• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Kisah Adam Shamil, Dari Content Creator Kini Usahawan Croffle RM2 Juta Dari Sabah

Oleh
Ismail NA
4 Mei 2025
Kongsi
7 Min Bacaan

Adam Shamil kini hadir dengan jenama pencuci mulut asli Sabah, Chunk & Dunk

Ini Kisah Adam Shamil, Dari Content Creator Kini Usahawan Croffle RM2 Juta Dari Sabah. Adam Shamil, nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia, terutamanya di Sabah. Beliau dikenali sebagai personaliti serba boleh – seorang content creator yang kreatif, penyanyi dengan suara yang memikat, pengacara yang petah berbicara, serta menceburi bidang lakonan. Namun, kisah inspirasinya daripada seorang content creator menjadi usahawan dalam bidang F&B juga menarik untuk ditelusuri.

Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 29 Ogos 1994, Adam melengkapkan pendidikan tingginya dalam bidang International Television and Film Broadcasting di University of Nottingham, Malaysia Campus.

Ini Kisah Adam Shamil, Dari Content Creator Kini Usahawan Croffle RM2 Juta Dari Sabah
Ini Kisah Adam Shamil, Dari Content Creator Kini Usahawan Croffle RM2 Juta Dari Sabah

Adam mula membina namanya menerusi siri YouTube “Get It Right”, di mana beliau bijak menyuntik elemen dialek Sabah dan mengetengahkan keunikan budaya serta pandangan dari Borneo, adakalanya dengan sentuhan humor yang mencetuskan perbincangan. Konten beliau bukan sekadar hiburan, tetapi turut berperanan dalam mendidik audiens mengenai Sabah dan Sarawak.

Di samping itu, bakat muziknya terserlah dengan lagu hits seperti “Mansau”, yang berjaya meraih jutaan strim di pelbagai platform. Pencapaian ini membuka ruang kepadanya untuk dilamar sebagai artis rakaman di bawah label WP Entertainment di Kuala Lumpur. Pengalaman dan pengaruh yang dibina Adam di platform digital turut menarik perhatian antarabangsa, membawanya kepada kolaborasi bersama content creator ternama dunia, Nas Daily, dan menjadi rakyat Malaysia pertama mengarahkan siri video untuk Nas Daily. Bukan itu sahaja, beliau juga diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia untuk menghadiri sesi di Pixar Animation Studios di Amerika – menemubual penerbit dan pengarah ‘Inside Out 2’ dan staf Malaysia yang bekerja di sana.

Kredit foto: Instagram Adam Shamil

Transisi persona seorang Adam Shamil kepada CEO Chunk & Dunk

Namun, Adam Shamil bukanlah individu yang mudah selesa di satu takuk kejayaan. Beliau melihat potensi di luar dunia digital dan mengambil langkah berani menceburi bidang keusahawanan, khususnya dalam industri makanan dan minuman (F&B). Bayangkan, jika dulu ‘stress’ memikirkan engagement rate atau view count, kini Adam perlu ‘stress’ dalam memastikan kualiti croffle tip top, bekalan bahan mentah mencukupi, dan senyuman staf sentiasa manis melayan pelanggan. Ini pastinya dunia yang sangat berbeza.

Maka, bermulalah kisah Chunk & Dunk, empayar pencuci mulut yang diasaskan Adam, terkenal dengan croffle rangup dan ais kisar yang menyegarkan. Menariknya, Chunk & Dunk dibina tanpa pelabur besar, sebaliknya menggunakan modal dari pinjaman bank dan simpanan peribadi yang berjaya direalisasikan dalam masa 9 bulan sahaja! Ini menunjukkan keberanian dan keyakinan Adam pada visinya.  

Ini Kisah Adam Shamil, Dari Content Creator Kini Usahawan Croffle RM2 Juta Dari Sabah
Kredit foto: Big B Creative

Dan visi itu membuahkan hasil yang sangat pantas! Dalam masa setahun pertama beroperasi, Chunk & Dunk berjaya mencatat jualan sebanyak RM 2 juta. Satu angka yang cukup memberangsangkan untuk sebuah startup F&B, lebih-lebih lagi yang bertapak di Sabah.

Namun, perniagaan mana yang tidak pernah dilanda badai. Adam Shamil sendiri terpaksa menjenamakan semula perniagaannya yang pada asalnya menggunakan nama Ice Dream Factory (yang telah digunakan oleh orang lain) kepada Chunk & Dunk. Malah, beliau juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah rakan kongsi yang berlaku khianat sebanyak dua kali.

