• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Buka Laluan Baharu, Penerbangan Langsung KK-Seoul Mulai Mac 2024

Oleh
Farisha
5 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Laluan baharu tingkat akses penerbangan KK-Seoul dengan harga berpatutan

AirAsia Buka Laluan Baharu, Penerbangan Langsung KK-Seoul Mulai Mac 2024. AirAsia memperkukuh Kota Kinabalu sebagai hab terbesar kedua di Malaysia dengan pelancaran laluan baru yang menghubungkan Kota Kinabalu ke Seoul (Incheon), Korea Selatan, hari ini.

Menurut sumber, dengan penambahan Seoul, AirAsia Malaysia (AK) akan mengendalikan 18 laluan dengan 282 penerbangan mingguan dari atau ke Kota Kinabalu bermula Mac 2024.

AirAsia Buka Laluan Baharu, Penerbangan Langsung KK-Seoul Mulai Mac 2024
AirAsia Buka Laluan Baharu, Penerbangan Langsung KK-Seoul Mulai Mac 2024. Sumber: airasia

Akan mula beroperasi pada 4 Mac 2024

Laluan baru ini akan mula beroperasi pada 4 Mac 2024 dengan kekerapan penerbangan harian, memudahkan para pelancong untuk meneroka tarikan budaya yang memukau, keindahan semula jadi, dan keenakan juadah di kedua-dua destinasi dengan harga yang berpatutan.

Pengumuman ini berikutan peningkatan jumlah pelancong Korea ke Sabah. Menurut data terkini, Sabah telah menyambut kira-kira 150,000 pelancong Korea tahun ini, menunjukkan peningkatan ketara dalam jumlah pelawat Korea ke negeri tersebut.

Selain itu, warga Korea kini menjadi salah satu pelawat utama ke Sabah, menekankan minat mereka yang berkembang terhadap keindahan alam semula jadi dan pengalaman budaya unik negeri itu.

AirAsia syarikat penerbangan pertama lancarkan KK-Seoul

CEO AirAsia Malaysia, Riad Asmat menyatakan bahawa mereka bersemangat menjadi syarikat penerbangan Malaysia pertama yang menghubungkan Kota Kinabalu secara langsung ke Seoul.

“Laluan ini mempunyai potensi yang besar untuk pelancong suka beriadah dan perniagaan, menawarkan akses yang berpatutan ke dua destinasi pelancongan yang luar biasa. Pelancaran laluan ini juga selaras dengan visi kami untuk menghubungkan komuniti di seluruh Asia, merangsang pertumbuhan ekonomi, dan memperkukuh integrasi serantau,” ujarnya menerusi laporan.

“Dengan pengembangan ini, AirAsia lebih memantapkan Kota Kinabalu sebagai hab kedua terbesar kami di Malaysia dengan sembilan destinasi domestik dan sembilan antarabangsa, meningkatkan status bandar ini sebagai hab penerbangan yang meriah.

Pelancaran laluan ini juga dijangka memberi sumbangan yang signifikan kepada pertumbuhan pelancongan dan perdagangan di Kota Kinabalu dan AirAsia komited untuk mengembangkan rangkaian AirAsia dan menjadikan penerbangan lebih mudah diakses oleh semua orang.

Promosi murah harga tiket KK-Seoul

Sempena pelancaran laluan ini, AirAsia menawarkan harga promosi khas untuk pelancong dari Kota Kinabalu ke Seoul dengan harga serendah RM349 sehala. Harga promosi ini boleh ditempah melalui aplikasi super AirAsia dan laman web bermula hari ini sehingga 24 Disember 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 Mac dan 26 Oktober 2024.

Jadual penerbangan antara Kota Kinabalu (BKI) dan Seoul – Incheon (ICN):

Sumber: airasia

Dalam pada itu, menurut kenyataan semalam, AirAsia turut memperkenalkan rekaan pesawat baru sebagai penghormatan kepada mendiang Datuk Irene Benggon Charuruks, yang dikenali sebagai ikon pelancongan di Sabah dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan penerbangan:

AirAsia Lancar Rekaan Pesawat Khas Untuk Ikon Pelancongan Sabah, Datuk Irene Benggon
AirAsia Rancang Penerbangan Langsung Kuching-Perth Mulai 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemain Bola Darah Sarawak, Dion Cools Dikritik Media China Lupa Asal Usul Pemain Bola Darah Sarawak, Dion Cools Dikritik Media China Lupa Asal Usul
Next Article Sarawak Setuju Cadangan Beri Pengecualian Visa 30 Hari Buat Pelancong Luar Sarawak Setuju Cadangan Beri Pengecualian Visa 30 Hari Buat Pelancong Luar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?