• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu-Manado Sulawesi Utara

Oleh
Nazihah AN
5 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu-Manado Sulawesi Utara

Pelancaran Laluan Kedua AirAsia Dari Sabah ke Indonesia: Kota Kinabalu ke Manado

AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu-Manado Sulawesi Utara. AirAsia terus memperluas rangkaian dari Kota Kinabalu ke rantau ini dengan pelancaran laluan baharu ke Manado, Indonesia.

Selepas pelancaran laluan ke Jakarta, laluan baharu ini menandakan laluan kedua syarikat penerbangan itu dari Sabah ke Indonesia yang akan mula beroperasi pada 1 September 2024 dengan tiga penerbangan mingguan. 

AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu-Manado Sulawesi Utara

Dengan pelancaran laluan ke Manado, AirAsia akan mengendalikan 13 laluan antarabangsa dengan 83 penerbangan mingguan dari/ke Kota Kinabalu mulai bulan September 2024.

Sempena pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan Tempat Duduk Percuma* dari Kota Kinabalu ke Manado bermula daripada RM139 termasuk semua sehala dan daripada IDR 468,020 dari Manado ke Kota Kinabalu termasuk semua sehala.

Penerbangan ini kini boleh ditempah di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini hingga 16 Jun 2024 untuk tempoh perjalanan antara 1 September 2024 hingga 28 Mac 2025.

Manado merupakan ibu kota Sulawesi Utara yang terkenal dengan tarikan lautan dan gunung-ganang yang menakjubkan. Pengunjung boleh menyelam di Taman Laut Bunaken yang terkenal untuk melihat terumbu karang berwarna-warni dan pelbagai kehidupan lautan. Bagi pencinta alam, Gunung Klabat menawarkan pemandangan panorama menakjubkan. Bandar ini juga mempunyai tapak budaya dan warisan seperti Kuil Ban Hin Kiong dan hidangan tradisional seperti Bubur Manado Tinutuan. Manado menawarkan pengembaraan, budaya, dan keindahan semula jadi untuk semua.

Jadual penerbangan antara Kota Kinabalu (BKI) dan Manado (MDC):

LaluanNo PenerbanganPerlepasanKetibaanKekerapan
Kota Kinabalu – ManadoAK 17978:5011:00Isnin, Jumaat, Ahad
Manado – Kota KinabaluAK179811:3013:35Isnin, Jumaat, Ahad

*Tempat Duduk Percuma adalah untuk TAMBANG ASAS sahaja. Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja daripada RM139/IDR468,020, termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Setelah 7 Tahun Ditunda, Acara Climbathon Gunung Kinabalu Kini Kembali
Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Jun 2024 Di Sarawak

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Jun 2024 Di Sarawak Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Jun 2024 Di Sarawak
Next Article Akibat Seludup Kerbau Dari Sabah Guna Bot, 3 Individu Dicekup Di Perairan Lawas Akibat Seludup Kerbau Dari Sabah Guna Bot, 3 Individu Dicekup Di Perairan Lawas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?