut berbincang mengenai potensi dan peluang Thailand membekalkan Malaysia produk kanabis melalui GPO untuk tujuan penyelidikan klinikal bagi keselamatan dan keberkesanan penggunaan produk kanabis.

Saya turut meminta Anutin untuk mengkaji kemungkinan Malaysia membekalkan Thailand dengan daun dan pokok ketum mentah,” tambahnya.

Khairy turut mengucapkan terima kasih kepada Anutin yang telah mempelawa untuk mengetahui potensi penggunaan kanabis dan ketum serta kerangka kerja undang-undang untuk kegunaan perubatan.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Anutin dan Kementerian Kesihatan Awam Thailand yang telah berjaya mengubah kanabis menjadi sesuatu yang membawa manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat Thailand,” katanya lagi.

Malaysia Berminat Belajar Dari Thailand Mendalami Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan

Penanaman kanabis mampu menawarkan sumber pendapatan baharu

Beliau berkata penanaman kanabis ini juga mampu menawarkan sumber pendapatan baharu untuk petani dan orang ramai.

Apabila ditanya sama ada Malaysia bercadang untuk membenarkan penggunaanya untuk tujuan perubatan, Khairy berkata “jika terdapat bukti klinikal yang membolehkannya”.

Antara ilmu penting yang diperoleh daripada pengalaman di Thailand ialah mengenai data klinikal dan data yang dikumpul sejak penggunaan kanabis untuk perubatan.

“Sekiranya kami berpuas hati dengan data itu, pasti akan mempengaruhi kami untuk membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan,” jelasnya.

Beliau berkata langkah Thailand dalam menerajui usaha membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan merupakan contoh yang baik di rantau ASEAN dengan negara anggota lain boleh menggunakan data yang ada bagi merangka dasar.

Di samping itu, Anutin berkata beliau berharap dapat berkongsi pengalaman Thailand dalam perubatan kanabis dengan Khairy dan Malaysia.

Anutin juga berbesar hati untuk berkongsi pengalamannya tentang proses membenarkan kanabis dalam perubatan. Sebelum ini, Khairy melawat Hospital Antarabangsa Bumrungrad, antara hospital swasta terbesar di Asia Tenggara, untuk mempelajari amalan terbaik dalam pelancongan perubatan.

Baca lagi di sini cerita menarik:

SUMBER : Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, 'Geng Oscar' Di Kuching Berjaya Ditumpas Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, ‘Geng Oscar’ Di Kuching Berjaya Ditumpas
Next Article Menawan Waterfall, Keindahan Alam Yang Tersembunyi Di Belaga Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?