Ini Kisah Adam Shamil, Dari Content Creator Kini Usahawan Croffle RM2 Juta Dari Sabah
Kredit foto: Big B Creative
Ini Kisah Adam Shamil, Dari Content Creator Kini Usahawan Croffle RM2 Juta Dari Sabah
Kredit foto: Instagram Chunk & Dunk
Kredit foto: Instagram Chunk & Dunk

Chunk & Dunk rangkul pelbagai pencapaian manis sepanjang satu tahun operasi

Walau dengan cabaran itu, dalam tempoh hanya setahun beroperasi, Chunk & Dunk telah menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa. Jenama kelahiran Sabah ini berjaya membuka beberapa cawangan (ITCC Penampang, Karamunsing) termasuk kiosk terbaharu di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu. Paling membanggakan, baru-baru ini, jenama ini telah diiktiraf di peringkat nasional apabila menerima Anugerah BrandLaureate bagi Jenama Pengalaman F&B & Dine-in Paling Bernilai di Malaysia. Adam Shamil sendiri tidak ketinggalan menerima tempias kejayaan apabila dinamakan sebagai salah seorang daripada 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh di Malaysia oleh Armani Media.

Kredit foto: I Love Borneo
Ini Kisah Adam Shamil, Dari Content Creator Kini Usahawan Croffle RM2 Juta Dari Sabah
Kredit foto: Big B Creative

Pengiktirafan ini membuktikan bahawa latar belakang Adam dalam industri kreatif tidak menghalang beliau daripada cemerlang dalam bidang keusahawanan. Majlis sambutan ulang tahun pertama Chunk & Dunk dan perasmian kiosk baharu mereka baru-baru ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat seperti YB Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Industri & Keusahawanan Sabah, dan YBhg Datuk Dr Rem Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah, menandakan sokongan ekosistem keusahawanan tempatan terhadap jenama ini.

Selain produk utama mereka, Chunk & Dunk juga buat julung kalinya memperkenalkan merchandise berupa tumbler eksklusif, satu strategi penjenamaan yang bijak untuk meningkatkan keterlihatan dan hubungan dengan pelanggan setia.

Ini Kisah Adam Shamil, Dari Content Creator Kini Usahawan Croffle RM2 Juta Dari Sabah
Kredit foto: Big B Creative & I Love Borneo

Peralihan ini menandakan satu fasa baharu dalam kerjaya Adam, di mana beliau mengaplikasikan kreativiti dan kemahiran membina jenama yang diasah dalam dunia konten ke arena perniagaan fizikal.

Perjalanan Adam Shamil – kisah inspirasi minda kreatif dan mimpi besar anak Borneo

Perjalanan Adam Shamil dari seorang ikon konten digital kepada pengusaha F&B yang berjaya bersama Chunk & Dunk merupakan kisah inspirasi yang signifikan untuk Sabah dan Borneo. Beliau membuktikan bahawa pengaruh dan jenama peribadi yang dibina di platform digital boleh menjadi aset penting dalam membangunkan perniagaan fizikal.

Kejayaan beliau memberi keyakinan kepada anak muda di Borneo bahawa mereka juga mempunyai potensi besar untuk berjaya dalam pelbagai bidang, termasuk keusahawanan, dan membawa jenama tempatan ke peringkat nasional dan seterusnya. Chunk & Dunk bukan sekadar perniagaan croffle, tetapi simbol semangat keusahawanan belia Sabah yang berani mengambil risiko dan mencipta peluang.

Ini Kisah Adam Shamil, Dari Content Creator Kini Usahawan Croffle RM2 Juta Dari Sabah
Kredit foto: Big B Creative

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk kritikan awam di awal karier kontennya, cabaran penjenamaan semula dan rakan kongsi, Adam terus gagah melangkah membina jenama dan perniagaannya. Kisah transformasinya adalah bukti ketabahan dan kebolehan adaptasi, menjadikannya figura yang relevan dan sumber inspirasi dalam landskap keusahawanan muda di Malaysia.

Anda boleh mengikuti perkembangan Chunk & Dunk di platform media sosial rasmi mereka:

  • Instagram: @chunkanddunk_
  • Facebook: Chunk & Dunk

Ini pula kisah di sebalik jenama makanan segera asal Sabah, Borenos:

Ketahui Borenos, Jenama Fast Food Kebanggaan Yang Hanya Ada Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isteri Taikun Perniagaan Sarawak Hilang Secara Misteri, Diculik 3 Kereta Semasa Ke SPRM
Next Article Konsert Mega Tawau Bakal Gegarkan Sabah Dengan Gandingan Hiburan dan Keusahawanan Konsert Mega Tawau Bakal Gegarkan Sabah Dengan Gandingan Artis Popular 10 Mei Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?