• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

JKNS Sahkan Pemuda Menyamar Doktor Palsu Tidak Pernah Suntik Vaksin Kepada Orang Awam Di PPV

Oleh
Ismail NA
9 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Syukur.

JKNS Sahkan Pemuda Menyamar Doktor Palsu Tidak Pernah Suntik Vaksin Kepada Orang Awam Di PPV. Susulan kes seorang pemuda yang menyamar menjadi seorang doktor di PPV Stadium Perpaduan dan Hospital Umum Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengesahkan bahawa individu terbabit tidak pernah memberi apa-apa suntikan vaksin kepada orang awam mahupun diberikan apa-apa tugas perubatan.

Isi Isi Penting
  • Syukur.
  • Tidak pernah diberikan tugasan perubatan, hanya berada di ruang pendaftaran PPV
  • PPV Stadium dan HUS kuatkuasakan rutin pengurusan yang lebih ketat
  • Artikel berkaitan ‘Dr. Shah’ jika anda terlepas :

Siasatan JKNS mendapati bahawa tertuduh, Shah Hairil Azman Dave, 20 tahun, yang menyamar sebagai doktor telah berkunjung ke PPV Stadium Perpaduan sebanyak beberapa kali bermula 16 Jun 2021.

Suspek mendakwa bahawa dirinya adalah seorang doktor di Hospital Umum Sarawak dan memaklumkan bahawa beliau hanya berada di PPV untuk melakukan tugas sekiranya terdapat waktu lapang tetapi tidak merekodkannya sebagai tugasan rasmi.

JKNS Sahkan Pemuda Menyamar Doktor Palsu Tidak Pernah Suntik Vaksin Kepada Orang Awam Di PPV
JKNS Sahkan Pemuda Menyamar Doktor Palsu Tidak Pernah Suntik Vaksin Kepada Orang Awam Di PPV

Tidak pernah diberikan tugasan perubatan, hanya berada di ruang pendaftaran PPV

JKNS juga turut mengesahkan bahawa ‘Dr. Shah’ ini tidak pernah diberikan sebarang tugasan perubatan, sebaliknya hanya berada di ruang pendaftaran sepanjang masa. Individu terbabit juga tidak pernah disenaraikan dalam jadual tugasan rasmi yang telah ditetapkan untuk kesemua staf Kementerian Kesihatan Malaysia dan sukarelawan di PPV.

‘Dr. Shah’ juga tiada rekod saringan pengisytiharan kendiri yang perlu dibuat oleh setiap petugas semasa masuk bekerja di PPV.

Malah, setiap ketua seksyen di PPV akan memastikan semua staf di bawah kelolaan mereka melakukan daftar masuk dan daftar keluar setiap kali mereka bertugas. Para petugas kesihatan yang diberi tanggungjawab untuk menyuntik vaksin juga diwajibkan mempunyai sijil perakuan tahunan (Annual Practice Certificate) sebelum dibenarkan menyuntik vaksin kepada orang awam.

Siasatan juga mendapati bahawa nama dan pas staf yang digunakan oleh suspek juga adalah palsu.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan dakwaan suspek yang mengatakan bahawa dirinya adalah seorang doktor yang bertugas di Unit Neurologi di Hospital Umum Sarawak masih dijalankan.

PPV Stadium dan HUS kuatkuasakan rutin pengurusan yang lebih ketat

Berpunca daripada insiden tersebut, JKNS juga telah menguatkuasakan rutin penambahbaikan pengurusan di PPV Stadium Perpaduan Kuching serta Hospital Umum Kuching untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.

JKNS Sahkan Pemuda Menyamar Doktor Palsu Tidak Pernah Suntik Vaksin Kepada Orang Awam Di PPV

Antara perubahan yang dilakukan ialah pengeluaran pas staf di PPV dengan nombor pendaftaran untuk setiap staf. Nama staf juga perlu dihantar kepada superitendan polis di PPV. Selain itu, setiap ketua seksyen juga perlu memastikan untuk mengutip pendaftaran kehadiran setiap kali bermula dan berakhir setiap shif, serta semua pengamal perubatan yang bertugas perlu mengemukakan sijil perakuan tahunan pada bila-bila masa apabila diminta berbuat demikian.

Pintu masuk di HUS juga diperketatkan dengan pemeriksaan akan dilaksanakan ke atas pas kakitangan unit, pas sementara dan pas kontraktor yang diperakui di semua wad dan kawasan awam hospital.

Peringatan juga telah dikeluarkan berkenaan penggunaan pas kakitangan di HUS, tindakan tegas terhadap pemalsuan pas kakitangan unit, serta hebahan poster berkaitan kesalahan menyamar sebagai penjawat awam.

Kesemua kakitangan juga telah dimaklumkan untuk membuat laporan segera kepada pengurusan PPV dan hospital sekiranya mereka terserempak dengan mana-mana individu yang mencurigakan di kawasan terbabit.

Dalam kenyataan yang sama, JKNS juga merayu kepada semua pihak yang mengunjungi fasiliti KKM seperti PPV dan hospital untuk sentiasa memberikan kerjasama kepada pengawal keselamatan yang hanya melaksanakan tugas bagi memastikan SOP dipatuhi demi keselamatan fasiliti dan orang awam.

Artikel berkaitan ‘Dr. Shah’ jika anda terlepas :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Varian Paling Cepat Menular, Kes Varian Delta Pertama Dikesan Di Kuching Sarawak
Next Article Agnes Keith House, Rumah Berhantu Di Sandakan Sabah Bakal Dijadikan Destinasi ‘Dark Tourism’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?