• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Berkas Suspek Lelaki Disyaki Bunuh Bapa Saudara Di Senadin

Oleh
Aina Musa
18 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Polis Berkas Suspek Lelaki Disyaki Bunuh Bapa Saudara Di Senadin

Kes penemuan mayat di Senadin

Polis Berkas Suspek Lelaki Disyaki Bunuh Bapa Saudara Di Senadin. Seorang lelaki tempatan telah ditangkap di sebuah rumah di Tudan, petang semalam dalam usaha membantu siasatan kematian seorang lelaki yang ditemui mati di tepi tasik di Senadin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu menyatakan suspek berusia dalam lingkungan 30-an, juga anak saudara kepada mangsa, telah ditahan kira-kira jam 2 petang oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Polis Berkas Suspek Lelaki Disyaki Bunuh Bapa Saudara Di Senadin. Sumber: Utusan Borneo

“Siasatan awal menunjukkan kemungkinan motif pembunuhan adalah perselisihan keluarga berhubung isu-isu dalaman keluarga.

“Suspek adalah anak saudara kepada mangsa, dan hubungan keluarga ini menjadi faktor penting dalam kes ini.

“Dengan itu, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri hari ini dan diperintahkan untuk direman selama tujuh hari sehingga 25 April ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Alexson berkata polis telah menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 9.03 pagi pada Rabu mengenai penemuan lelaki tidak sedarkan diri di tepi tasik berkenaan.

“Polis dari IPD Miri tiba di tempat kejadian dan mangsa telah dijumpai dan dibawa ke darat.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Miri untuk siasatan lanjut.

Alexson menasihati orang ramai untuk tidak membuat spekulasi berkenaan kes ini kerana ia akan mengganggu siasatan.

“Individu yang mempunyai maklumat lanjut diminta untuk tampil ke balai polis yang berhampiran atau menghubungi ASP Anuar Affendi di talian 019-7319540 atau 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Meninggal Akibat Kecederaan Di Kepala, Bapa Disyaki Penagih Dadah Bunuh Bayi 6 Bulan
Diseret Ke Dalam Sungai, Wanita Warga Emas Diserang Buaya Di Sungai Rayu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Amaran Tsunami, KKIA Batal Semua Penerbangan Ekoran Letusan Gunung Ruang
Next Article AirAsia Turut Batalkan Penerbangan Sabah Sarawak Susulan Gunung Berapi Di Indonesia AirAsia Turut Batalkan Penerbangan Sabah Sarawak Susulan Gunung Berapi Di Indonesia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?