• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

3 Ibu Orang Utan Bakal Bersalin Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Haiwan Ini

Oleh
Ismail NA
12 Oktober 2021
Kongsi
8 Min Bacaan

Wah tahniah!

3 Ibu Orang Utan Bakal Bersalin Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Haiwan Ini. Umum mengetahui bahawa orang utan merupakan salah satu spesis haiwan yang diancam kepupusan. Menerusi data IUCN Red List of Threatened Species, orang utan Borneo telah dikategorikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan pada tahap kritikal sehingga dilabelkan dalam senarai merah IUCN.

Isi Isi Penting
  • Wah tahniah!
  • 3 ibu orang utan akan bersalin dalam masa terdekat
  • 6 fakta menarik tentang Orang Utan Borneo
  • 1. Orang utan berkongsi 96.4% DNA dengan manusia
  • 2. Satu-satunya spesis ‘Great Apes’ di Asia dan hidup di luar Afrika
  • 3. Hidup separa menyendiri, lebih ‘clingy’ dengan ibu mereka
  • 4. Pertumbuhan hidup dan reproduktif yang sangat lambat
  • 5. Tempoh mengandung dianggarkan selama lapan setengah bulan
  • 6. Spesis ‘Great Apes’ yang paling pintar
  • Lagi info tentang haiwan terancam di Sarawak dan bagaimana anda boleh memainkan peranan :

Namun demikian, satu berita baik telah dikongsikan kepada orang awam semalam apabila 3 ekor orang utan betina di Pusat Hidupan Liar Semenggoh di Siburan dijangka akan melahirkan anak. Hal ini adalah sesuatu yang menakjubkan memandangkan populasi haiwan ini semakin menurun dari hari ke hari akibat kemusnahan habitat semula jadi mereka.

Perkara tersebut dikongsikan oleh setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak, Hii Chang Kee semasa majlis perasmian D’Drift 2021 yang disempurnakan oleh menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

3 Ibu Orang Utan Bakal Bersalin Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Haiwan Ini
3 Ibu Orang Utan Bakal Bersalin Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Haiwan Ini. Kredit : FB Semenggoh Wildlife Centre

3 ibu orang utan akan bersalin dalam masa terdekat

Menambah tentang berita gembira itu, pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) melalui CEO nya, Zolkipli Mohamad Aton memberitahu bahawa 3 ibu orang utan tersebut dikenali sebagai Analisa, Sadamiah dan Selina. Pihak SFC sentiasa memantau perkembangan ibu mengandung itu dengan memeriksa perubahan fizikal mereka termasuklah bahagian sulit, puting dan saiz perut mereka.

Analisa merupakan seekor orang utan yang kini berusia 25 tahun dan telah melahirkan dua ekor anak orang utan yang diberi nama Anaku (11 tahun) dan Mas (5 tahun). Sementara itu, Sadamiah yang bakal bersalin juga merupakan ibu kepada 2 ekor orang utan yang bernama Ruby (8 tahun) dan orang utan terkenal di Semenggoh iaitu Sigat (3 tahun). Ia dilahirkan pada tahun 2018 dan diberikan nama ‘Sigat’ oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari, yang turut membawa maksud tampan dalam Bahasa Iban.

3 Ibu Orang Utan Bakal Bersalin Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Haiwan Ini
Kredit : FB Semenggoh Wildlife Centre
3 Ibu Orang Utan Bakal Bersalin Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Haiwan Ini
Kredit : FB Semenggoh Wildlife Centre

Seekor lagi orang utan yang bakal bersalin adalah Selina yang kini berusia 17 tahun. Selina juga mempunyai seekor anak orang utan yang diberi nama Sem dan kini berusia 5 tahun.

Menjelang penghujung tahun ini, Analisa merupakan orang utan yang pertama akan melahirkan manakala tarikh bersalin untuk Sadamiah dan Selina dijangka pada tahun hadapan.

6 fakta menarik tentang Orang Utan Borneo

Dalam artikel ini juga, kami ingin berkongsi kepada beberapa fakta menarik tentang orang utan ini yang perlu anda tahu.

1. Orang utan berkongsi 96.4% DNA dengan manusia

Menurut laman sesawang Sumatran Orangutan Society, orang utan merupakan spesis haiwan mamalia yang berkongsi hampir 96.4% genetik DNA yang sama dengan manusia. Ini menjadikan haiwan ini digelar ‘Orang Hutan’ di Malaysia dan Indonesia kerana mereka seperti orang yang hidup di dalam hutan.

Di rantau Asia, terdapat 3 spesis orang utan iaitu Orang Utan Borneo (Pongo pygmaeus), Orang Utan Sumatra (Pongo abelii) dan Orang Utan Tapanuli (Pongo tapanuliensis). Orang utan Tapanuli merupakan spesis orang utan yang paling terancam dengan hanya 800 ekor sahaja yang didapati masih hidup.

