• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Agnes Keith House, Rumah Berhantu Di Sandakan Sabah Bakal Dijadikan Destinasi ‘Dark Tourism’

Oleh
Ismail NA
9 Julai 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Dark tourism adalah istilah aktiviti pelancongan ke kawasan yang misteri, mempunyai sejarah mistik dan janggal.

Agnes Keith House, Rumah Berhantu Di Sandakan Sabah Bakal Dijadikan Destinasi ‘Dark Tourism’. Penduduk di sekitar Sandakan, Sabah tentunya arif dan mengenali Agnes Keith House, sebuah rumah lama kepunyaan seorang penulis autobiografi Amerika yang menetap di timur laut pantai Sandakan sekitar tahun 1930-an.

Isi Isi Penting
  • Dark tourism adalah istilah aktiviti pelancongan ke kawasan yang misteri, mempunyai sejarah mistik dan janggal.
  • Idea tercetus setelah mendengar pendapat pelancong yang rasa seram sejuk masuk dalam Agnes Keith House
  • “‘Dark tourism’ bukan trend pelancongan di Malaysia” – Bekas Menteri Pelancongan Sabah
  • Rumah peninggalan kolonial British yang mempunyai 1001 misteri tak terungkap
  • Baca juga sejarah lanjut tentang rumah Agnes Keith di sini :

Rumah tersebut dipercayai memiliki semangat mistik dan sering terjadi gangguan aneh menurut Agnes sendiri. Agnes menetap di rumah tersebut bersama suaminya, Harry Keith, seorang ahli pemuliharaan hutan dari British berserta seorang anak bernama George.

Walau bagaimanapun, Lembaga Pelancongan Sabah merancang untuk menjadikan Agnes Keith House ini sebagai sebuah destinasi pelancongan gelap, sebuah konsep pelancongan baharu yang bakal menjadi tarikan terbaharu pelancong ke Sabah.

Kredit : WJCT News

Idea tercetus setelah mendengar pendapat pelancong yang rasa seram sejuk masuk dalam Agnes Keith House

Cadangan ini pada asalnya dikemukakan oleh jabatan muzium kerajaan negeri untuk menjadikan rumah Agnes Keith ini sebagai produk pelancongan. Idea tersebut tercetus setelah mendengar pandangan pelancong yang mengakui berasa seram sejuk sebaik sahaja memasuki rumah tersebut. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada pelancong yang datang mendakwa melihat kelibat lembaga di rumah tersebut.

Dalam pelan menjadikan Agnes Keith House sebagai produk pelancongan ‘dark tourism’, Jabatan Muzium Sabah bakal memperkenalkan pakej penginapan di rumah tersebut bagi memberi pengalaman sebenar kepada pelancong, terutamanya pelancong yang terdiri daripada ahli paranormal yang gemar untuk tinggal dalam bangunan peninggalan kolonial British.

Agnes Keith House, Rumah Berhantu Di Sandakan Sabah Bakal Dijadikan Destinasi 'Dark Tourism'
Kredit : Sabah Tourism
Agnes Keith House, Rumah Berhantu Di Sandakan Sabah Bakal Dijadikan Destinasi 'Dark Tourism'
Agnes Keith House, Rumah Berhantu Di Sandakan Sabah Bakal Dijadikan Destinasi ‘Dark Tourism’
Agnes Keith House, Rumah Berhantu Di Sandakan Sabah Bakal Dijadikan Destinasi 'Dark Tourism'
Kredit : Stray Travel

Pelancong tempatan dan asing boleh bermalam di luar kawasan rumah Agnes Keith House atau membawa beg tidur dan tidur di dalam rumah dengan yuran kemasukan tertentu.

Menurut Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, produk pelancongan gelap yang bakal dijalankan di bawah program E-seram tersebut merupakan salah satu daripada banyak destinasi di Sabah yang memiliki sejarah perang, kemusnahan, dan tragedi yang berpotensi dijadikan tarikan pelancong.

“Malah, ‘dark tourism’ atau pelancongan gelap ini semakin popular di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan pelawat. Ramai yang teruja dan berminat dengan konsep pelancongan seperti ini. Tetapi pelancongan seperti ini sesuai untuk mereka yang berani, jadi individu yang lemah semangat tidak digalakkan untuk menyertainya,”

Datuk Jafry Ariffin, Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah

“‘Dark tourism’ bukan trend pelancongan di Malaysia” – Bekas Menteri Pelancongan Sabah

Walau bagaimanapun, idea ini ditentang oleh Datuk Christina Liew, bekas Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah yang tidak bersetuju Agnes Keith House dijadikan sebagai produk pelancongan gelap dan idea pelancongan gelap secara keseluruhannya.

Beliau menegaskan bahawa Sabah sepatutnya mengekalkan identitinya selama ini yang dikenali sebagai sebuah destinasi pelancongan bersejarah, mempunyai nilai pendidikan, kemeriahan pasar borong yang berwarna warni dan kapal layar, bukannya destinasi untuk pelancongan gelap.

Agnes Keith House, Rumah Berhantu Di Sandakan Sabah Bakal Dijadikan Destinasi 'Dark Tourism'
Kredit : IG @borneo3sixty

Kerajaan Sabah juga digesa untuk mengkaji semula pelannya serta fokus untuk memanfaatkan sumber dan kelebihan pemasaran untuk mempromosikan Sabah sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat dan meriah untuk pelancong pasca-pandemik.

“Mempromosikan hantu atau perjalanan berkaitan hantu bukanlah satu trend di Malaysia…Lagipun, siapa yang nak datang ke Sabah kalau cuma untuk menginap di muzium rumah yang bersejarah?”

Datuk Christina Liew, bekas Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah

Rumah peninggalan kolonial British yang mempunyai 1001 misteri tak terungkap

Secara ringkasnya, Agnes Keith House merupakan sebuah rumah lama yang menyimpan 1001 misteri yang tidak terjawab. Pemiliknya, Agnes Keith menulis nota-nota tentang penampakan lembaga dan gangguan yang berlaku sepanjang beliau dan keluarga menetap di rumah tersebut. Contohnya seperti penampakan seorang wanita tinggi mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, membawa seorang bayi dan turun ke jalan seorang diri. Ia kemudian berdiri di hujung jalan dan menoleh semula ke belakang.

Seorang pembantu rumah yang bekerja di rumah tersebut semasa Tom Bayles tinggal di situ sejak tahun 1967 hingga 1968 juga turut melihat seorang wanita berdiri di tangga.

Nota-nota dalam bentuk artikel yang menceritakan insiden seram yang dialami oleh penghuni rumah itu juga turut dipamerkan di sebuah ruang dalam rumah tersebut.

Boleh tahan juga konsep ini, kan? Apa pandangan anda tentang cadangan dark tourism ini? Okay tak?

Baca juga sejarah lanjut tentang rumah Agnes Keith di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JKNS Sahkan Pemuda Menyamar Doktor Palsu Tidak Pernah Suntik Vaksin Kepada Orang Awam Di PPV
Next Article TERKINI : Kecoh Blackout Hampir Di Seluruh Sarawak, Kini Pulih Secara Berperingkat TERKINI : Kecoh Blackout Hampir Di Seluruh Sarawak, Kini Pulih Secara Berperingkat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?