• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pencipta Kandungan Singapura Puji Sarawak Sebagai Negeri Terbaik Dengan Bajet Berpatutan

Oleh
Farisha
26 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Vlog kos sara hidup, ini perspektif pasangan dari Singapura semasa berada di Kuching

Pencipta Kandungan Singapura Puji Sarawak Sebagai Negeri Terbaik Dengan Bajet Berpatutan. Sepasang pencipta kandungan dari Singapura telah menganggap Sarawak sebagai tempat yang menakjubkan untuk didiami dengan bajet yang sangat berpatutan.

Fran dan John, pencipta kandungan di saluran YouTube ‘Corporate Breakout Couple’ membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalaman mereka semasa menginap di Kuching.

Pencipta Kandungan Singapura Puji Sarawak Sebagai Negeri Terbaik Dengan Bajet Berpatutan
Pencipta Kandungan Singapura Puji Sarawak Sebagai Negeri Terbaik Dengan Bajet Berpatutan. Sumber: YouTube

Dalam video YouTube yang dimuat naik dua minggu lalu, pasangan itu telah menganalisis perbelanjaan mereka di Sarawak secara terperinci dari makanan dan barang runcit hingga penginapan, pengangkutan, membeli-belah, gaya hidup dan tarikan pelancong, memberikan pandangan mendalam kepada penonton mengenai kos sara hidup di Kuching.

Semasa membincangkan kos, mereka turut memanfaatkan peluang untuk mencuba hidangan tempatan yang wajib dicuba semasa meneroka Kuching, dengan memuji harga makanan yang berpatutan di samping keenakkannya yang tidak dapat disangkal.

Penilaian terperinci bajet hidup di Sarawak

Bagi penginapan, John yang berasal dari Singapura menyatakan bahawa harga hartanah di Kuching berada di antara Ipoh dan Pulau Pinang, dengan menyebut bahawa harga hartanah baru boleh mencecah sehingga RM1 juta manakala hartanah lama biasanya sekitar RM500,000.

Mengenai pengangkutan pula, mereka berkata bahawa penduduk tempatan cenderung bergantung kepada kenderaan sendiri berbanding pengangkutan awam.

Malah, mencadangkan pelancong menggunakan aplikasi pengangkutan seperti Grab dengan tambang biasanya antara RM6 hingga RM20, bergantung kepada waktu puncak pada hari itu.

Sementara itu, dalam bahagian lain video, Fran yang berasal dari Malaysia menyatakan bahawa pusat-pusat membeli-belah di Sarawak menawarkan pelbagai jenis kedai yang menampung semua keperluan membeli-belah.

Peluang program S-MM2H untuk warga asing

Pasangan ini yang merakam video tentang persaraan awal pada usia 40 tahun pada 2020 dan yang juga mencipta video kos sara hidup di negara lain, menekankan bahawa Sarawak adalah tempat penginapan mampu milik untuk pesara dan menyatakan sesiapa yang berminat untuk pertimbangkan persaraan di sini boleh melihat Sarawak-Malaysia My Second Home (S-MM2H).

Untuk makluman, S-MM2H ialah Program Malaysia My Second Home yang ditadbir khusus oleh kerajaan negeri dan direka untuk membolehkan warga asing menetap di Sarawak untuk jangka masa panjang.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Orang Sarawak Duduk Atas Pokok? Lelaki Ini Puji Sarawak Antara Negeri Terkaya Dan Maju
‘Wajar Contohi Usaha Sarawak’, PMX Puji Sarawak Guna Tenaga Hidrogen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Tambah Penerbangan Ke Sabah Sarawak Sempena Aidilfitri AirAsia Tambah Penerbangan Ke Sabah Sarawak Sempena Aidilfitri
Next Article Enggan Isi PADU, Lelaki Bimbang Rahsia Kahwin Dua ‘Kantoi’ Melalui Sistem PADU

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?