• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Tambah Penerbangan Ke Sabah Sarawak Sempena Aidilfitri

Oleh
Nazihah AN
26 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
AirAsia Tambah Penerbangan Ke Sabah Sarawak Sempena Aidilfitri

AirAsia Menyediakan 22,000 Tempat Duduk Tambahan Sempena Aidilfitri

AirAsia Tambah Penerbangan Ke Sabah Sarawak Sempena Aidilfitri. Menjelang sambutan Aidilfitri, syarikat penerbangan AirAsia mengambil langkah proaktif dengan menyediakan lebihan 22,000 tempat duduk pada penerbangan tambang tetap untuk laluan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen AirAsia untuk memastikan lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan dapat pulang ke kampung halaman bagi meraikan perayaan bersama keluarga.

AirAsia Tambah Penerbangan Ke Sabah Sarawak Sempena Aidilfitri

AirAsia Tambah Penerbangan Ke Sabah Sarawak Sempena Aidilfitri

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, menyatakan bahawa usaha ini bertujuan memudahkan proses perjalanan pulang ke kampung bagi rakyat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata, “AirAsia melaksanakan inisiatif ini secara sukarela dengan menambah penerbangan malam dan menawarkan 22,000 tempat duduk untuk penerbangan ke Sabah dan Sarawak. Ini merupakan langkah untuk memastikan semua dapat pulang berhari raya tanpa menghadapi lonjakan harga tiket.”

Tempahan tiket tersebut telah dibuka bermula 4 Mac lalu, dan orang ramai digalakkan membuat tempahan awal untuk menikmati kadar harga yang lebih rendah berbanding harga biasa. Timbalan Menteri turut menasihatkan penduduk Sarawak di Semenanjung agar merancang perjalanan pulang lebih awal bagi mengelakkan kesuntukan tempat duduk.

Selain itu, Hasbi mengingatkan mereka yang memilih untuk balik kampung melalui jalan raya supaya merancang perjalanan dengan selamat. Beliau turut menggesa orang ramai membuat aduan kepada agensi berkaitan seperti LPKP dan JPJ sekiranya terdapat pihak yang menjual tiket bas pada harga tinggi dan tidak munasabah.

Sementara itu, sebanyak 62 wakil menerima Outright Grant melibatkan 10 masjid dan 52 surau di Parlimen Limbang dengan peruntukan keseluruhan RM196,000 sempena Aidilfitri ini. Penyerahan geran tersebut disempurnakan di Masjid Baitul Iman baru-baru ini.

Tidak hanya itu, AirAsia juga tawarkan PAS UNLIMITED:

AirAsia Tawar Pas Unlimited, Terbang Tanpa Had Ke Negara ASEAN
AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Seoul Korea
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Indonesia Dipenjara 11 Bulan, Buang Bayi Dalam Tong Sampah Di Batu Kawa Wanita Indonesia Dipenjara 11 Bulan, Buang Bayi Dalam Tong Sampah Di Batu Kawa
Next Article Pencipta Kandungan Singapura Puji Sarawak Sebagai Negeri Terbaik Dengan Bajet Berpatutan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?