• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Tawar Tiket Serendah RM129 Untuk Penerbangan Domestik Bagi Tujuan Penting

Oleh
ILB - AI
5 Jun 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
AirAsia Tawar Tiket Serendah RM129 Untuk Penerbangan Domestik Bagi Tujuan Penting

Para tetamu juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.

AirAsia Tawar Tiket Serendah RM129 Untuk Penerbangan Domestik Bagi Tujuan Penting. AirAsia menawarkan jualan istimewa selama tiga hari untuk penerbangan domestik bagi perjalanan penting di airasia.com dan aplikasi mudah alihnya dari 5 hingga 7 Jun 2020.

AirAsia Tawar Tiket Serendah RM129 Untuk Penerbangan Domestik Bagi Tujuan Penting
AirAsia Tawar Tiket Serendah RM129 Untuk Penerbangan Domestik Bagi Tujuan Penting

Harga tambang sehala untuk ahli bermula serendah RM129* untuk perjalanan antara 1 Julai dan 19 November 2020. Para tetamu juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.

Penerbangan domestik bagi perjalanan penting yang dibuka untuk tempahan adalah seperti berikut:

  • Dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Kota Bharu, Langkawi, Alor Setar, Kuala Terengganu, Bintulu, Kuching, Miri, Sibu, Labuan, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau
  • Dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, Langkawi, Johor, Melaka, Kuching
  • Dari Johor ke Kuala Lumpur, Langkawi, Ipoh, Alor Setar, Miri, Sibu, Tawau
  • Dari Kota Kinabalu ke Bintulu, Miri, Sandakan, Sibu, Kuching, Tawau, Johor, Kota Bharu, Pulau Pinang
  • Dari Kuching ke Bintulu, Sibu, Miri, Johor, Kota Bharu

Amanda Woo, Ketua Komersial AirAsia berkata, “Kami menyedari bahawa perjalanan udara adalah satu keperluan bagi perjalanan penting dan kami ingin terus memberikan tambang yang berpatutan kepada mereka yang harus melakukan perjalanan penting. Para tetamu kami boleh menempah penerbangan mereka dengan yakin, kerana mereka kini boleh menukar tarikh penerbangan tanpa had berikutan pengumuman pengecualian bayaran pertukaran penerbangan baru-baru ini untuk semua tempahan baharu bagi perjalanan sehingga 31 Disember 2020.”

Para tetamu juga dinasihatkan untuk memeriksa dan mematuhi langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa negeri tempatan untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar.

Sejak meneruskan perkhidmatan domestik bagi perjalanan penting pada 29 April 2020, AirAsia telah meningkatkan langkah-langkah keselamatannya sepanjang perjalanan, termasuklah proses sebelum penerbangan, dalam penerbangan, dan ketibaan.

AirAsia juga telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan seperti pembayaran tanpa sentuhan di lapangan terbang, kiosk tanpa sentuhan, Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) serta ciri-ciri baharu yang dikemas kini pada aplikasi mudah alihnya untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lancar dan selamat untuk semua tetamunya.

Sekiranya terdapat perubahan pada rancangan perjalanan, AirAsia turut menawarkan pilihan lebih fleksibel untuk para tetamu yang melakukan perjalanan hingga 31 Disember 2020 dengan mengecualikan bayaran penukaran penerbangan.

AirAsia memastikan bahawa keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan Allstars adalah keutamaan kami. AirAsia mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan awam, badan kesihatan global dan tempatan, termasuk Organisasi Kesihatan Sedunia.

AirAsia akan terus mengikuti keadaan terkini dengan teliti dan berhak untuk mengumumkan polisi selanjutnya mengikut perkembangan terkini.

Ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) untuk kemas kini terkini, atau hubungi pasukan sokongan pelanggan kami di support.airasia.com. Para tetamu juga digalakkan untuk memeriksa status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini.

*Tambang ahli adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai dan yuran. Tambang bukan ahli bermula RM134. Rujuk Terma dan Syarat di sini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Umum Kredit E-Wallet RM50, Dipadankan Dengan Baucer Diskaun RM50 Kerajaan Umum Kredit E-Wallet RM50, Dipadankan Dengan Baucer Diskaun RM50
Next Article Kecoh Kemunculan 'Garisan Merah' Di Jambatan Satok, Ini Sebab Garisan Ini Dibuat Kecoh Kemunculan ‘Garisan Merah’ Di Jambatan Satok, Ini Sebab Garisan Ini Dibuat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?