• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Aduan Gangguan Seksual Babitkan Lelaki Semakin Meningkat

Oleh
Husna Hazmi
21 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Lebih 1,000 aduan gangguan seksual diterima membabitkan golongan lelaki

Aduan Gangguan Seksual Babitkan Lelaki Semakin Meningkat. Dipetik dari Harian Metro, menyentuh sahaja topik gangguan seksual, ramai pihak pasti akan bersikap skeptikal dan menuding jari kepada golongan lelaki. Mangsa dalam kalangan pula biasanya cenderung menerima simpati sedangkan hakikatnya lelaki juga tidak terkecuali menjadi mangsa gangguan sama dari kaum hawa.

Berdasarkan fakta serta laporan, golongan lelaki sekarang turut terdedah dengan ancaman gangguan seksual sama ada melalui fizikal, pertuturan ataupun secara maya oleh wanita.

Aduan Gangguan Seksual Babitkan Lelaki Semakin Meningkat
Aduan Gangguan Seksual Babitkan Lelaki Semakin Meningkat. Gambar sekadar hiasan

KPWKM terima lebih 1,000 aduan

Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menerima lebih 1,000 aduan gangguan seksual membabitkan golongan lelaki.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, lebih membimbangkan laporan membabitkan golongan itu semakin meningkat.

Dikatakan bahawa, pada mulanya hanya berbelas kes sahaja yang dilaporkan kerana mangsa mungkin tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.

Tetapi setelah perkhidmatan kaunselor disediakan, barulah ramai mangsa yang berani bercerita kepada kaunselor, kata beliau di sidang media Pelancaran Seminar KASIH Semurni Usaha (KPWKM) @ Antigangguan Seksual di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Gombak, baru-baru ini.

Aduan Gangguan Seksual Babitkan Lelaki Semakin Meningkat
Gambar sekadar hiasan

Isu semakin mendapat perhatian ramai

Tambah beliau lagi, keterbukaan masyarakat Malaysia dalam menerima isu gangguan seksual ini juga semakin mendapat perhatian ramai.

Oleh itu, inisiatif KPWKM diteruskan lagi dengan penganjuran 14 siri Program jerawayara (roadshow) KASIH KPWKM @Antigangguan Seksual serta program berskala kecil dan besar melibatkan penyertaan lebih 19,423 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

Program ini juga dikatakan bertujuan untuk membangunkan amalan komuniti dalam kalangan kumpulan sasar dalam menangani isu gangguan seksual serta meningkatkan kesiapsagaan masyarakat untuk mengemukakan aduan kepada Tribunal bagi Antigangguan Seksual, ujar beliau.

Aduan Gangguan Seksual Babitkan Lelaki Semakin Meningkat
Gambar sekadar hiasan

Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) telah diluluskan

Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) mula beroperasi 11 Mac lalu setelah Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) diluluskan pada 28 Mac 2023.

Nancy berkata TAGS beroperasi untuk menerima aduan bagi perbuatan gangguan seksual yang berlaku pada atau selepas 8 Mac 2024.

Perkara ini juga menyediakan saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk mengendalikan gangguan seksual dengan cepat, mudah dengan kos yang minimum bagi mangsa mengambil tindakan terhadap pelaku untuk mendapatkan hak tebus rugi akibat gangguan yang dialami.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Tidak Perlu Pakai Pelitup Muka Di Sabah Ekoran Letusan Gunung Ruang
Boulevard Terpanjang Di Sarawak Bakal Dibina Di Kota Samarahan
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tradisi Palak Meja, Keluarga Ini Hidang 30 Jenis Kek Lapis Premium Di Bau Tarik Perhatian Netizen Tradisi Palak Meja, Keluarga Ini Hidang 30 Jenis Kek Lapis Premium Di Bau Tarik Perhatian Netizen
Next Article Konsul Jeneral Indonesia Mahu Penerbangan Terus Pontianak-Kuching Diaktifkan Semula Konsul Jeneral Indonesia Mahu Penerbangan Terus Pontianak-Kuching Diaktifkan Semula

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?