I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Seoul Korea

Oleh Husna Hazmi
4 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Penerbangan sulung ke Korea bermula hari ini

AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Seoul Korea. Dilaporkan, AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) hari ini telah meraikan pencapaian hab kedua terbesarnya di Malaysia iaitu Kota Kinabalu dengan penerbangan pertama ke Seoul, Korea Selatan yang telah berlepas dengan muatan penumpang 100 peratus.

Bermula pada hari ini 4 Mac 2024 dengan kekerapan penerbangan harian, laluan baharu tersebut menandakan pengembangan rangkaian syarikat penerbangan ini di Sabah dengan 18 laluan dan 282 jumlah penerbangan mingguan ke dan dari Kota Kinabalu.

AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Seoul Korea
AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Seoul Korea

Penerbangan terus ke Seoul Korea

Penerbangan terus ini menjadikan perjalanan antara dua destinasi menarik ini lebih mudah untuk diakses dan berpatutan bagi penduduk Sabah untuk menerokai keunikan budaya di Seoul seperti Istana Gyeongbokgung dan Sungai Cheonggyecheon, mercu tanda ikonik termasuk Menara Lotte World dan Seoul Sky Observatory serta menikmati juadah tempatan enak di Pasar Mangwon dan banyak lagi.

AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Seoul Korea

Diraikan dengan majlis perlepasan yang meriah

Penerbangan pertama ini diraikan dengan majlis perlepasan yang meriah oleh AirAsia, Lembaga Pelancongan Sabah, dan Organisasi Pelancongan Korea dengan kehadiran maskot dan pemberian cenderamata kepada para tetamu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, “Kami berbesar hati untuk meraikan laluan baharu ini dengan muatan penuh pada penerbangan pertama yang merupakan petanda baik untuk masa hadapan. Dengan lebih 150,000 pelancong dari Korea Selatan ke Sabah pada tahun 2023, kami berharap untuk membawa lebih ramai pelancong ke Sabah pada tahun ini.

Dalam usaha memperluaskan hab kami di Sabah, pengembangan rangkaian ini memperkukuh kedudukan Kota Kinabalu sebagai destinasi penerbangan dinamik dengan sembilan destinasi domestik dan sembilan destinasi antarabangsa. Korea Selatan merupakan salah satu pasaran utama untuk sektor pelancongan di Sabah dan laluan baharu ini bukan sekadar meningkatkan sektor pelancongan dan perdagangan negeri ini malah mengeratkan hubungan budaya dan ekonomi antara Korea Selatan dan Sabah. Kami yakin bahawa penambahan laluan baharu ini akan terus memberikan manfaat penting untuk rakyat Korea Selatan dan Sabah.”

Sempena sambutan penerbangan pertama ini, AirAsia menawarkan tambang promosi istimewa bermula daripada RM389 untuk tambang termasuk semua* sehala bagi penduduk Sabah untuk menerokai Seoul. Tambang promosi ini boleh ditempah mulai 5 hingga 17 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara 5 Mac dan 26 Oktober 2024 di laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE, sebelum ini dikenali sebagai ‘airasia Superapp’.

Semua warganegara yang layak untuk kemasukan tanpa visa ke Korea Selatan termasuk Malaysia harus memohon K-ETA sebelum melakukan perjalanan ke negara itu. Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan perjalanan ke Korea Selatan, sila rujuk di sini.

Lagi penerbangan menarik menanti anda di sini:

AirAsia Tawar Harga Tambang Tetap Ke Sabah Dan Sarawak Sempena Aidilfitri
Sehala RM149, AirAsia Tambah Penerbangan Jakarta-Kuching Setiap Hari Mulai Februari
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Tawar Harga Tambang Tetap Ke Sabah Dan Sarawak Sempena Aidilfitri AirAsia Tawar Harga Tambang Tetap Ke Sabah Dan Sarawak Sempena Aidilfitri
Next Article Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?