Fuhh tradisi inilah yang dinanti-nantikan setiap kali menjelang aidilfitri
Tradisi Palak Meja, Keluarga Ini Hidang 30 Jenis Kek Lapis Premium Di Bau Tarik Perhatian Netizen. Setiap negeri pasti mempunyai ‘signature dish’ yang akan dihidangkan semasa majlis rumah terbuka raya. Ini yang menjadikan majlis tersebut lebih meriah dan menarik!
Begitu juga di Sarawak, iaitu tradisi Kek Palak Meja yang merupakan salah satu tradisi unik semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak.
Tradisi Palak Meja, Keluarga Ini Hidang 30 Jenis Kek Lapis Premium Di Bau Tarik Perhatian Netizen
Sebuah hantaran di Facebook milik Kamarudin Ilia Fitri yang memperlihatkan 30 jenis kek lapis Sarawak premium dihidangkan dalam tradisi Palak Meja di Bau telah menarik minat ramai netizen. Perayaan meriah keluarga ini telah tular di media sosial dan mendapat pujian atas keunikan serta idea kreatif mereka.
Dalam gambar yang tular itu, dapat dilihat puluhan jenis kek lapis premium dengan pelbagai warna dan corak disusun dengan teratur dalam beberapa bekas besar. Warna-warni kek itu sungguh memukau mata dengan kombinasi merah, hijau, kuning, perang dan lain-lain lagi.
Kalau korang nak tahu,
Bagi masyarakat Sarawak, tradisi Palak Meja adalah satu keistimewaan yang tidak boleh ditinggalkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kek lapis yang beraneka warna dan rasa itu menjadi tarikan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah-rumah di Sarawak semasa sambutan Hari Raya.
Selain itu, kek Palak Meja juga menjadi satu tradisi ikonik yang diwarisi turun temurun dalam masyarakat Sarawak.
Kalau kat tempat korang, tradisi apa juga yang unik? Marilah kongsi di ruangan komen!