• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemain Bola Darah Sarawak, Dion Cools Dikritik Media China Lupa Asal Usul

Oleh
Nazihah AN
5 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Pemain Bola Darah Sarawak, Dion Cools Dikritik Media China Lupa Asal Usul

Tindakan Dion dikritik media China

Pemain Bola Darah Sarawak, Dion Cools Dikritik Media China Lupa Asal Usul. Dalam kehangatan aksi dramatik perlawanan kelima AFC Champions League (ACL), Zhejiang FC berjaya meraih kemenangan penting 3-2 melawan Buriram United.

Namun, naratif pasca-perlawanan mengambil pusingan yang tidak dijangka apabila sorotan tertumpu kepada Dion Cools, seorang pemain bola sepak kerana tindakannya menarik perhatian netizen China.

Dion Cools atau nama penuhnya Dion-Johan Chai Cools merupakan seorang pemain bola sepak berdarah kacukan Malaysia-Belgium. Ibunya merupakan seorang berbangsa Cina berasal dari Kuching manakala bapanya merupakan seorang warga Belgium.

Beliau dilahirkan pada 4 Jun 1996 di Kuching, Sarawak

Ibu Dion iaitu Xylina Chai berketurunan Hakka dan perkara ini menyebabkan media tersebut menganggap pemain berusia 26 tahun itu lupa dengan asal usul iaitu dari Guangdong China.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila terdapat pertengkaran mulut antara pemain Buriram, Theerathon Bunmathan dengan pemain simpanan Zhejiang.

Ketika pergaduhan, salah satu media China, Sohu.com menganggap Dion membuat isyarat yang memprovokasi kepada penyokong China, mencetuskan kekecewaan dan kemarahan sekaligus mengkritik tindakan pemain tersebut.

Tempers flared after the final whistle of Zhejiang FC's 3-2 win over Buriram United in the AFC Champions League today, with players and coaching staff from both sides all getting involved in the ugly scenes. It is almost guaranteed that heavy punishments will follow. pic.twitter.com/eeBWlyclJd

— FourFiveWonton (@FourFiveWonton) November 29, 2023

Not 100% sure, but I guess something unsavoury was said between those players on the halfway line for it to escalate like that… pic.twitter.com/yQXX2DKwS8

— FourFiveWonton (@FourFiveWonton) November 29, 2023

Dalam rakaman video tersebut, Dion Cools cuba untuk meredakan ketegangan dalam pertengkaran tersebut. Namun, keadaan menjadi lebih teruk apabila pemain Zhejiang kehilangan kesabaran, menyebabkan pemain lain menyerang dan memukul penyerang import Buriram, Ramil Sheydayev.

Keseluruhan pertengkaran menjadi semakin kacau apabila Dion turut terlibat, cuba menarik pemain Zhejiang yang lain agar tidak terlibat secara langsung.

Namun, beberapa pemain Zhejiang tidak senang dengan tindakan Dion, walaupun beliau berjaya diselamatkan oleh barisan jurulatih.

Keadaan akhirnya menjadi tenang apabila pasukan keselamatan stadium hadir untuk meredakan situasi dan mengiringi para pemain dari kedua-dua pasukan ke dalam bilik persalinan masing-masing.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca di pautan bawah:

Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Kenali Samuel Bone, Jaguh Bola Sepak Harapan Ke EPL Dari Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Tampar Penunggang Motorsikal Di Bintulu, Pihak Polis Kini Cari Pemandu Vios Putih Gara-Gara Tampar Penunggang Motorsikal Di Bintulu, Pihak Polis Kini Cari Pemandu Vios Putih
Next Article AirAsia Buka Laluan Baharu, Penerbangan Langsung KK-Seoul Mulai Mac 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?