2. Satu-satunya spesis ‘Great Apes’ di Asia dan hidup di luar Afrika

Di dunia, terdapat 5 spesis ‘Great Apes’ iaitu orang utan, chimpanzee, gorilla, bonobo, dan manusia. Uniknya tentang orang utan adalah spesis ini merupakan satu-satunya spesis ‘Great Apes’ di Asia Tenggara dan juga yang tinggal di luar benua Afrika selain manusia. Mereka juga dikategorikan sebagai ‘red’ apes, yang kebanyakan masanya hidup termasuk mencari makanan, berteduh dan tidur di kawasan kanopi hutan berbanding chimpanzee dan gorilla yang menghabiskan masa di kawasan tanah.

Walau bagaimanapun, orang utan merupakan spesis yang paling kurang dikaji dalam dunia saintifik berbanding spesis ‘Great Apes’ yang lain.

3. Hidup separa menyendiri, lebih ‘clingy’ dengan ibu mereka

Orang utan lebih rapat dengan ibu mereka dalam suatu jangka masa yang lama. Haiwan ini jarang bergaul dengan orang utan yang lain berbanding menghabiskan masa bersama ibu mereka. Namun begitu, orang utan yang telah memasuki peringkat remaja iaitu sekitar usia 7 hingga 10 tahun akan mula hidup berdikari sama ada secara bersendirian atau berada dalam kumpulan orang utan yang masih belum matang.

3 Ibu Orang Utan Bakal Bersalin Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Haiwan Ini
Kredit : Semenggoh Wildlife Centre

Orang utan betina pula akan kerap melawat ibu mereka semasa dalam fasa sedang cuba untuk hidup berdikari sehinggalah mereka berusia dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun. Lain pula halnya dengan orang utan jantan. Orang utan jantan yang belum matang tidak agresif dan cenderung untuk bergaul dengan orang utan betina remaja. Sekiranya mereka sudah mencapai peringkat dewasa, mereka akan menyendiri sepenuhnya dan hanya akan bergaul sementara dengan orang utan betina yang menerimanya untuk tujuan seksual.

4. Pertumbuhan hidup dan reproduktif yang sangat lambat

Menyentuh tentang sistem reproduktif orang utan, spesis ini mempunyai pertumbuhan hidup yang sangat lambat dan jarang membiak berbanding haiwan mamalia yang lain. Walaupun orang utan betina mula terlibat dalam aktiviti seksual seawal usia 12 tahun, namun demikian mereka lazimnya hanya akan mengandung dan melahirkan anak pertama bermula pada usia 15 atau 16 tahun.

Terdapat 2 jenis orang utan jantan iaitu orang utan ‘flanged’ dan orang utan ‘unflanged’. Orang utan jantan ‘flanged’ kebiasaannya mempunyai pad pipi yang besar dan kantung kerongkong yang besar di bawah dagunya. Orang utan bersaiz ‘unflanged’ pula nampak lebih kurang seperti orang utan betina dewasa. Cuba teka yang mana satu lebih disukai oleh orang utan betina?

Orang utan ‘flanged’! Barangkali pad pipi yang besar adalah satu ciri tarikan maskulin di mata mereka.

3 Ibu Orang Utan Bakal Bersalin Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Haiwan Ini
Orang utan ‘flanged’. Kredit : FB Semenggoh Wildlife Centre

5. Tempoh mengandung dianggarkan selama lapan setengah bulan

Tempoh mengandung orang utan juga lebih kurang sama seperti manusia, cuma bezanya hanya setengah bulan sahaja! Orang utan mempunyai tempoh kandungan secara purata 8 setengah bulan manakala manusia mempunyai purata tempoh mengandung selama 9 bulan.

Bayi orang utan mempunyai berat sekitar 1.5 kilogram namun mereka hanya mengandung sekali setiap 7 hingga 8 tahun. Itu pun, mereka hanya dapat mengandung sebanyak 3 kali sahaja seumur hidup mereka.

6. Spesis ‘Great Apes’ yang paling pintar

Orang utan merupakan spesis ‘Great Apes’ yang istimewa kerana mereka mampu membina perkakasan ringkas menggunakan sumber hutan yang ada di sekeliling mereka. Sebagai contoh, batang kayu dijadikan sebagai penggaru belakang, dahan-dahan berdaun dijadikan tempat untuk mereka membina tempat tidur dan berteduh manakala daun-daunan dijadikan sebagai ’tisu’ untuk mengelap dagu. Mereka juga mampu mencipta alatan untuk kegunaan seharian seperti menangkap serangga, mengumpul makanan di dalam hutan, mengumpul madu dan sebagai alat pertahanan diri.

3 Ibu Orang Utan Bakal Bersalin Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Haiwan Ini
Kredit : Semenggoh Wildlife Centre

Anda boleh menyokong usaha pemeliharaan orang utan Borneo di Pusat Hidupan Liar Semenggoh dengan menyertai program ‘adoption’ dengan menekan pautan ini : https://sarawakforestry.com/orangutan-adoption-program/

Lagi info tentang haiwan terancam di Sarawak dan bagaimana anda boleh memainkan peranan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Adakah Anda DiVA Yang Dicari? Sertai Program Pecutan Terbaharu Untuk Scale-Up Startup Anda
Next Article Penjawat Awam Sarawak Bakal Terima Bonus Gaji Pokok 1 Bulan Setengah, RM 500 Untuk Persekutuan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?