• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Adakah Anda DiVA Yang Dicari? Sertai Program Pecutan Terbaharu Untuk Scale-Up Startup Anda

Oleh
Ismail NA
12 Oktober 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Peluang untuk anda pitch terus kepada pelabur berpotensi dan venture capitalists.

Adakah Anda DiVA Yang Dicari? Sertai Program Pecutan Terbaharu Untuk Scale-Up Startup Anda. Meningkatkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi tentunya cabaran yang sukar buat usahawan dan pengasas syarikat pemula. Banyak aspek yang perlu dititik beratkan. Antaranya adalah seperti modal, pelaburan dan ilmu networking yang kukuh bagi membolehkan jenama anda dikenali di pasaran.

Isi Isi Penting
  • Peluang untuk anda pitch terus kepada pelabur berpotensi dan venture capitalists.
  • Terbuka kepada semua syarikat pemula milik anak Sarawak
  • 20 minggu program pecutan intensif
  • Lagi inisiatif startup di Sarawak:

Syarikat pemula Sarawak kini boleh memanfaatkan peluang keemasan untuk mengembangkan perniagaan mereka menerusi inisiatif terbaharu Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) iaitu Digital Village Accelerator Programme (DiVA).

Adakah Anda DiVA Yang Dicari? Sertai Program Pecutan Terbaharu Untuk Scale-Up Startup Anda
Adakah Anda DiVA Yang Dicari? Sertai Program Pecutan Terbaharu Untuk Scale-Up Startup Anda

Program andalan SDEC yang diperkenalkan pada Oktober tahun ini menyasarkan startup tempatan untuk memecut pertumbuhan dan kematangan perniagaan mereka dengan matlamat meningkatkan pendapatan, mengembangkan pasaran dan meluaskan potensi pelaburan.

Program pecutan ini juga direka khas untuk peringkat perniagaan yang sedia untuk melangkah ke peringkat scale up dan expanding.

Terbuka kepada semua syarikat pemula milik anak Sarawak

DiVA ini terbuka kepada semua syarikat pemula milik anak Sarawak dan yang berpangkalan di Sarawak untuk berkembang ke luar negeri, seterusnya di peringkat global. Setiap 6 syarikat pemula yang terpilih kelak akan menjalani program pecutan DiVA selama 6 bulan serta menerima pelaburan seed sehingga RM 150,000.

Adakah Anda DiVA Yang Dicari? Sertai Program Pecutan Terbaharu Untuk Scale-Up Startup Anda

Penganugerahan pelaburan seed ini tertakluk kepada prestasi dan pencapaian mereka berdasarkan KPI yang ditentukan oleh jawatankuasa bebas. Setiap syarikat pemula akan menerima geran secara berperingkat berdasarkan pencapaian mereka dalam menyelesaikan fasa tertentu yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa.

Bukan itu sahaja, 6 syarikat pemula yang terpilih juga akan mendapat kelebihan lain yang sukar didapati jika anda cuba untuk meraihnya bersedirian. Antaranya adalah seperti ruang pejabat khas di TEGAS Digital Village, tawaran perkongsian dengan AWS, akses kepada komuniti pelabur seperti pitchIN dan Malaysian Business Angel Network (MBAN), akses pasaran, platform mentor menggunakan FutureLab dan peluang untuk ditampilkan dalam rancangan realiti TV terbitan TVS, Crocodile Byte.

20 minggu program pecutan intensif

Pasukan yang terpilih dalam DiVA ini kelak akan menjalani program pecutan selama 20 minggu yang merangkumi intipati seperti berikut;

  • Analisis nilai syarikat pemula
  • Pelan tindakan untuk syarikat pemula
  • Mereka bentuk pelan pemasaran, laluan teknologi, dan validasi
  • Konsultasi dengan WTF
  • Malam networking
  • Hari Demo dan pitch kepada venture capitalists, pelabur angel, agensi kerajaan dan sebagainya.

Jika anda mempunyai ciri-ciri syarikat pemula yang ingin scale-up dan berkembang di luar zon selesa, inilah masanya. Daftar sekarang di laman sesawang https://diva.sarawak.digital. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2021.

Program DiVA ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Sarawak Digital, bersama rakan kongsi : WatchTower and Friends (WTF), AWS, PitchIN, TVS dan TEGAS Digital Village.

Lagi inisiatif startup di Sarawak:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahukah Anda Sijil Digital Vaksinasi MySejahtera Kini Boleh Disimpan Dan Dicetak Menerusi Format PDF Tahukah Anda Sijil Digital Vaksinasi MySejahtera Kini Boleh Disimpan Dan Dicetak Menerusi Format PDF
Next Article 3 Ibu Orang Utan Bakal Bersalin Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Haiwan Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?