• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Turut Batalkan Penerbangan Sabah Sarawak Susulan Gunung Berapi Di Indonesia

Oleh
Nazihah AN
18 April 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
AirAsia Turut Batalkan Penerbangan Sabah Sarawak Susulan Gunung Berapi Di Indonesia

AirAsia Batalkan Penerbangan Ke Pelbagai Destinasi di Sabah dan Sarawak Susulan Letusan Gunung Berapi di Indonesia

AirAsia Turut Batalkan Penerbangan Sabah Sarawak Susulan Gunung Berapi Di Indonesia. Berikutan letusan Gunung Ruang di kepulauan Sulawesi, Indonesia yang mengakibatkan awan abu volkanik yang merangkumi ruang udara dan menurunkan tahap penglihatan di rantau itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengiktiraf ancaman serius terhadap keselamatan pesawat dan penumpang.

Rentetan daripada letusan gunung berapi ini yang menyebabkan gangguan besar pada operasi penerbangan, bagi melindungi keselamatan para tetamu dan pesawat, AirAsia terpaksa membatalkan penerbangan ke dan dari beberapa destinasi selaras dengan Maklumat Keselamatan CAAM 09/2024 yang dikeluarkan pada pukul 11:50 pagi.

AirAsia Turut Batalkan Penerbangan Sabah Sarawak Susulan Gunung Berapi Di Indonesia

AirAsia Turut Batalkan Penerbangan Sabah Sarawak Susulan Gunung Berapi Di Indonesia

Penerbangan ke dan dari sembilan lapangan terbang termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Labuan, Miri, Sibu, Bintulu, Kuching dan Brunei akan terjejas oleh pembatalan ini, bermula hari ini, 18 April 2024 pada pukul 10:00 pagi sehingga 19 April 2024 pada pukul 8:00 pagi.

AirAsia komited untuk mengutamakan keselamatan sepanjang tempoh ini dan telah memaklumkan semua tetamu yang terjejas akibat pembatalan tersebut. Tetamu yang sedang atau akan menggunakan penerbangan ke/dari destinasi yang terjejas digalakkan untuk menyemak e-mel dan telefon bimbit berdaftar mereka bagi menerima notifikasi pembatalan.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group berkata, “Kami fahami perkara ini mungkin menimbulkan kesulitan kepada tetamu kami dan kami mohon maaf atas gangguan terhadap perancangan perjalanan mereka. Walau bagaimanapun, keselamatan tetamu dan krew adalah yang paling utama dan kami hargai kefahaman serta kerjasama tetamu pada masa ini. Kami akan terus memantau perkembangan dengan teliti dan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk CAAM untuk menilai keadaan bagi memulihkan semula operasi ke destinasi yang terjejas. Kami sedang menumpukan semua eksekutif kanan dan sumber di lapangan untuk memastikan keselamatan tetamu dan pesawat kami dalam keadaan ini, dan kami mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu atas sokongan dan kesabaran mereka.”

CAAM Isytihar Amaran Keselamatan

Memandangkan peristiwa cuaca ini, AirAsia menawarkan pilihan berikut kepada tetamu yang penerbangan mereka dibatalkan:

  • Penukaran Penerbangan: Satu kali penukaran ke tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal di laluan yang sama tanpa sebarang kos tambahan, tertakluk pada ketersediaan tempat duduk; ATAU
  • Kredit Akaun: Mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam akaun Ahli AirAsia Rewards untuk perjalanan akan datang dengan AirAsia untuk ditebus dalam tempoh 730 hari kalendar (2 tahun) dari tarikh pengeluaran. Tarikh perjalanan tempahan baharu boleh jatuh pada bila-bila tarikh dalam jadual penerbangan yang diterbitkan di airasia.com

Tetamu yang ingin membuat perubahan tempahan dalam talian boleh melakukannya di airasia.com atau AirAsia MOVE (dahulunya dikenali sebagai airasia Superapp). Dari kategori yang tersedia, klik “Perubahan Tempahan” kemudian “Penukaran Penerbangan” dan akhirnya “Penerbangan saya telah ditukar oleh AirAsia.” Selepas itu, ikuti arahan untuk melakukan perubahan pada tempahan anda.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Malaysia Airlines Batalkan Penerbangan Ke Sabah Sarawak Akibat Letusan Gunung Berapi Indonesia
Amaran Tsunami, KKIA Batal Semua Penerbangan Ekoran Letusan Gunung Ruang

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Berkas Suspek Lelaki Disyaki Bunuh Bapa Saudara Di Senadin Polis Berkas Suspek Lelaki Disyaki Bunuh Bapa Saudara Di Senadin
Next Article Ini Sebab Mengapa Penerbangan Ke Sabah Sarawak Dihentikan Serta Merta Selepas Gunung Ruang Meletus Ini Sebab Mengapa Penerbangan Ke Sabah Sarawak Dihentikan Serta Merta Selepas Gunung Ruang Meletus

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?